Connect with us

Terkini

Cadangan naikkan kadar IPG akan diperhalusi

Kementerian Perladangan dan Komoditi akan memperhalusi cadangan untuk menaikkan kadar Insentif Pengeluaran Getah (IPG), namun ia tertakluk kepada kemampuan kewangan kerajaan.

Wartawan TMT

Published

on

Cadangan naikkan kadar IPG akan diperhalusi
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian akan melaksanakan paras harga Pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) RM2.70 sekilogram seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2023. – Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Siti Aminah Aching
  • “Kerajaan sentiasa prihatin dengan kebajikan pekebun kecil getah yang pendapatan mereka akan terjejas jika harga getah merosot, justeru Perdana Menteri dalam Belanjawan 2023 telah bersetuju menaikkan paras harga IPG daripada RM2.50 kepada RM2.70 sekilogram dengan peruntukan RM350 juta,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
  • Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Wee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai), mengakui bayaran IPG RM2.70 sekilogram belum boleh bantu pekebun kecil sepenuhnya, kerajaan sentiasa fikirkan kaedah dan mekanisme bagi bantu pekebun kecil getah.

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) – Kementerian Perladangan dan Komoditi akan memperhalusi cadangan untuk menaikkan kadar Insentif Pengeluaran Getah (IPG), namun ia tertakluk kepada kemampuan kewangan kerajaan.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Siti Aminah Aching berkata pada masa ini, kementerian akan melaksanakan paras harga Pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) RM2.70 sekilogram seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2023.

“Kerajaan sentiasa prihatin dengan kebajikan pekebun kecil getah yang pendapatan mereka akan terjejas jika harga getah merosot, justeru Perdana Menteri dalam Belanjawan 2023 telah bersetuju menaikkan paras harga IPG daripada RM2.50 kepada RM2.70 sekilogram dengan peruntukan RM350 juta,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit) berhubung sama ada kerajaan bercadang menaikkan kadar IPG daripada RM2.50 ke RM4.50 ketika ini.

Mengakui bayaran IPG RM2.70 sekilogram belum boleh membantu pekebun kecil sepenuhnya, Siti Aminah berkata kerajaan sentiasa memikirkan kaedah dan mekanisme bagi membantu pekebun kecil getah.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Wee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai) yang ingin tahu perancangan kerajaan bagi menjamin kebajikan pekebun kecil memandangkan harga RM2.70 itu masih belum mencukupi untuk membantu kos sara hidup golongan tersebut.

Sumber: BERNAMA

Advertisement

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending