Connect with us

Antarabangsa

AS hentikan bantuan makanan kepada 42 juta rakyat miskin

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menamatkan program yang menyediakan makanan tambahan untuk lebih 40 juta rakyat paling miskin di negara itu. 

Wartawan TMT

Published

on

AS hentikan bantuan makanan kepada 42 juta rakyat miskin
Foto: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.
  • Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menamatkan program menyediakan makanan tambahan untuk lebih 40 juta rakyat paling miskin di negara itu. 
  • Warga emas, orang kurang upaya, pelajar, kanak-kanak miskin dan orang miskin bekerja kini terpaksa mencari hampir AS$100 lebih setiap bulan untuk perbelanjaan makanan.  
  • Dengan sekatan ke atas Russia yang masih  secara besar-besaran di seluruh Barat, harga barangan runcit telah meningkat lebih daripada 11 peratus sepanjang tahun lepas.

WASHINGTON, 9 Syaaban 1444H, Khamis – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menamatkan program yang menyediakan makanan tambahan untuk lebih 40 juta rakyat paling miskin di negara itu. 

Warga emas, orang kurang upaya, pelajar, kanak-kanak miskin dan orang miskin yang bekerja kini terpaksa mencari hampir AS$100 lebih setiap bulan untuk perbelanjaan makanan.  

Dengan sekatan ke atas Russia yang masih  secara besar-besaran di seluruh Barat, harga barangan runcit telah meningkat lebih daripada 11 peratus sepanjang tahun lepas.

Perkembangan ‘food stamp’ sebelum ini popular dan berjaya membawa kepada pengurangan serta merta 10 peratus kadar kemiskinan keseluruhan dan penurunan 14 peratus kemiskinan kanak-kanak.

Dilaporkan, tanpa penglibatan kerajaan, rakyat hanya boleh meminta bantuan daripada badan amal. 

Tahun lalu, Demokrat yang memerintah mengundi untuk menamatkan perluasan Medicaid akibat pandemik, program persekutuan yang menyediakan penjagaan kesihatan yang minimum untuk golongan miskin.  

Pada akhir bulan ini, sekurang-kurangnya 15 juta orang juga akan kehilangan insurans kesihatan mereka. 

Penyokong antikelaparan memberi amaran, pengurangan bantuan yang mendadak boleh membantutkan kemajuan pentadbiran Biden untuk menamatkan krisis kelaparan menjelang 2030. – Agensi

Sumber: Ismaweb

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
  • Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
  • Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
  • Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
  • Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.

Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.

Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.

Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.

Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.

Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending