Connect with us

Antarabangsa

Arab Saudi enggan keluarkan visa masuk kepada delegasi Israel

Arab Saudi enggan mengeluarkan visa masuk kepada delegasi Israel yang dijemput ke acara pelancongan tajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di negara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Arab Saudi enggan keluarkan visa masuk kepada delegasi Israel
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Arab Saudi enggan mengeluarkan visa masuk kepada delegasi Israel yang dijemput ke acara pelancongan tajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di negara itu.
  • Tindakan berkenaan mengecewakan harapan Tel Aviv untuk mengeratkan hubungan dengan Riyadh dalam masa terdekat.
  • Pihak berkuasa Saudi mengeluarkan visa kepada 22 negara yang dijemput ke acara itu, tetapi enggan menawarkan visa kepada delegasi Israel.
  • Kementerian Luar rejim Israel juga telah menghantar surat kepada UNWTO, menggesa supaya menerima visa delegasi mereka, tetapi rayuan tersebut tidak dipedulikan.

RIYADH – Arab Saudi enggan mengeluarkan visa masuk kepada delegasi Israel yang dijemput ke acara pelancongan tajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di negara itu.

Tindakan berkenaan mengecewakan harapan Tel Aviv untuk mengeratkan hubungan dengan Riyadh dalam masa terdekat.

Pertubuhan Pelancongan Dunia PBB (UNWTO) telah menjemput delegasi dari bandar Kfar Kama di utara wilayah yang diduduki untuk mengambil bahagian dalam acara dua hari di bandar al-‘Ula di barat laut Saudi, lapor Bloomberg pada Ahad.

UNWTO telah menghantar jemputan kepada delegasi yang terdiri daripada penduduk Kfar Kama selepas agensi PBB memasukkan nama bandar itu dalam senarai destinasi pelancongan eksklusif.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Saudi mengeluarkan visa kepada 22 negara yang dijemput ke acara itu, tetapi enggan menawarkan visa kepada delegasi Israel.

Sementara itu, Kementerian Luar rejim Israel, menghantar surat kepada UNWTO, menggesa supaya menerima visa delegasi mereka, tetapi rayuan tersebut tidak dipedulikan. – Agensi

Sumber: Ismaweb

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
  • Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
  • Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
  • Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
  • Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 
  • Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.

Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.

Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.

Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.

Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 

Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.

Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.

Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending