Terkini
APAD harap kerjasama syarikat swasta galak masyarakat guna pengangkutan awam
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) berharap lebih banyak syarikat penyedia pengangkutan swasta bekerjasama membantu menangani sistem perbatuan pertama dan terakhir dalam usaha menggalakkan masyarakat menggunakan pengangkutan awam dengan lebih optimum dan menyeluruh.
- Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) harap lebih banyak syarikat penyedia pengangkutan swasta bekerjasama bantu menangani sistem perbatuan pertama dan terakhir dalam usaha menggalakkan masyarakat menggunakan pengangkutan awam dengan lebih optimum dan menyeluruh.
- Ketua Pengarah APAD, Datuk Azlan Shah Al Bakri berkata sebagai usaha memperkukuh sistem pengangkutan awam negara, pihaknya telah memperkenalkan perkhidmatan bus on demand (BOD) melalui proof of concept (POC) atau sesi percubaan, sejak tahun lepas.
- “Perkhidmatan BOD adalah tempahan perkhidmatan bas melalui aplikasi yang dijalankan tanpa jadual dan laluan yang tetap serta beroperasi di dalam zon yang diluluskan APAD sahaja.” katanya ketika ditemui Bernama.
KUALA LUMPUR, (Bernama) — Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) berharap lebih banyak syarikat penyedia pengangkutan swasta bekerjasama membantu menangani sistem perbatuan pertama dan terakhir dalam usaha menggalakkan masyarakat menggunakan pengangkutan awam dengan lebih optimum dan menyeluruh.
Ia selaras dengan pengoperasian penuh perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya, melibatkan laluan dari Kwasa Damansara ke Putrajaya yang akan dibuka kepada pengguna bermula 3 petang esok, selepas dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Pengarah APAD Datuk Azlan Shah Al Bakri berkata sebagai usaha memperkukuh sistem pengangkutan awam negara, pihaknya telah memperkenalkan perkhidmatan bus on demand (BOD) melalui proof of concept (POC) atau sesi percubaan, sejak tahun lepas.
Beliau berkata antara objektifnya adalah untuk mengkaji keberkesanan perkhidmatan, menilai impak kepada perkhidmatan sedia ada (seperti bas berhenti-henti dan teksi) serta mengumpul maklumat tahap penggunaan perkhidmatan BOD dalam kalangan orang awam.
“Perkhidmatan BOD adalah tempahan perkhidmatan bas melalui aplikasi yang dijalankan tanpa jadual dan laluan yang tetap serta beroperasi di dalam zon yang diluluskan APAD sahaja.
“Ia menggunakan kenderaan bersaiz kecil seperti bas mini, coaster atau van dan bertindak sebagai perantara antara rumah kediaman dengan stesen pengangkutan awam,” katanya ketika ditemui Bernama.
Azlan Shah berkata beberapa syarikat swasta menunjukkan minat untuk menjalankan perkhidmatan BOD, namun setakat ini hanya dua yang telah mendapat kelulusan APAD.
“Dua syarikat itu ialah Asia Mobility Technologies Sdn Bhd dan Badan Bas Coach Sdn Bhd yang masih dalam perbincangan dengan Prasarana Malaysia Berhad untuk bekerjasama menyelesaikan permasalahan ini di Puchong dan Subang Jaya,” katanya.
Menurut Azlan Shah pihaknya bersedia untuk menambah perkhidmatan ini di stesen lain di semua rangkaian laluan sedia ada sekiranya ia berjaya.
Beliau berkata kerjasama itu penting bagi menyokong perkhidmatan lebih 1,000 bas henti-henti sedia ada di sekitar Lembah Klang serta perkhidmatan bas perantara ke stesen rel dan bas selain pilihan e-panggilan dan teksi.
“Bagi pembukaan MRT2, kira-kira 107 bas perantara lagi bakal disediakan yang diharap dapat melengkapi jaringan pengangkutan awam,” katanya.
Sebelum ini, MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu melibatkan perjalanan dari Kwasa Damansara hingga Kampung Batu telah dibuka untuk pengguna pada 16 Jun tahun lepas.
Secara keseluruhannya, MRT Laluan Putrajaya melibatkan laluan sepanjang 57.7km dari Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral, dengan 36 stesen terdiri daripada 27 stesen bertingkat dan sembilan stesen bawah tanah serta 49 set tren dengan keseluruhan kos pembinaan RM30.53 bilion. – BERNAMA
Sumber: Bernama
Terkini
Pasangan pelik miliki imej individu lakukan seks dengan mayat manusia, haiwan dihukum
Sepasang suami isteri pelik telah ditangkap dengan timbunan imej individu melakukan hubungan seks dengan mayat manusia dan haiwan, demikian sesi perbicaraan di sebuah mahkamah di Scotland.
- Sepasang suami isteri pelik telah ditangkap dengan timbunan imej individu melakukan hubungan seks dengan mayat manusia dan haiwan, demikian sesi perbicaraan di sebuah mahkamah di Scotland.
- Mark Mason, 51, dan isterinya Wendy, 53, mengaku menyimpan simpanan pornografi melampau dan gambar kanak-kanak tidak senonoh di rumah mereka di Lockerbie, Dumfriesshire, Scotland, lapor Daily Mail pada Jumaat.
- Pasangan ‘sakit’ itu hadir di Mahkamah Syerif Dumfries di mana mereka mengakui beberapa pertuduhan antara Februari 2021 dan April 2022.
- Mason dipenjarakan selama 34 bulan dan diletakkan dalam daftar pesalah seks selama-lamanya.
- Isterinya antara lain diperintahkan untuk menjalankan 300 jam kerja tanpa gaji, diletakkan di bawah pengawasan selama tiga tahun dan berada dalam daftar pesalah seks selama lima tahun, tertakluk kepada perintah pencegahan bahaya seksual lima tahun.
Sepasang suami isteri pelik telah ditangkap dengan timbunan imej individu melakukan hubungan seks dengan mayat manusia dan haiwan, demikian sesi perbicaraan di sebuah mahkamah di Scotland.
Mark Mason, 51, dan isterinya Wendy, 53, mengaku menyimpan simpanan pornografi melampau dan gambar kanak-kanak tidak senonoh di rumah mereka di Lockerbie, Dumfriesshire, Scotland, lapor Daily Mail pada Jumaat.
Pasangan ‘sakit’ itu hadir di Mahkamah Syerif Dumfries di mana mereka mengakui beberapa pertuduhan antara Februari 2021 dan April 2022.
Lelaki terbabit mengaku memiliki pornografi melampau dan imej tidak senonoh kanak-kanak serta cuba bercakap secara tidak senonoh dengan enam kanak-kanak yang sebenarnya adalah individu dewasa yang menyamar untuk menyingkirkan ‘pemangsa’ dalam talian.
Isterinya juga mengaku bersalah memiliki dan berkongsi gambar tidak senonoh kanak-kanak serta pornografi melampau.
Mason dipenjarakan selama 34 bulan dan diletakkan dalam daftar pesalah seks selama-lamanya.
Isterinya antara lain diperintahkan untuk menjalankan 300 jam kerja tanpa gaji, diletakkan di bawah pengawasan selama tiga tahun dan berada dalam daftar pesalah seks selama lima tahun, tertakluk kepada perintah pencegahan bahaya seksual lima tahun. – The Merdeka Times
-
Terkini2 days ago
Individu promosi Bahasa Melayu patut disokong, bukannya diambil tindakan – Peguam
-
Antarabangsa3 days ago
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
-
Terkini2 days ago
Aurad Muhammadiah wirid Al-Arqam difatwakan sesat, status pernikahan perlu disahkan pejabat agama – Mufti WP
-
Antarabangsa1 day ago
Syarikat penerbangan gantung penerbangan ke Israel