Connect with us

Antarabangsa

Alaska lulus resolusi had penyertaan transgender dalam sukan sekolah perempuan

Lembaga pendidikan Alaska telah sebulat suara meluluskan resolusi yang menggesa negeri itu mengehadkan penyertaan transgender dalam sukan sekolah perempuan.

Wartawan TMT

Published

on

Alaska lulus resolusi had penyertaan transgender dalam sukan sekolah perempuan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lembaga pendidikan Alaska sebulat suara meluluskan resolusi yang menggesa negeri itu mengehadkan penyertaan transgender dalam sukan sekolah perempuan.
  • Resolusi diluluskan menggesa Jabatan Pendidikan dan Pembangunan Awal Alaska mewujudkan dua bahagian sukan, satu untuk atlet yang jantina ditetapkan semasa kelahiran adalah perempuan dan satu lagi untuk pelajar semua jantina.
  • Pengarah Persatuan Aktiviti Sekolah Alaska, Billy Strickland berkata resolusi itu hampir sama dengan apa yang dibincangkan oleh ahli pentadbiran Gabenor Republikan Mike Dunleavy sebelum ini.
  • Beliau berkata mereka mahu mewujudkan tiga bahagian iaitu lelaki, perempuan dan satu bahagian akan membenarkan atlet transgender.

Anchorage, Alaska: Lembaga pendidikan Alaska telah sebulat suara meluluskan resolusi yang menggesa negeri itu mengehadkan penyertaan transgender dalam sukan sekolah perempuan.

Resolusi yang diluluskan pada Khamis menggesa Jabatan Pendidikan dan Pembangunan Awal Alaska mewujudkan dua bahagian sukan, satu untuk atlet yang jantinanya ditetapkan semasa kelahiran adalah perempuan dan satu lagi untuk pelajar semua jantina, lapor Anchorage Daily News.

Resolusi itu telah ditambah pada saat-saat akhir kepada agenda lembaga pada akhir mesyuarat tiga hari di Juneau. Ia mendapat sokongan sebulat suara daripada lapan ahli, dengan penasihat pelajar berkecuali.

Billy Strickland, pengarah Persatuan Aktiviti Sekolah Alaska berkata resolusi itu hampir sama dengan apa yang dibincangkan oleh ahli pentadbiran Gabenor Republikan Mike Dunleavy dengannya sebelum ini.

Beliau berkata mereka mahu mewujudkan tiga bahagian: lelaki, perempuan dan satu bahagian bersama yang akan membenarkan atlet transgender.

Strickland berkata tidak ada atlet transgender yang mencukupi di Alaska untuk menampung divisyen ketiga.

Malah, katanya dia hanya menyedari seorang atlet transgender sepanjang sembilan tahun memimpin persatuan itu.

Kenyataan yang dihantar melalui e-mel dari pejabat Dunleavy pada Jumaat berkata kanak-kanak perempuan yang bermain dalam liga jantina tunggal harus bermain menentang jantina sama.

“Jika seseorang yang dilahirkan sebagai lelaki tetapi berasa tidak sesuai bermain sukan dalam liga dengan lelaki hanya kerana identiti jantina mereka, penyelesaiannya bukan untuk membenarkan mereka bersaing dengan perempuan, tetapi untuk meningkatkan peluang bersama,” kata kenyataan itu.

“Sudah tiba masanya untuk mempertimbangkan secara serius sukan antara sekolah supaya semua pelajar boleh bersaing di peringkat tertinggi mereka.”

Hanya Lembaga Sekolah Matanuska-Susitna Borough di Alaska telah mengehadkan penyertaan atlet transgender, kata Strickland.

Lembaga sekolah atau daerah menetapkan dasar mereka, dan kebanyakannya tidak menangani isu tersebut.

Pelajar perempuan sudah kerap bermain bersama lelaki dalam beberapa pasukan bola sepak atau hoki.

Mesej yang meminta salinan resolusi daripada lembaga negeri tidak segera dikembalikan pada Jumaat kepada The Associated Press.

Tetapi salinan yang diperoleh oleh akhbar Anchorage menggesa persatuan aktiviti untuk melindungi “integriti sukan perempuan sekolah menengah.”

“Kami membuat kenyataan untuk memastikan sukan perempuan selamat dan berdaya saing dan adil, itu sahaja,” kata pengerusi lembaga James Fields kepada Daily News.

Dunleavy awal bulan ini mencadangkan rang undang-undang yang memerlukan pelajar menggunakan bilik mandi dan bilik persalinan mengikut jantina mereka yang ditetapkan semasa lahir, lapor akhbar itu.

Ia juga memerlukan kelulusan ibu bapa untuk pelajar menukar nama atau kata ganti nama mereka yang mereka gunakan di sekolah. Badan Perundangan belum mengundi rang undang-undang itu.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Ibu kota Belgium haramkan pembelian produk Israel

Majlis Bandaraya Brussels di Belgium meluluskan usul untuk menghentikan perolehan awam produk dari penempatan haram Israel di wilayah Palestin diduduki.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Majlis Bandaraya Brussels di Belgium meluluskan usul untuk menghentikan perolehan awam produk dari penempatan haram Israel di wilayah Palestin diduduki.
  • Usul dibawa Ahli Majlis Bandaraya Brussels, Benoit Hellings itu sebulat suara diterima pakai dalam satu undian pada lewat Isnin, lapor agensi berita Anadolu.
  • Usul itu meminta pihak berkuasa tempatan memastikan pembeliannya tidak memberi manfaat kepada syarikat yang operasinya tidak menghormati undang-undang antarabangsa, hak asasi manusia atau undang-undang alam sekitar.

Majlis Bandaraya Brussels di Belgium meluluskan usul untuk menghentikan perolehan awam produk dari penempatan haram Israel di wilayah Palestin diduduki.

Usul dibawa Ahli Majlis Bandaraya Brussels, Benoit Hellings itu sebulat suara diterima pakai dalam satu undian pada lewat Isnin, lapor agensi berita Anadolu.

Usul itu meminta pihak berkuasa tempatan memastikan pembeliannya tidak memberi manfaat kepada syarikat yang operasinya tidak menghormati undang-undang antarabangsa, hak asasi manusia atau undang-undang alam sekitar.

Kesatuan Eropah (EU) pada 2015 mengeluarkan garis panduan baharu untuk pelabelan produk dari penempatan haram Israel di wilayah Palestin yang diduduki.

Di bawah undang-undang antarabangsa, semua penempatan Yahudi di wilayah Palestin yang diduduki dianggap sebagai penempatan tidak sah. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending