Connect with us

Antarabangsa

20 jemaah umrah terbunuh, puluhan cedera akibat kemalangan

Sebuah bas membawa jemaah umrah menuju ke bandar suci Makkah terbakar selepas melanggar jambatan, menyaksikan seramai 20 orang terbunuh dan mencederakan puluhan yang lain.

Wartawan TMT

Published

on

20 jemaah umrah terbunuh, puluhan cedera akibat kemalangan
Foto: Bas yang terbabit dalam kemalangan di wilayah selatan Asir, Arab Saudi.
  • Sebuah bas membawa jemaah umrah menuju ke bandar suci Makkah terbakar selepas melanggar jambatan, menyaksikan seramai 20 orang terbunuh dan mencederakan puluhan yang lain.
  • Kemalangan berlaku minggu pertama Ramadan di tengah kesibukan melakukan ibadah umrah dan hanya beberapa bulan sebelum jutaan umat Islam tunaikan haji.
  • “Mengikut maklumat awal yang kami terima, jumlah kematian kemalangan ini mencecah 20 dan jumlah kecederaan kira-kira 29 orang,” laporan saluran televisyen kerajaan, Al-Ekhbariya.
  • Mangsa terbabit mempunyai kewarganegaraan berbeza namun tidak memperincikan dan identiti mereka.
  • Memetik laporan akhbar swasta Okaz, kemalangan berpunca masalah brek sehingga menyebabkan bas melanggar jambatan, kemudian terbalik dan terbakar.

RIYADH: Sebuah bas membawa jemaah umrah menuju ke bandar suci Makkah terbakar selepas melanggar jambatan, menyaksikan seramai 20 orang terbunuh dan mencederakan puluhan yang lain.

Memetik laporan media tempatan, insiden berlaku di wilayah selatan .

Insiden itu sekali gus menonjolkan cabaran berterusan untuk membawa jemaah secara besar-besar dengan selamat ke Makkah dan Madinah, dua bandar paling suci umat Islam.

Kemalangan berlaku pada minggu pertama Ramadan di tengah kesibukan melakukan ibadah umrah dan hanya beberapa bulan sebelum jutaan umat Islam menunaikan haji.

“Mengikut maklumat awal yang kami terima, jumlah kematian kemalangan ini mencecah 20 dan jumlah kecederaan kira-kira 29 orang,” laporan saluran televisyen kerajaan, Al-Ekhbariya.

Menurut laporan itu, mangsa terbabit mempunyai kewarganegaraan berbeza namun tidak memperincikan dan identiti mereka.

Laporan itu memaklumkan kemalangan berpunca bas mengalami masalah tanpa menyatakan secara spesifik.

Memetik laporan akhbar swasta Okaz, kemalangan berpunca masalah brek sehingga menyebabkan bas itu melanggar jambatan, kemudian terbalik dan terbakar.

Berdasarkan rakaman disiarkan saluran televisyen Al-Ekhbariya menunjukkan seorang wartawan berdiri di hadapan bas yang hangus.

Tugas mengangkut jemaah di sekitar tapak suci di Arab Saudi dikategorikan tugas berbahaya, terutamanya semasa haji apabila keadaan jalan raya kelihatan ‘huru-hara’ dengan bas sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang tidak berkesudahan.

Pernah berlaku kemalangan membabitkan bas pada Oktober 2019 sehingga meragut kira-kira 35 warga asing dan empat lagi cedera.

Ia selepas bas itu bertembung dengan sebuah lagi kenderaan berat berhampiran Madinah.

Haji dan umrah adalah komponen terpenting dalam sektor pelancongan yang sedang berkembang pesat di Arab Saudi, sekali gus diharapkan dapat mengeluarkan kebergantungan ekonomi negara itu terhadap pengeluaran minyak.

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Pengawal penjara Israel masukkan muncung alat pemadam api ke dalam dubur warga Palestin sebelum mengaktifkannya – Peguam

Pengawal penjara rejim zionis Israel telah memasukkan muncung alat pemadam api ke dalam dubur seorang warga Palestin yang ditahan sebelum mengaktifkan alat pemadam api itu.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Peguam Palestin, Khaled Mhajne.

Pengawal penjara rejim zionis Israel telah memasukkan muncung alat pemadam api ke dalam dubur seorang warga Palestin yang ditahan sebelum mengaktifkan alat pemadam api itu.

Itu pendedahan Peguam Palestin, Khaled Mhajne mengenai seksaan dilalui tahanan di penjara Israel selepas beliau melawat dua rakyat Palestin yang diculik Israel dari Gaza.

Quds News Network melaporkan tawanan Palestin dalam tahanan Israel berdepan pelbagai bentuk penderaan, termasuk rogol, di tangan tentera Israel di hadapan semua orang, kata Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan Palestin pada Isnin.

Dalam sidang akhbar diadakan suruhanjaya itu di Ramallah, Khaled Mhajne yang juga peguam suruhanjaya berkenaan, melaporkan perbualannya dengan wartawan Gaza Al-Araby TV, Mohammed Arab, yang diculik tentera Israel semasa serbuan ke atas Hospital al-Shifa pada 18 Mac lalu.

“Mohammed Arab, wartawan TV Al-Araby, memaklumkan kepada saya tentang kes rogol banduan, termasuk penyeksaan yang dilakukan di hadapan semua orang,” kata Mhajne.

Dalam temu bual dengan TV Al-Araby, Mhajne menceritakan kes Mohammed memaklumkan kepadanya membabitkan seorang tahanan berusia 27 tahun yang dirogol, dipaksa tidur meniarap, diserang anjing polis “dan kemudian dirogol menggunakan alat pemadam api dengan tiubnya dimasukkan ke dalam duburnya”.

Alat pemadam api itu kemudiannya diaktifkan untuk melepaskan bahan kimia ke dalam badan lelaki malang itu, kata Mhajne.

Mohammed turut melaporkan mengenai seorang tahanan yang baru-baru ini meninggal dunia disebabkan tidak mendapat rawatan perubatan mencukupi.

Mhajne berkata adalah mustahil untuk mengetahui berapa ramai rakyat Palestin dari Gaza telah mati dalam tahanan kerana maklumat itu disembunyikan rejim Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending