Connect with us

Terkini

14 tahun penduduk Yan derita gara-gara gangguan bekalan air bersih

Impian 1,500 penduduk di Kampung Dusun Durian Kelompok, Titi Teras di sini untuk me­raikan sambutan Ramadan terjejas apabila mereka terpaksa berdepan masalah gangguan bekalan air bersih.

Wartawan TMT

Published

on

14 tahun penduduk Yan derita gara-gara gangguan bekalan air bersih
Foto: Aziah Saad menggunakan air mineral dibeli di kedai untuk membasuh pinggan mangkuk.
  • Impian 1,500 penduduk Kampung Dusun Durian Kelompok, Titi Teras di sini untuk ­raikan sambutan Ramadan terjejas apabila mereka terpaksa berdepan masalah gangguan bekalan air bersih.
  • Penduduk mendakwa, bekalan air sering terputus dan tidak diberi perhatian serius oleh pihak bertanggungjawab walaupun mereka kerap kemukakan aduan terutama pada Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.
  • Penduduk, Saad Sabu, 78, berkata, bekalan air bersih hanya dinikmati dalam tempoh lima tahun apabila paip air mula dipasang pada 2004. 
  • “Bagi kegunaan mandi dan membasuh, kami terpaksa menggunakan air bukit, manakala untuk minum pula, kami perlu membeli air mineral,” katanya.
  • “Sedangkan bil bulanan sebanyak RM6 perlu dijelaskan penduduk dan jika gagal, meter air akan disita,” – Penduduk, Mariam Majid

YAN – Impian 1,500 penduduk di Kampung Dusun Durian Kelompok, Titi Teras di sini untuk me­raikan sambutan Ramadan terjejas apabila mereka terpaksa berdepan masalah gangguan bekalan air bersih.

Lebih menyedihkan apabila masalah berkenaan telah berlarutan dan gagal diselesaikan sejak lebih 14 tahun lalu.

Penduduk mendakwa, bekalan air sering terputus dan tidak diberi perhatian serius oleh pihak bertanggungjawab walaupun mereka kerap mengemukakan aduan terutama pada Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

Seorang penduduk, Saad Sabu, 78, berkata, bekalan air bersih hanya dinikmati dalam tempoh lima tahun apabila paip air mula dipasang pada 2004.

“Selepas itu bekalan sering terputus sehingga menyukarkan kehidupan seharian terutama mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai.

“Bagi kegunaan mandi dan membasuh, kami terpaksa menggunakan air bukit, manakala untuk minum pula, kami perlu membeli air mineral,” katanya.

Bagi Shaber Serat, 53, pula, bekalan air sebelum ini masih boleh diperoleh pada lewat malam dan awal pagi berbanding beberapa tahun kebelakangan ini apabila air langsung tidak sampai ke rumah mereka.

“Saya terpaksa menggunakan pam untuk menyedut air dari parit kecil bersebelahan rumah sebelum menakungnya untuk kegunaan keluarga,” katanya.

Suri rumah, Mariam Majid, 56, berkata, setiap kali ketibaan Ramadan, dia sekeluarga berhadapan kesukaran kerana ketia­daan air.

“Selama ini kami bersabar kerana boleh menggunakan air bukit, tetapi masalahnya ialah sampai bila bekalan air bersih dapat disalurkan.

“Sedangkan bil bulanan sebanyak RM6 perlu dijelaskan penduduk dan jika gagal, meter air akan disita,” katanya.

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Muslim lemah dan letih, Ramadan masa terbaik bunuh penduduk Gaza – Ahli Parlimen Israel

Ramadan masa terbaik untuk membunuh penduduk Gaza yang lemah dan letih kerana mereka berpuasa, kata Ahli Knesset (Parlimen Israel), Almog Cohen.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Ahli Knesset (Parlimen Israel), Almog Cohen.

Ramadan masa terbaik untuk membunuh penduduk Gaza yang lemah dan letih kerana mereka berpuasa, kata Ahli Knesset (Parlimen Israel), Almog Cohen.

Bercakap di Channel 14 Israel, Ahli Parlimen rasis itu menyeru Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu supaya menyerang Rafah dan membunuh warga Palestin di Gaza.

“Perdana Menteri individu yang menentukan keputusan (menyerang), Perdana Menteri, kita perlu turunkan tentera di Rafah dan “bunuh mereka”.

“Ya! ketika mereka lapar, ketika mereka kepenatan, ketika mereka lemah, supaya dipatahkan tulang belulang mereka.

“Waktu Ramadan lah waktu terbaik untuk membunuh mereka, mereka lemah dan kepenatan dan tidak, saya tidak mengasihani mereka,” kata Cohen.

Video dimuat naik di Instagram MEMO itu menerima respons negatif netizen termasuk individu yang tidak senang dengan laras bahasa digunakan Ahli Parlimen Israel itu.

“Adakah kamu tahu mana-mana orang negara lain yang bercakap seperti ini ketika ke udara? dahagakan darah? Genosida.. secara terbuka.. bebas atas kesepakatan awam..?! Tak pernah nampak rejim yang paling ganas pun cakap macam ni tentang manusia .. tak masuk akal!!,” kata netizen, Yusra Ahmed.

Israel membunuh lebih 32,000 rakyat Palestin sejak permulaan tindakan genosidnya ke atas Gaza pada 7 Oktober lalu dengan majoriti mangsanya adalah wanita dan kanak-kanak. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending