Terkini
[VIDEO] SIS gesa kerajaan semak semula fatwa khatan perempuan
Kerajaan digesa mengarahkan semakan semula fatwa Jakim dikeluarkan 2009 mengenai berkhatan bagi perempuan adalah wajib.
- Negara Islam lain termasuk Mesir dan Indonesia sudah keluarkan fatwa mengatakan mutilasi alat kelamin perempuan memudaratkan wanita dan kanak-kanak perempuan. – Pegawai Komunikasi Sisters in Islam (SIS), Aleza Othman
- “Kebanyakkan pengamal perubatan melakukan khatan pada bayi di klinik dan hospital tidak dapat latihan formal. Mereka belajar prosedur itu dari ‘senior’ yang belajar dari ‘senior’ sebelumnya,” katanya.
- Berkhitan bagi perempuan mampu menyebabkan risiko kesihatan segera dan jangka panjang kesan pendarahan berlebihan dan masalah urinari, selain membawa pada risiko tinggi komplikasi ketika bersalin. – Pakar kesihatan antarabangsa
- “Ia tidak jejaskan fizikal atau kesihatan mental, atau psikologi. Justeru, penting pastikan prosedur adalah selamat dan tidak datangkan bahaya pada mereka,” kata Naib Presiden Abim, Fatin Nur Majdina Nordin
PETALING JAYA: Kerajaan digesa mengarahkan semakan semula fatwa Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) dikeluarkan 2009 mengenai berkhatan bagi perempuan adalah wajib.
Pegawai Komunikasi Sisters in Islam (SIS), Aleza Othman, memberitahu FMT berkata, negara Islam lain termasuk Mesir dan Indonesia sudah mengeluarkan fatwa mengatakan mutilasi alat kelamin perempuan memudaratkan wanita dan kanak-kanak perempuan.
Katanya, tiada dapatan kukuh dan sahih al-Quran atau sunnah bagi amalan sedemikian.
Aleza mengakui Jakim dan Jawatankuasa Muzakarah menjadi cabaran utama dalam usaha menghapuskan amalan itu.
“Kebanyakkan pengamal perubatan melakukan khatan bagi kepada bayi di klinik dan hospital tidak mendapat latihan formal. Mereka belajar prosedur itu daripada ‘senior’ yang belajar daripada ‘senior’ sebelumnya.
“Amalan menurunkan ilmu itu tanpa latihan perubatan formal boleh mendatangkan mudarat,” katanya.
View this post on Instagram
Kumpulan aktivis lain, Reproductive Rights Advocacy Alliance Malaysia, berkata tiada bukti berkhatan bagi perempuan mempunyai sebarang manfaat kesihatan.
Presidennya, Dr Subatra Jayaraj, berkata mutilasi genitalia perempuan berakar umbi dari tradisi dan merupakan amalan patriarki.
Pakar kesihatan antarabangsa berkata berkhatan bagi perempuan mampu menyebabkan risiko kesihatan segera dan jangka panjang kesan pendarahan berlebihan dan masalah urinari, selain membawa kepada risiko tinggi komplikasi ketika bersalin.
Bagaimanapun, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), berkata adalah penting menjamin keselamatan prosedur, berbanding melarang amalan itu.
“Ia tidak menjejaskan fizikal atau kesihatan mental mereka, atau psikologi. Justeru, penting memastikan prosedur adalah selamat dan tidak mendatangkan bahaya kepada mereka,” kata Naib Presiden Abim, Fatin Nur Majdina Nordin.
Katanya, menjadi hak ibu bapa memutuskan bersandarkan alasan agama sekiranya mereka mahu membenarkan anak perempuan mereka berkhatan.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa pemotongan alat kelamin perempuan ditamatkan menjelang 2030 dan mengisytiharkan 6 Feb sebagai Hari Antarabangsa Toleransi Sifar Mutilasi Alat Kelamin Perempuan.
Katanya, sejak 25 tahun lalu, amalan mutilasi alat kelamin perempuan lazimnya menurun di peringkat antarabangsa.
Amalan itu banyak dilakukan di 30 negara di Afrika dan Timur Tengah, namun ada juga diamalkan di beberapa negara Asia dan Amerika Selatan, selain dalam kalangan komuniti imigran di negara Barat, kata PBB.
Sumber: Free Malaysia Today
Antarabangsa
Israel bom depot senjata berdekatan pangkalan udara Russia di Syria
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
- Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
- Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
Pertahanan udara Russia dan Syria dilaporkan memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit.
Terdapat dakwaan bahawa pertahanan udara memintas peluru berpandu di luar pantai Jableh, sebuah bandar di barat laut Syria, dengan anggaran 30 peluru berpandu dilancarkan.
Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Laporan tempatan lain mencadangkan sebuah pesawat Iran di lapangan terbang mungkin turut menjadi sasaran.
Israel yang sering menjalankan operasi terhadap sasaran berkaitan dengan Iran di Syria belum memberikan sebarang komen mengenai insiden letupan itu. — The Merdeka Times