Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) “Erdogan, datang sini! Mana pengurusan krisis?” – Petugas kesihatan luah kecewa secara langsung di televisyen

Seorang petugas kesihatan di Adiyaman meluahkan rasa kecewanya terhadap kerajaan Turkiye yang dikatakan tidak tampil membantu menguruskan mangsa gempa bumi di bandar itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ruszaini Ruslan

Published

on

(VIDEO) “Erdogan, datang sini! mana pengurusan krisis?” - petugas kesihatan luah kecewa secara langsung di televisyen
Foto: Tangkap layar video petugas kesihatan yang meluahkan kekecewaannya menerusi siaran lintas langsung.

Seorang petugas kesihatan di Adiyaman meluahkan rasa kecewanya terhadap kerajaan Turkiye yang dikatakan tidak tampil membantu menguruskan mangsa gempa bumi di bandar itu.

Menerusi video dikongsikan Middle East Eye, petugas itu menerjah masuk siaran lintas langsung seorang wartawan tempatan yang sedang melaporkan keadaan semasa di sana.

Dia mendakwa tidak mampu menanggung tanggungjawab membantu mangsa tanpa bantuan kerajaan Turkiye.

“Orang di sini menggigil kesejukan sehingga mati, mereka mati kebuluran. Mereka kesejukan selama tiga hari di bawah runtuhan. Apa yang sepatutnya kami lakukan?”

Selain itu, dia menuntut Presiden Recep Tayyip Erdogan dan pihak berkuasa untuk turun ke lapangan memandangkan belum ada seorang pun daripada mereka yang dilihat turun ke sana.

“Biarkan presiden (Erdogan) turun ke sini.Mari kita lihat jika dia berani, biar kamu semua datang.

“Datang sini! Tiada satu pun Ahli Parlimen di Adiyaman, tiada seorang pun di sini. Tiada satu pun pegawai tinggi di sini.”

Ketika wartawan tersebut cuba menenangkannya dengan berkata bahawa dia memahami bebanan yang ditanggung, petugas itu membidas dan berkata, “Tidak, beban ini nampaknya hanya untuk kami sahaja. Anda biarkan kami bersendirian di Adiyaman,”

“Darah kami di bawah runtuhan dan konkrit ini. Darah semuanya, keseluruhan Turkiye.

“Mana pengurusan krisis? Semua orang sudah mati. Kanak-kanak sudah mati. Bangunlah, Turkiye! Bangun!” kata petugas itu di akhir video.

Isnin lalu, gempa bumi berukuran 7.8 magnitud telah melanda selatan Turkiye dan Syria.

Bencana itu disifatkan sebagai tragedi terburuk dalam sejarah. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube Middle East Eye

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *