Antarabangsa
Turkiye bina 30,000 rumah di zon gempa bumi
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berkata, pihak berkuasa akan memulakan pembinaan 30,000 bangunan kediaman di zon gempa bumi pada Mac, lapor Sputnik.
- “Matlamat kami adalah untuk menyiapkan pembinaan beberapa bangunan berkualiti tinggi dan selamat dalam tempoh setahun yang akan menyelesaikan masalah perumahan di zon berkenaan,” – Presiden Turkiye
ANKARA – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berkata, pihak berkuasa akan memulakan pembinaan 30,000 bangunan kediaman di zon gempa bumi pada Mac, lapor Sputnik.
“Kami akan segera memulakan kerja pembinaan sebaik sahaja penilaian kerosakan selesai.
“Mulai awal Mac, kami akan memulakan pembinaan 30,000 bangunan kediaman.
“Matlamat kami adalah untuk menyiapkan pembinaan beberapa bangunan berkualiti tinggi dan selamat dalam tempoh setahun yang akan menyelesaikan masalah perumahan di zon berkenaan,” katanya.
Erdogan berkata, 98 peratus bangunan yang runtuh akibat gempa bumi baru-baru ini telah dibina sebelum 1999.
Angka kematian akibat gempa bumi yang dahsyat di Turkiye kini melebihi 35,000.
Bencana itu disifatkan tragedi terburuk dalam sejarah.
Sumber : Bernama