Connect with us

Terkini

Tiga garis utama pulih ekonomi negara – Johari Ghani

Bekas menteri kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menggariskan tiga perkara utama bagi memulihkan ekonomi yang sedang bergelut iaitu kestabilan politik, kecekapan dan keyakinan.

Wartawan TMT

Published

on

Tiga garis utama pulih ekonomi negara – Johari Ghani
Foto: Bekas menteri kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
  • Bekas menteri kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menggariskan tiga perkara utama bagi memulihkan ekonomi yang sedang bergelut iaitu kestabilan politik, kecekapan dan keyakinan.
  • “Malaysia tidak boleh lagi ada tiga Perdana Menteri dalam tempoh empat tahun. Pelabur tidak yakin (kerajaan stabil).” – Bekas menteri kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani
  • “Semua pihak harus bersama kekalkan kestabilan politik dan ia amat perlu untuk pastikan dasar yang perlu tapi tidak popular diteruskan setiap kali pentadbiran bertukar.”
  • “Kita mesti ada pasukan berpengalaman dan cekap untuk baiki masalah dihadapi negara, dan rangka strategi jangka pendek dan panjang.”

KUALA LUMPUR: Bekas menteri kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menggariskan tiga perkara utama bagi memulihkan ekonomi yang sedang bergelut iaitu kestabilan politik, kecekapan dan keyakinan.

Katanya, Malaysia harus sedia menanggung ‘kesakitan jangka pendek’ demi generasi akan datang.

Ahli Parlimen Titiwangsa itu ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat Selasa lalu menyenaraikan cabaran yang membelit ekonomi, antaranya pertumbuhan ekonomi yang perlahan, pendapatan isi rumah berkurangan, pengangguran dan guna tenaga tidak penuh, hasil kerajaan yang rendah, dan kemiskinan yang meningkat.

“Malaysia tidak boleh lagi ada tiga Perdana Menteri dalam tempoh empat tahun. Pelabur tidak yakin (kerajaan stabil),” katanya dalam wawancara bersama portal FMT.

Johari berkata, semua pihak harus bersama mengekalkan kestabilan politik dan ia amat perlu untuk pastikan dasar yang perlu tetapi tidak popular diteruskan setiap kali pentadbiran bertukar.

Pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2018 memansuhkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang tidak popular, langkah yang membawa kepada hasil tahunan kerajaan berkurang pada anggaran RM20 bilion.

“Kedua, kita mesti ada pasukan berpengalaman dan cekap untuk baiki masalah dihadapi negara, dan merangka strategi jangka pendek dan panjang,” katanya.

Advertisement

Mengulas lanjut, beliau berkata strategi itu pula harus diberitahu kepada umum, termasuk hakikat mengenai ‘kesakitan jangka pendek’ dan nikmat jangka panjang.

Johari mengambil contoh rancangan melaksanakan subsidi bersasar untuk bahan bakar kenderaan yang tidak mudah tetapi perlu dilakukan.

Pemerintah sedang mempertimbangkan rancangan itu yang dijangka membantu mengurangkan perbelanjaan kerajaan. Tahun lalu, kerajaan membelanjakan kira-kira RM37.3 bilion untuk subsidi bahan bakar.

“Kita mesti ada pemerintah yang mempunyai integriti dan wibawa supaya rakyat yang akan perlu tanggung kesakitan jangka pandek yakin pada kerajaan.

“Kalau kerajaan tiada integriti, maka macam mana orang nak terima formula sakit jangka pendek itu.

“Jika kerajaan ada kemampuan, kredibiliti, pengalaman serta pemimpin yang cekap, dan ada kestabilan politik, ia boleh dilaksanakan dan rakyat akan percaya,” katanya.

Advertisement

Sumber: Berita Harian

Antarabangsa

Kumpulan hak asasi manusia tuduh Beijing bunuh,dera etnik Uyghur Muslim di kem tahanan Xinjiang

Jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS) yang baharu mengenai China yang mengadakan perbicaraan kedua semalam, mengetengahkan apa yang dikatakan Washington sebagai pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap Uyghur dan etnik minoriti lain di wilayah Xinjiang China.

Wartawan TMT

Published

on

Kumpulan hak asasi manusia tuduh Beijing bunuh,dera etnik Uyghur Muslim di kem tahanan Xinjiang
Foto: Gulbahar Haitiwaji (kiri), Qelbinur Sidik (kanan).
  • Jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS) yang baharu mengenai China yang mengadakan perbicaraan kedua semalam, mengetengahkan apa yang dikatakan Washington sebagai pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap Uyghur dan etnik minoriti lain di wilayah Xinjiang China.
  • Kumpulan hak asasi manusia menuduh Beijing melakukan penderaan, termasuk buruh paksa, pengawasan besar-besaran dan menempatkan sejuta atau lebih etnik Uyghur yang kebanyakan Islam dalam rangkaian kem tahanan di Xinjiang.
  • Keadaan di Xinjiang ‘sepatutnya memberi amaran kepada dunia mengenai kepimpinan di bawah PKC’.
  • Panel Dewan mendengar pengalaman diceritakan seorang wanita Uyghur, Gulbahar Haitiwaji yang berkongsi dia menghadapi penderaan dan pendidikan patriotik yang dipaksa sepanjang berada di dalam kem tersebut.

WASHINGTON: Jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS) yang baharu mengenai China yang mengadakan perbicaraan kedua semalam, mengetengahkan apa yang dikatakan Washington sebagai pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap Uyghur dan etnik minoriti lain di wilayah Xinjiang China.

Kumpulan hak asasi manusia menuduh Beijing melakukan penderaan, termasuk buruh paksa, pengawasan besar-besaran dan menempatkan sejuta atau lebih etnik Uyghur yang kebanyakan Islam dalam rangkaian kem tahanan di Xinjiang.

Ahli Kongres, Mike Gallagher yang juga Pengerusi Republikan Jawatankuasa Pilihan Dewan Perwakilan mengenai Parti Komunis China (PKC), memberitahu pemberita sebelum perbicaraan, keadaan di Xinjiang ‘sepatutnya memberi amaran kepada dunia mengenai kepimpinan di bawah PKC’.

China bersungguh-sungguh menafikan penderaan di Xinjiang dan berkata, ia menubuhkan ‘pusat latihan vokasional’ untuk membendung keganasan, pemisahan dan radikalisme agama.

Perbicaraan itu adalah yang terbaru dalam siri acara yang dirancang untuk dua tahun akan datang, manakala Republikan yang mengawal Dewan Perwakilan untuk meyakinkan rakyat Amerika, bahawa mereka perlu mengambil berat untuk menyaingi China dan untuk ‘memisahkan secara terpilih’ ekonomi negara.

Panel Dewan mendengar pengalaman yang diceritakan seorang wanita Uyghur, Gulbahar Haitiwaji yang bercakap melalui penterjemah, apa yang dikatakannya selama bertahun-tahun di kem di mana dia menghadapi penderaan dan pendidikan patriotik yang dipaksa.

Etnik Uzbekistan, Qelbinur Sidik yang ditugaskan sebagai guru di kem sedemikian melalui penterjemah, turut menggambarkan keadaan seperti penjara yang menurutnya tahanan menghadapi penyeksaan dan soal siasat.

Advertisement

Kedua-dua wanita itu berjaya melakukan perjalanan ke Eropah dan kini mereka menetap di sana.

Keterangan juga didengar daripada peguam terkemuka Amerika Uyghur, Nury Turkel dan penyelidik Jerman, Adrian Zenz, yang berusaha mendokumentasikan tahap kem tahanan di Xinjiang dan Naomi Kikoler dari Muzium Memorial Holocaust AS.

Jurucakap Kedutaan China di Washington, Liu Pengyu, berkata saksi yang dirancang jawatankuasa itu telah ‘mencipta pembohongan berkaitan Xinjiang’ berdasarkan motif politik tersembunyi.

“Kami berharap rakyat Amerika dapat mengenali wajah sebenar pasukan anti-China ini dan tidak terpedaya dengan khabar angin dan pembohongan,” kata Liu sambil menambah, hak asasi manusia semua kumpulan etnik di Xinjiang sudah ‘dilindungi sepenuhnya’.

Kerajaan AS dan parlimen di Britain, Kanada dan negara lain menyifatkan pencegahan kelahiran dan dasar penahanan besar-besaran China di Xinjiang sebagai pembunuhan beramai-ramai.

Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tahun lalu menyatakan China mungkin sudah melakukan jenayah terhadap kemanusiaan di rantau itu.

Advertisement

Jawatankuasa dwipartisan tidak akan menulis undang-undang tetapi akan membuat cadangan dasar, pada garis masa keras terhadap China adalah salah satu daripada beberapa dasar dengan sokongan dwipartisan dalam Kongres AS yang sangat berpecah belah.

Kikoler dari muzium holocaust berkata, kerajaan China menggunakan taktik halus untuk ‘memusnahkan orang Uyghur dengan sengaja’ termasuk pengawasan dan penahanan besar-besaran, penyeksaan, pemindahan kanak-kanak dan mengehadkan kelahiran.

Zenz berkata, walaupun kerajaan China mengatakan pihaknya menutup kem di Xinjiang dalam beberapa tahun kebelakangan ini, namun ia adalah pusat ‘pendidikan semula’ keselamatan rendah, selain ada perluasan serentak penjara dengan keselamatan lebih tinggi atau kemudahan buruh paksa.

“Kita boleh mengandaikan ratusan ribu sudah dipindahkan ke kemudahan ini, yang telah diperluaskan secara dramatik,” katanya sambil menyatakan terdapat tanda-tanda tahanan beramai-ramai memuncak pada 2018. – REUTERS

Sumber: Berita Harian

Advertisement
Teruskan Membaca
Advertisement

Kata Kunci

Advertisement

Trending