Connect with us

Terkini

TH dicadang kaji semula tempoh jemaah di tanah suci – Ismail Sabri

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan Lembaga Tabung Haji (TH) mengkaji semula tempoh menunaikan haji ekoran peningkatan kos mengerjakan ibadah itu ketika ini.

Wartawan TMT

Published

on

TH dicadang kaji semula tempoh jemaah di tanah suci - Ismail Sabri
Foto: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
  • Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan Lembaga Tabung Haji (TH) mengkaji semula tempoh menunaikan haji ekoran peningkatan kos mengerjakan ibadah itu ketika ini.
  • Ismail Sabri berkata, empat pakej tempoh masa menunaikan ibadah haji boleh diperkenalkan iaitu 14, 21, 30 dan 40 hari.
  • “Langkah ini bukan sahaja menjimatkan kos tetapi dapat menarik minat lebih ramai untuk menunaikan Rukun Islam kelima ini.
  • “Ia kerana tempoh masa (lebih) singkat dan mungkin ada di antara kita yang terikat dengan kerja dan perniagaan,” katanya.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan Lembaga Tabung Haji (TH) mengkaji semula tempoh menunaikan haji ekoran peningkatan kos mengerjakan ibadah itu ketika ini.

Ismail Sabri berkata, empat pakej tempoh masa menunaikan ibadah haji boleh diperkenalkan iaitu 14, 21, 30 dan 40 hari.

“Langkah ini bukan sahaja menjimatkan kos tetapi dapat menarik minat lebih ramai untuk menunaikan Rukun Islam kelima ini.

“Ia kerana tempoh masa (lebih) singkat dan mungkin ada di antara kita yang terikat dengan kerja dan perniagaan,” katanya ketika membahaskan Usul Titah Diraja di Dewan Rakyat, di sini pada Selasa.

Ahli Parlimen Bera itu memberitahu, TH menganggarkan berlaku peningkatan kos haji daripada RM25,540 tahun lalu kepada RM31,870 pada tahun ini.

Kata beliau, antara faktor utama kenaikan kos haji adalah inflasi berikutan impak ekonomi global (seperti perang Russia-Ukraine), kenaikan harga minyak, isu logistik pasca Covid-19, percukaian dan banyak lagi.

“Dengan mengandaikan pengekalan aturan bayaran haji 2022 untuk tahun ini iaitu RM10,980 bagi kumpulan B40 dan RM12,980 bagi kumpulan M40, tanggungan TH bakal meningkat masing-masing kepada RM20,890 dan RM18,720. TH terpaksa menanggung subsidi yang tinggi,” tambah beliau.

Menurutnya, dana bantuan kewangan haji datang sepenuhnya daripada keuntungan pelaburan yang dijana oleh TH.

“Keseimbangan tabung dan haji penting kerana ia memberi kesan langsung kepada bantuan kewangan haji terhadap kadar agihan keuntungan setiap tahun,” ujar beliau.

Sementara itu, Ismail Sabri turut memohon supaya kerajaan mempertimbangkan untuk mengkaji dan menggubal semula Akta Tabung Haji 1995 dikaji untuk penambahbaikan kerana ia sudah terlalu lama dan tidak relevan.

Tegasnya, sebagai contoh, tiada peruntukan untuk patuh syariah dan tadbir urus baik diwartakan di dalam Akta Tabung Haji yang sedia ada walaupun TH sebagai asasnya perlu patuh syariah.

“Penambahbaikan perlu dari segi tadbir urus, pemantauan dan kawal selia bagi memastikan dana sebanyak RM88 bilion dapat diuruskan dengan lebih sempurna.

“Akta Lembaga Tabung Angkatan Tentera telah ditambah baik, hanya Akta Tabung Haji yang masih belum ditambah baik,” ulasnya.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri menjelaskan, cadangan bagi Akta Tabung Haji untuk dikaji dan ditambah baik telah disyorkan pada pertengahan tahun 2021 oleh kerajaan dan jemaah menteri.

“Jawatankuasa Suruhanjaya Siasatan Diraja juga ada menyarankan agar Akta Tabung Haji 1995 dikaji dan tambah baik.

“Justeru, saya memohon penjelasan daripada kerajaan apakah perkembangan terkini dan sasaran tarikh pelaksanaan cadangan pindaan Akta Tabung Haji 1995,” katanya lagi.

Sumber: Sinar Harian

 

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Segera lapor SPRM jika jadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
  • SPRM gesa pihak yang percaya mereka menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.
  • “Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kepada media hari ini.
  • Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.
  • Semalam, seorang pengarah urusan syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki bagaimanapun berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan kes seperti itu dari negeri-negeri lain dan menyifatkan apa yang berlaku di Perak baru-baru ini sebagai kes terpencil.

“Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” katanya kepada media hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) Azman Adnan.

Semalam, seorang pengarah urusan sebuah syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

Difahamkan, syarikat suspek berusia 44 tahun itu dipercayai terbabit melakukan pemecahan lot tanah di mukim berkenaan menjadi tanah bukan Melayu, seterusya dijual menjadi lot rumah dan banglo.

Siasatan SPRM juga mendapati sejumlah 317 lot dipecahkan kepada individu serta syarikat yang sebahagian besarnya adalah bukan Melayu.

Penahanan itu adalah rentetan kepada tangkapan seorang bekas Timbalan Pendaftar Hakmilik di Pejabat Tanah dan Galian Perak yang sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh, bulan lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending