Connect with us

Terkini

Tanah runtuh, 1,000 Orang Asli Pos Gob terputus hubungan 

Seramai 1,000 penduduk Orang Asli di Pos Gob, di sini terputus hubungan berikutan tanah runtuh di Kampung Gawin sejak Jumaat lepas.

Wartawan TMT

Published

on

Tanah runtuh, 1,000 Orang Asli Pos Gob terputus hubungan 
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Akibat kejadian itu penduduk tidak dapat pergi ke bandar Gua Musang untuk urusan harian dan membeli barangan keperluan. – Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA), Aman Pak Ngah 
  • “Saya bersama lima rakan menempuh perjalanan selama dua hari satu malam untuk keluar beli bahan makanan kerana hanya motosikal sahaja boleh melalui jalan Pos Gob berikutan keadaan jalan berselut dan rosak. – Penduduk Kampung Gawin, Amat Jali
  • “Pihak JAKOA akan masuk (Pos Gob) untuk buat kerja-kerja baik pulih jalan dan bersihkan tanah runtuh sebaik sahaja jalan kering dan cuaca kembali cerah. Untuk itu kami akan gunakan kaedah sapu jalan terlebih dahulu,” –  Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kelantan dan Terengganu, Roslina Bun

GUA MUSANG – Seramai 1,000 penduduk Orang Asli di Pos Gob, di sini terputus hubungan berikutan tanah runtuh di Kampung Gawin sejak Jumaat lepas.

Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA), Aman Pak Ngah berkata, akibat kejadian itu penduduk tidak dapat pergi ke bandar Gua Musang untuk urusan harian dan membeli barangan keperluan.

“Sebelum ini kami boleh guna motosikal untuk ke bandar Gua Musang tetapi bermula Jumaat lepas kami (penduduk) tidak boleh keluar akibat tanah runtuh kira-kira 100 meter selepas Kampung Gawin kerana hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lepas.

“Semalam kumpulan pacuan empat roda (4WD) yang cuba masuk menggunakan motosikal untuk menghantar bekalan makanan terpaksa berpatah balik kerana jalan sudah ditimbus dengan tanah runtuh,” katanya kepada pemberita pada Isnin

Penduduk Kampung Gawin, Amat Jali, 45, berkata, dia antara lima penduduk yang terpaksa bermalam di hutan untuk keluar ke bandar Gua Musang.

“Saya bersama lima rakan menempuh perjalanan selama dua hari satu malam untuk keluar membeli bahan makanan kerana hanya motosikal sahaja yang boleh melalui jalan Pos Gob berikutan keadaan jalan berselut dan rosak.

“Ketika ini penduduk bukan sahaja terputus jalan perhubungan malah memberi kesan terhadap sumber pendapatan kerana tidak dapat ke perkampungan lain untuk membeli dan mencari hasil hutan dan tanaman,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kelantan dan Terengganu, Roslina Bun berkata, faktor cuaca yang sentiasa hujan menjadikan kerja baik pulih jalan tergendala seketika namun pihaknya akan melaksanakan kerja tersebut dalam masa terdekat.

“Pihak JAKOA akan masuk (Pos Gob) untuk membuat kerja-kerja baik pulih jalan dan membersihkan tanah runtuh sebaik sahaja jalan kering dan cuaca kembali cerah. Untuk itu kami akan menggunakan kaedah sapu jalan terlebih dahulu,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending