Connect with us

Terkini

RUU mansuh hukuman mati mandatori dibentang Mac ini

Rang undang-undang (RUU) berkaitan pemansuhan hukuman mati mandatori akan dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Mac ini.

Wartawan TMT

Published

on

RUU mansuh hukuman mati mandatori dibentang Mac ini
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Ramkarpal Singh berkata, pihaknya menjangkakan RUU itu dibawa ke Dewan Negara untuk diluluskan pada April sebelum diwartakan Mei nanti.
  • “Apabila undang-undang tersebut diwartakan, mereka yang terkesan boleh membuat permohonan di Mahkamah Persekutuan dengan bantuan peguam dan Jabatan Penjara.” 
  • Katanya, permohonan itu akan melalui proses mahkamah dan bukan secara automatik hukuman banduan dikurangkan.
  • “Mahkamah Persekutuan akan melihat satu persatu kes untuk menentukan sama ada hukuman gantung wajar digantikan dan ini terpakai kepada mereka yang menjalani hukuman gantung atau penjara sepanjang hayat,” katanya.

KUALA LUMPUR – Rang undang-undang (RUU) berkaitan pemansuhan hukuman mati mandatori akan dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Mac ini.

Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Ramkarpal Singh berkata, pihaknya menjangkakan RUU itu dibawa ke Dewan Negara untuk diluluskan pada April sebelum diwartakan Mei nanti.

“Apabila undang-undang tersebut diwartakan, mereka yang terkesan boleh membuat permohonan di Mahkamah Persekutuan dengan bantuan peguam dan Jabatan Penjara,” katanya selepas melawat Penjara Kajang pada Rabu

Beliau berkata, seramai 1,320 banduan yang dijatuhi hukuman mati atau penjara sepanjang hayat akan terkesan apabila RUU itu diwartakan.

Katanya, permohonan itu akan melalui proses mahkamah dan bukan secara automatik hukuman banduan dikurangkan.

“Mahkamah akan mendengar bukan sahaja daripada tertuduh atau mereka yang telah disabitkan tetapi mangsa dan keluarga akan berpeluang menyampaikan faktor yang akan ditimbulkan untuk perhatian mahkamah melalui Peguam Negara atau Timbalan Pendakwa Raya.

“Mahkamah Persekutuan akan melihat satu persatu kes untuk menentukan sama ada hukuman gantung wajar digantikan dan ini terpakai kepada mereka yang menjalani hukuman gantung atau penjara sepanjang hayat,” katanya.

Ramkarpal berkata, undang-undang baharu itu akan memberi kesan kepada banduan dari segi rehabilitasi dan sekali gus membuka peluang kepada mereka untuk keluar semula kepada masyarakat.

Sebelum itu, beliau mengadakan sesi dialog bersama tujuh banduan akhir dan sepanjang hayat bagi mendengar pandangan mereka mengenai pemansuhan hukuman mati mandatori.

Pada sesi itu, banduan berusia lingkungan 38 hingga 66 tahun yang sedang menjalani hukuman gantung dan penjara sepanjang hayat terbabit meluahkan rasa gembira apabila dimaklumkan mengenai usaha kerajaan memansuhkan hukuman mati mandatori.

Mohamad (bukan nama sebenar), 45, berkata, dia menjalani hukuman penjara sepanjang hayat yang kini memasuki tahun ke-23.

“Berilah kami peluang untuk bersama keluarga dan berjanji akan melakukan yang terbaik,” katanya yang disabitkan dengan kesalahan membabitkan dadah.

Dia berkata, kebanyakan banduan yang menjalani hukuman gantung dan penjara sepanjang hayat berusia lebih 60 tahun dan wajar diberikan peluang kedua.

Pada 10 Jun tahun lepas, kerajaan sebelum ini bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori di Malaysia dengan mengenakan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Keputusan itu dicapai susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Jun 2022. – Bernama

Sumber: Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending