Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Rejim Israel lulus undang-undang batal kerakyatan warga Palestin

Israel meluluskan undang-undang yang membenarkan kerajaan haram itu membatalkan kerakyatan atau pemastautin daripada rakyat Palestin yang menurutnya telah melakukan ‘tindakan keganasan’.

Wartawan TMT

Published

on

Rejim Israel lulus undang-undang batal kerakyatan warga Palestin
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Bacaan akhir rang undang-undang itu diluluskan di Parlimen Israel, dengan 94 undi serta mendapat sokongan meluas daripada kerajaan campuran dan parti pembangkang.
  • Undang-undang itu ditetapkan mereka yang dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan melanggar ‘kepercayaan Negara Israel’ dan terima bentuk pembiayaan daripada Pihak Berkuasa Palestin (PA) boleh menyebabkan kewarganegaraan atau pemastautin terbatal dan dihantar pulang ke Tebing Barat yang diduduki atau Semenanjung Gaza yang terkepung.
  • Undang-undang itu akan dipakai kepada kedua-dua warga Palestin yang mempunyai kerakyatan Israel dan penduduk tetap Baitulmaqdis Timur yang menolak kerakyatan Israel tetapi mempunyai ID pemastautin oleh Kementerian Dalam Negeri Israel.

TEL AVIV, 25 Rejab 1444H, Khamis – Israel meluluskan undang-undang yang membenarkan kerajaan haram itu membatalkan kerakyatan atau pemastautin daripada rakyat Palestin yang menurutnya telah melakukan ‘tindakan keganasan’.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Mereka akan dihantar pulang ke Tebing Barat dan Semenanjung Gaza yang diduduki, dalam undang-undang yang hanya akan terpakai kepada rakyat Palestin sahaja.

Bacaan akhir rang undang-undang itu diluluskan di Knesset, Parlimen Israel, dengan 94 undi berbanding 10 pada hari Rabu, mendapat sokongan meluas daripada kerajaan campuran dan parti pembangkang.

Undang-undang itu menetapkan mereka yang dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan yang melanggar ‘kepercayaan kepada Negara Israel’ dan yang telah menerima bentuk pembiayaan daripada Pihak Berkuasa Palestin (PA) boleh menyebabkan kewarganegaraan atau pemastautin mereka terbatal dan dihantar pulang ke Tebing Barat yang diduduki atau Semenanjung Gaza yang terkepung.

Ia akan terpakai kepada kedua-dua warga Palestin yang mempunyai kerakyatan Israel dan penduduk tetap Baitulmaqdis Timur yang diduduki, yang menolak kerakyatan Israel tetapi mempunyai ID pemastautin oleh Kementerian Dalam Negeri Israel.

Pakar undang-undang,Saba Pipia memberitahu Middle East Eye minggu lalu bahawa dasar itu adalah jenayah perang dan melanggar undang-undang antarabangsa.

Mengeluarkan penduduk tetap Palestin di Baitulmaqdis, yang merupakan orang yang dilindungi di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa mengikut Konvensyen Geneva Keempat, bermakna sebagai pelanggaran besar konvensyen itu dan dengan itu jenayah perang,” katanya.

Di samping itu, memaksa rakyat Palestin di Baitulmaqdis untuk menunjukkan kesetiaan kepada Israel juga melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

“Perkara 45 Peraturan-Peraturan Den Haag melarang kuasa pendudukan daripada memaksa penduduk wilayah yang diduduki untuk bersumpah setia kepadanya.  

“Oleh itu, penduduk Palestin di Baitulmaqdis tidak diwajibkan untuk setia kepada Negara Israel, kuasa pendudukan.” – Agensi

Sumber: Ismaweb

 

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Belarus siapkan draf undang-undang anti propaganda LGBT dan pedofilia

Belarus menyiapkan draf undang-undang bagi hukuman “mempromosi hubungan bukan tradisional” yang merujuk kepada hubungan LGBT, lapor agensi berita Belarus, Belta pada Isnin.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Presiden Belarus, Alexander Lukashenko (kanan) dan Ketua Pendakwa Raya Republik Belarus, Andrei Shved (kiri).
  • Belarus menyiapkan draf undang-undang bagi hukuman “mempromosi hubungan bukan tradisional” yang merujuk kepada hubungan LGBT, lapor agensi berita Belarus, Belta pada Isnin.
  • Belta memetik Ketua Pendakwa Raya Republik Belarus, Andrei Shved sebagai berkata dalam ucapan kepada wakil rakyat bahawa rang undang-undang itu telah siap dan bakal menggariskan tanggungjawab pentadbiran bagi tindakan mempromosikan “hubungan tidak normal, pedofilia dan penolakan sukarela untuk mempunyai anak”.
  • Draf undang-undang itu kini sedang melalui prosedur kelulusan.
  • Undang-undang propaganda anti-gay dikuatkuasakan negara jiran Belarus iaitu Russia sejak 2013.
  • Homoseksualiti dibatalkan akta jenayahnya di Belarus pada 1994, bagaimanapun negara itu tidak mengiktiraf perkahwinan sejenis dan pihak berkuasanya bertindak membanteras perarakan-perarakan pride LGBT.

Belarus menyiapkan draf undang-undang bagi hukuman “mempromosi hubungan bukan tradisional” yang merujuk kepada hubungan LGBT, lapor agensi berita Belarus, Belta pada Isnin.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Belta memetik Ketua Pendakwa Raya Republik Belarus, Andrei Shved sebagai berkata dalam ucapan kepada wakil rakyat bahawa rang undang-undang itu telah siap.

Ia bakal menggariskan tanggungjawab pentadbiran bagi tindakan mempromosikan “hubungan tidak normal, pedofilia dan penolakan sukarela untuk mempunyai anak”.

Draf undang-undang itu kini sedang melalui prosedur kelulusan.

Undang-undang propaganda anti-gay dikuatkuasakan negara jiran Belarus iaitu Russia sejak 2013.

Undang-undang itu dilihat efektif dalam usaha pelarangan ekspresi awam berkenaan tingkah laku atau gaya hidup lesbian, lelaki-lelaki gay, biseksual atau transgender.

Mahkamah Agung Rusia pada Disember lalu mengharamkan apa disebutnya sebagai “pergerakan sosial LGBT antarabangsa,” melabelnya sebagai organisasi ekstremis.

Homoseksualiti dibatalkan akta jenayahnya di Belarus pada 1994, bagaimanapun negara itu tidak mengiktiraf perkahwinan sejenis dan pihak berkuasanya bertindak membanteras perarakan-perarakan pride LGBT.

Presiden Belarus, Alexander Lukashenko, sebelum ini secara terbuka menyelar golongan LGBT, memanggil lelaki gay sebagai “pelucah” dan “kesongsangan teragung” dalam ucapannya kepada ahli-ahli politik sekitar tahun lalu. – The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending