Antarabangsa
Rasmus Paludan seorang pedofilia?
Ahli politik ekstrimis anti-Islam Sweden, Rasmus Paludan yang membakar al-Quran tempoh hari didapati terlibat dalam perbualan seksual secara atas talian dengan kanak-kanak di bawah umur.

- Ahli politik ekstrimis anti-Islam Sweden, Rasmus Paludan yang membakar al-Quran tempoh hari didedahkan pernah terlibat dengan perbualan lucah dengan kanak-kanak lelaki secara atas talian.
- Paludan bersembang dengan kanak-kanak lelaki berusia sekitar 13 ke 17 tahun di platform Discord.
- Rakaman audio mendedahkan dia bersembang mengenai topik yang tidak patut, salah satunya mengenai seorang guru mendera seorang kanak-kanak lelaki secara seksual di hadapan rakan sekelasnya.
- Paludan turut bercakap tentang Islam kepada mereka sebagai satu usaha untuk ‘mendidik’ dan ‘menjelaskan’ mengapa dia membenci agama itu.
Ahli politik ekstrimis anti-Islam Sweden, Rasmus Paludan yang membakar al-Quran tempoh hari didapati terlibat dalam perbualan seksual secara atas talian dengan kanak-kanak di bawah umur.
Perkara itu didedahkan menerusi laporan TRT World yang menyiarkan video rakaman audio perbualan Paludan dengan beberapa kanak-kanak lelaki di platform Discord.
Rakaman audio itu mendedahkan Paludan bersembang mengenai topik yang tidak patut, misalnya mengenai seorang guru mendera seorang kanak-kanak lelaki secara seksual di hadapan rakan sekelasnya.
“Dia menangis seperti tidak pernah menangis sebelum ini pada pertama kali sfinkternya (otot liang badan, contohnya dubur) dinodai dengan alat plastik keras,” kata Paludan kepada mereka.
Paludan juga pernah bertanyakan umur mereka semua, yang rata-ratanya sekitar 13 ke 17 tahun. Apabila dia pula ditanya soalan sama, Paludan menjawab dia berusia 39 tahun.
Walaupun umur persetujuan suka sama suka di Sweden ialah 15 tahun, Paludan secara sedar meneruskan perbualan seksual dengan mereka berumur 14 dan 13 tahun.
Dalam salah satu perbualannya bertarikh 14 Ogos 2021, dia memberitahu salah seorang kanak-kanak di platform itu yang dia sedang ‘bertelanjang’ ketika berjalan di dapur rumahnya.
Paludan turut bercakap tentang Islam kepada mereka sebagai satu usaha untuk ‘mendidik’ dan ‘menjelaskan’ mengapa dia membenci agama itu.
Ahli politik anti-Islam itu mula menggunakan Discord selepas akaun YouTubenya dialih keluar pada Februari 2020.
Dia tidak menghadapi sebarang tindakan undang-undang untuk perbualan lucah itu tetapi hanya didakwa dengan 14 kesalahan seperti perkauman, fitnah dan pelanggaran peraturan lalu lintas.
Sumber: TRT World
