Connect with us

Terkini

PM digesa longgarkan etika pakaian pelawat di jabatan kerajaan – Adun Mengkibol

Adun Mengkibol Chew Chong Sin mahu Perdana Menteri Anwar Ibrahim melonggarkan etika berpakaian buat pelawat di jabatan-jabatan kerajaan.

Wartawan TMT

Published

on

pm-digesa-longgarkan-etika-pakaian-pelawat-di-jabatan-kerajaan-adun-mengkibol
Foto: Adun Mengkibol, Chew Chong Sin dan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
  • Pengecualian perlu diberikan untuk urusan penting atau kecemasan seperti di balai polis dan hospital. – Adun Mengkibol, Chew Chong Sin 
  • “Kelonggaran juga patut diberikan sekiranya ia melibatkan faktor kesukaran seperti jarak rumah yang jauh, kesesakan lalu lintas, atau faktor kesuntukan  masa. 
  • Chew membuat rayuan dalam surat terbuka dituju khas kepada Anwar susulan kejadian seorang wanita membuat laporan polis ditolak kerana berseluar pendek.
  • Tindakan anggota polis berkenaan melanggar Seksyen 107(4) Kanun Tatacara Jenayah, yang menetapkan pegawai polis mempunyai tanggungjawab untuk menerima semua maklumat atau laporan berkaitan pelanggaran undang-undang di negara, katanya.

Adun Mengkibol Chew Chong Sin mahu Perdana Menteri Anwar Ibrahim melonggarkan etika berpakaian buat pelawat di jabatan-jabatan kerajaan.

Katanya, pengecualian perlu diberikan untuk urusan penting atau kecemasan seperti di balai polis dan hospital.

“Kelonggaran juga patut diberikan sekiranya ia melibatkan faktor kesukaran seperti jarak rumah yang jauh, kesesakan lalu lintas, atau faktor kesuntukan  masa. 

“Pertimbangan dan budi bicara ini perlulah dipraktikkan dengan sifat rahmah dan empati, terutamanya  oleh pegawai yang bertugas,” katanya.

Chew membuat rayuan berkenaan dalam surat terbuka yang ditujukan kepada Anwar semalam.

Surat itu dibuat susulan kejadian di ibu pejabat polis Daerah Kajang di Selangor pada 30 Januari lalu yang menyaksikan cubaan seorang wanita membuat laporan polis mengenai kemalangan jalan raya ditolak kerana berseluar pendek.

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani bagaimanapun menyifatkan apa yang berlaku itu sebagai “salah faham”.

Chew berhujah bahawa tindakan anggota polis berkenaan melanggar Seksyen 107(4) Kanun Tatacara Jenayah, yang menetapkan bahawa pegawai polis mempunyai tanggungjawab untuk menerima semua maklumat atau laporan berkaitan pelanggaran undang-undang di negara.

Katanya, terdapat juga kes yang waris pesakit tidak dapat berurusan di hospital, walaupun ia adalah kes kecemasan kerana keperluan mematuhi kod pakaian.

Sementara itu, Persatuan Bertindak Semua Wanita (Awam) berkata etika berpakaian hanyalah garis panduan dan tidak mempunyai kuasa undang-undang. Oleh demikian, katanya, agensi kerajaan tidak boleh menafikan perkhidmatan mereka kepada orang awam berdasarkan pakaian mereka.

“Sekiranya anda dinafikan perkhidmatan atau menerima kata-kata diskriminasi berdasarkan pakaian anda, anda boleh membuat aduan di agensi kerajaan atau saluran pelaporan jabatan yang berkaitan.

“Sentiasa ingat bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang bangga dengan pelbagai etnik dan budaya – maruah diri dan menghormati budaya lain mesti diberi pertimbangan sewajarnya,” kata Awam dalam satu kenyataan semalam.

Kumpulan itu juga menyatakan bahawa tiada kod pakaian standard yang diamalkan di semua balai polis, dan notis lazimnnya hanya diberikan kepada pelawat apabila mereka menjejakkan kaki di balai polis atau premis kerajaan lain berkenaan.

Pegawai kerajaan, kata Awam, juga sering gagal mengambil kira perkara yang mendesak berbanding keperluan untuk mematuhi kod pakaian.

“Sifat kepolisian moral yang diskriminasi dan tidak berperikemanusiaan itu membolehkan orang ramai bebas untuk membuat pertimbangan yang tidak wajar tentang nilai, watak, keupayaan dan moral seseorang individu hanya berdasarkan pakaian seseorang itu.

“Ia juga secara tidak sengaja, dan secara sistematik, menafikan orang ramai tentang hak asasi mereka, akses kepada perkhidmatan kebajikan dan kesihatan yang penting, dan juga peluang pekerjaan berdasarkan pertimbangan ini.

“Ini hanya mengekalkan persekitaran objektif yang boleh menyumbang kepada harga diri yang rendah dan memberi kesan negatif kepada kesihatan mental seseorang. Seterusnya, kepolisian pakaian meletakkan  tanggung jawab dan beban yang besar kepada wanita untuk menutup diri dan memalukan atau menghukum mereka sekiranya tidak berbuat demikian.

“Semua faktor ini berinteraksi untuk menormalkan keganasan berasaskan jantina, dan menyemai budaya rogol yang tidak mempertanggungjawabkan pelaku sepenuhnya ke atas pencabulan mereka sambil mempersalahkan mangsa (terutamanya wanita) yang dalam trauma,” tambahnya.

Awam berkata agensi kerajaan harus menyediakan latihan kepekaan jantina untuk pegawai barisan hadapan mereka, supaya mereka  tidak terlibat dalam tingkah laku diskriminasi dan boleh berempati dengan mangsa yang terselamat yang mencari bantuan.

Sumber: Malaysiakini

Author

Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending