Connect with us

Terkini

Pihak luar tiada kuasa campur tangan undang-undang Malaysia

Pihak luar tiada hak untuk mengganggu atau mencampuri urusan kedaulatan serta undang-undang Malaysia termasuk dalam urusan pengeluaran visa dan pas kepada warga asing untuk tinggal atau bekerja di negara ini.

Wartawan TMT

Published

on

Pihak luar tiada kuasa campur tangan undang-undang Malaysia
Foto: Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud
  • Pihak luar tiada hak untuk mengganggu atau mencampuri urusan kedaulatan serta undang-undang Malaysia termasuk dalam urusan pengeluaran visa dan pas kepada warga asing untuk tinggal atau bekerja di negara ini.
  • Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, berkata kedutaan asing tidak mempunyai kuasa mengeluarkan sebarang bentuk Pas bagi membenarkan rakyat mereka menetap di Malaysia walaupun tempoh sementara.
  • Kenyataan itu mengulas laporan sebuah portal berita semalam yang memetik kecaman oleh Suruhanjaya Indonesia (Komisi Nasional Hak Asasi Manusia / Komnas HAM) susulan serbuan Imigresen terhadap pekerja asing.
  • “Tiada mana-mana pihak boleh mempersoalkan kewajaran Imigresen melaksanakan operasi membanteras PATI kerana ia adalah tugas hakiki jabatan ini,” katanya.


Putrajaya: Pihak luar tiada hak untuk mengganggu atau mencampuri urusan kedaulatan serta undang-undang Malaysia termasuk dalam urusan pengeluaran visa dan pas kepada warga asing untuk tinggal atau bekerja di negara ini.

Kedutaan asing juga tidak mempunyai kuasa mengeluarkan sebarang bentuk Pas bagi membenarkan rakyat mereka menetap di Malaysia walaupun untuk tempoh sementara, kata Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu sebagai mengulas laporan sebuah portal berita semalam yang memetik kecaman oleh Suruhanjaya Indonesia (Komisi Nasional Hak Asasi Manusia / Komnas HAM) susulan serbuan Imigresen terhadap pekerja asing di sebuah penempatan di Nilai, Negeri Sembilan minggu lalu.

Katanya, fakta yang tidak boleh disangkal oleh mana-mana pihak ialah individu yang ditahan dalam operasi bersepadu di Nilai Spring itu membabitkan golongan pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Tiada mana-mana pihak boleh mempersoalkan kewajaran Imigresen melaksanakan operasi membanteras PATI kerana ia adalah tugas hakiki jabatan ini,” katanya.

Dalam operasi 1 Februari lalu, seramai 68 individu warga Indonesia diperiksa dan 67 individu berusia antara dua bulan hingga 72 tahun ditahan JIM.

Antara kesalahan dikenal pasti adalah ketiadaan dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Khairul Dzaimee berkata, rakyat Malaysia juga boleh dikenakan hukuman oleh pihak berkuasa negara luar sekiranya mereka melanggar undang- undang Imigresen negara berkenaan.

Justeru katanya, semua pihak perlu menghormati kedaulatan undang-undang sesebuah negara.

 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
  • Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
  • Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
  • Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 
  • Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.

Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.

Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.

Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 

Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear. 

Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending