Connect with us

Antarabangsa

Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Ukraine dakwa Russia culik kanak-kanak untuk khidmat seks

Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Ukraine, Dmytro Lubinets semalam, mendakwa Russia menculik dan menjual kanak-kanak negara itu bagi khidmat seks.

Wartawan TMT

Published

on

Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Ukraine dakwa Russia culik kanak-kanak untuk khidmat seks
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Ukraine, Dmytro Lubinets semalam, mendakwa Russia menculik dan menjual kanak-kanak negara itu bagi khidmat seks.
  • Bercakap menerusi aplikasi Telegram, beliau berkata, saluran aplikasi itu mendedahkan rakyat Russia menculik kanak-kanak Ukraine dan menghasilkan video seksual.
  • Beliau turut menyiarkan petikan perbualan di aplikasi WhatsApp membabitkan dua pihak didakwa berbincang untuk menggunakan seorang budak lelaki bagi pornografi kanak-kanak.
  • “Mereka menawarkan 250,000 rubel (RM15,089) bagi seorang kanak-kanak lelaki yatim piatu warga Ukraine yang akan mula bersekolah tidak lama lagi.
  • Dmytro bagaimanapun tidak menjelaskan bagaimana beliau memperoleh petikan perbualan itu, namun menggesa polis, polis siber dan pendakwa raya Ukraine mengambil ‘langkah sesuai untuk mencari dan menghukum pihak berkaitan’.

KYIV: Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Ukraine, Dmytro Lubinets semalam, mendakwa Russia menculik dan menjual kanak-kanak negara itu bagi khidmat seks.

Bercakap menerusi aplikasi Telegram, beliau berkata, saluran aplikasi itu mendedahkan rakyat Russia menculik kanak-kanak Ukraine dan menghasilkan video seksual.

Beliau turut menyiarkan petikan perbualan di aplikasi WhatsApp membabitkan dua pihak didakwa berbincang untuk menggunakan seorang budak lelaki bagi penggambaran pornografi kanak-kanak.

“Mereka menawarkan 250,000 rubel (RM15,089) bagi seorang kanak-kanak lelaki yatim piatu warga Ukraine yang akan mula bersekolah tidak lama lagi.

“Satu pihak dalam perbincangan itu menjelaskan: ‘kanak-kanak ini tidak memiliki saudara dan dibawa dari rumah anak yatim di Ukraine, tidak mempunyai saudara mara. Mereka meminta satu siri video dengannya’.

“Pihak terbabit turut menyatakan: ‘Ini bukan kali pertama kami membawa masuk kanak-kanak bagi tujuan berkenaan’,” katanya.

Dmytro bagaimanapun tidak menjelaskan bagaimana beliau memperoleh petikan perbualan itu, namun menggesa polis, polis siber dan pendakwa raya Ukraine mengambil ‘langkah sesuai untuk mencari dan menghukum pihak berkaitan’.

“Russia secara licik menculik, membunuh, menghantar pulang dan merogol kanak-kanak kita. Bagaimana ini boleh berlaku? Tentera Russia didakwa menculik ribuan kanak-kanak, termasuk anak yatim dan membawa mereka ke wilayah dikuasai Moscow,” katanya.

Wanita Pertama Ukraine, Olena Zelenska, pada November lalu, menuntut ‘tindak balas global’ terhadap penggunaan keganasan seksual sebagai senjata perang.

Beliau berkata, pihak pendakwa Kyiv sedang menyiasat lebih 100 kemungkinan jenayah oleh tentera Russia.

Pada September lalu, penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa Russia melakukan jenayah perang ‘berskala besar’ di Ukraine, termasuk penyeksaan dan keganasan seksual. – AFP

Sumber: Berita Harian

 

Author

Antarabangsa

Jeti pelabuhan sementara $320 juta tentera AS di Gaza ‘pecah’ dibadai ombak kuat

Koridor bantuan maritim Amerika Syarikat (AS) di Gaza gagal berfungsi akibat ombak kuat memecah pelabuhan sementara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Koridor bantuan maritim Amerika Syarikat (AS) di Gaza gagal berfungsi akibat ombak kuat memecah pelabuhan sementara itu.
  • Al Jazeera melaporkan pembinaan dermaga sementara itu sebelum ini menelan belanja $320 juta dolar dan 1,000 tentera AS diperlukan untuk membinanya.
  • Jeti yang sepatutnya bertahan sehingga September itu cuma bertahan selama lebih daripada seminggu.

Koridor bantuan maritim Amerika Syarikat (AS) di Gaza gagal berfungsi akibat ombak kuat memecah pelabuhan sementara itu.

Al Jazeera melaporkan pembinaan dermaga sementara itu sebelum ini menelan belanja $320 juta dolar dan 1,000 tentera AS diperlukan untuk membinanya.

Jeti yang sepatutnya bertahan sehingga September itu cuma bertahan selama lebih daripada seminggu.

Pada ketika ia digunakan, ia dilaporkan menerima kira-kira 1,000 tan metrik makanan. 

Pentagon berkata akan menggantikan jeti itu tetapi tidak menjelaskan bilakah ia akan berlaku. 

Terdahulu, Pengarah Komunikasi Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) menyifatkan pembinaan pelabuhan sementara tentera AS itu merupakan langkah penyelesaian rumit di saat terdapat solusi yang lebih mudah iaitu penghantaran bantuan menerusi laluan darat. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending