Antarabangsa
Penggunaan vape, shisha elektronik diharamkan di Thailand
Seorang peguam memberi amaran kepada pelancong bahawa mereka berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda berat sekiranya didapati memiliki rokok elektronik termasuk vape di Thailand, lapor akhbar The Nation Thailand.
- Seorang peguam beri amaran kepada pelancong bahawa mereka berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda berat sekiranya didapati miliki rokok elektronik termasuk vape di Thailand, lapor akhbar The Nation Thailand.
- “Perbuatan hisap vape di khalayak ramai melanggar Seksyen 42 akta kawalan tembakau yang hukuman denda 5,000 baht (RM646).” – Peguam, Ronnarong Kaewpetch
- Perbuatan import peranti atau cecair vape adalah melanggar Seksyen 20 akta import/eksport yang bawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan/atau denda lima kali ganda nilai barangan.
- Lembaga Perlindungan Pengguna haramkan penjualan peranti itu pada 2015 dengan hukuman penjara sehingga lima tahun dan/atau denda 500,000 baht (RM64,643) menanti mereka didapati bersalah.
BANGKOK – Seorang peguam memberi amaran kepada pelancong bahawa mereka berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda berat sekiranya didapati memiliki rokok elektronik termasuk vape di Thailand, lapor akhbar The Nation Thailand.
Ronnarong Kaewpetch mengulas isu tersebut selepas kekeliruan orang ramai terhadap kes polis Bangkok yang didapati bersalah mengambil rasuah daripada seorang aktres Taiwan.
Dua pegawai polis berpangkat kapten polis dan lima orang sarjan dari balai Huay Kwang berdepan dakwaan tatatertib dan jenayah selepas menahan aktres, Charlene An kerana membawa vape pada 5 Januari lalu sebelum meminta wang sebanyak 27,000 baht (RM3,491).
Pengguna media sosial di Thailand keliru dengan penahanan Charlene An apabila peranti vape tersedia dan digunakan secara meluas di negara itu.
Ronnarong malah memberi amaran bahawa mereka yang ditangkap menghisap vape boleh dipenjara lima tahun dan dikenakan denda empat kali ganda berbanding harga peranti itu.
Tambah beliau, perbuatan menghisap vape di khalayak ramai melanggar Seksyen 42 akta kawalan tembakau yang membawa hukuman denda 5,000 baht (RM646).
Menurutnya, Kementerian Perdagangan Thailand mengharamkan import peranti rokok elektronik, shisha dan shisha elektronik pada 2014, yang juga meliputi cecair vape.
Perbuatan mengimport peranti atau cecair vape adalah melanggar Seksyen 20 akta import/eksport yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan/atau denda lima kali ganda nilai barangan.
Lembaga Perlindungan Pengguna juga mengharamkan penjualan peranti itu pada 2015 dengan hukuman penjara sehingga lima tahun dan/atau denda 500,000 baht (RM64,643) menanti mereka yang didapati bersalah. – Agensi
Sumber: Kosmo
Antarabangsa
Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
- Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
- Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
- Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.
Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.
Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini3 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini2 days ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
-
Antarabangsa3 days ago
Turkiye sekat akses Discord