Connect with us

Terkini

Pendapatan pekebun kecil disasar RM4,500 sebulan

Kerajaan menyasarkan pekebun kecil akan mempunyai pendapatan melebihi RM4,500 seisi rumah bagi sebulan menerusi transformasi pembangunan di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) terutamanya penstrukturan semula Risda Holdings.

Wartawan TMT

Published

on

Pendapatan pekebun kecil disasar RM4,500 sebulan
Foto: Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi sedang beramah mesra dengan kaki tangan Risda di Ibu Pejabat Risda Ampang
  • Kerajaan menyasarkan pekebun kecil akan mempunyai pendapatan melebihi RM4,500 seisi rumah bagi sebulan menerusi transformasi pembangunan di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) terutamanya penstrukturan semula Risda Holdings.
  • Sempena 50 tahun penubuhan Risda, transformasi harus dilaksanakan bagi pastikan usahawan dapat diwujudkan dalam kalangan pekebun getah justeru keluarkan mereka dari kepompong kemiskinan. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
  • “Getah bukan satu komoditi industri merosot, tapi harus dilakukan transformasi bagi jadikannya industri terus maju ke hadapan.”
  • “Hampir 500,000 pekebun kecil merupakan penyumbang kepada eksport getah asli negara kita iaitu 87 peratus eksport getah asli datang dari pekebun kecil manakala selebihnya ladang-ladang.”
  • “Ini memperlihatkan sumbangan pekebun kecil khususnya dibawah Risda sudah jadi satu sektor penyumbang besar pada ekonomi negara,” katanya 

 

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyasarkan pekebun kecil akan mempunyai pendapatan melebihi RM4,500 seisi rumah bagi sebulan menerusi transformasi pembangunan di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) terutamanya penstrukturan semula Risda Holdings.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sempena 50 tahun penubuhan Risda, transformasi harus dilaksanakan bagi memastikan usahawan dapat diwujudkan dalam kalangan pekebun getah justeru mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan.

“Kita harus melihat aspek baharu yang boleh kita kemas kini terutamanya bagaimanakah getah terus menjadi bahan untuk industri yang berkaitan kerana ini merupakan persaingan dengan getah sintentik.

“Getah bukan satu komoditi industri yang merosot, tetapi harus dilakukan transformasi bagi menjadikannya industri yang terus maju ke hadapan.

“Hampir 500,000 pekebun kecil merupakan penyumbang kepada eksport getah asli negara kita iaitu 87 peratus eksport getah asli datang daripada pekebun kecil manakala selebihnya ladang-ladang. 

“Ini memperlihatkan sumbangan pekebun kecil khususnya dibawah Risda sudah menjadi satu sektor penyumbang besar kepada ekonomi negara,” katanya dalam sidang akhbar selepas selepas menghadiri taklimat Program Pembangunan Risda di sini hari ini. 

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, penstrukturan semula Risda Holdings juga boleh mewujudkan usahawan dalam kalangan pegawai dan kakitangan syarikat.

Katanya, ini kerana ia dilihat cara terbaik iaitu memberikan peluang kepada mereka untuk menguruskan sendiri anak syarikat dengan berkonsepkan pembelian pengurusan atau ‘management buyout’.

“Jadi kaedah terbaik adalah memberikan peluang kepada mereka untuk menguruskan sendiri, di samping kos operasi dapat dikurangkan.

“Matlamat kami kini adalah untuk mengeluarkan pekebun kecil daripada kepompong garis kemiskinan, bukan sahaja dari segi ekonomi, tetapi sahsiah,” katanya.

Berhubung bajet untuk Risda, Ahmad Zahid berkata, seboleh mungkin pihaknya memohon penambahan bajet.

“Namun, sedar kekangan kewangan kini, oleh sebab itu sudah disarankan penstrukturan semula bagi melakukan transformasi.

“Ini selari dengan pemikiran dan seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi melakukan pengurangan kos secara efektif,” katanya. – UTUSAN

 

Sumber: Utusan Malaysia 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending