Connect with us

Terkini

Pelaksanaan projek infrastruktur secara berfasa kurangkan kos kerajaan

Kerajaan menggunakan pendekatan baharu bagi meneruskan projek infrastruktur yang memerlukan peruntukan besar dengan melaksanakannya secara berfasa bagi mengurangkan kos.

Wartawan TMT

Published

on

Pelaksanaan projek infrastruktur secara berfasa kurangkan kos kerajaan
Foto: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali.
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, mencadangkan pendekatan itu bagi projek infrastruktur di Parlimen Papar.
  • Belanja besar diperlukan jika projek dilaksanakan secara sekali gus, menyebabkan sukar untuk kerajaan meluluskan pelaksanaannya, lebih-lebih lagi projek pernah diluluskan sebelum ini tetapi dibatalkan disebabkan kos yang tinggi.
  • “Jadi, itulah masalah kita, namun saya cadangkan kepada Menteri Kerja Raya, Menteri Ekonomi dan Kementerian Kewangan supaya buatlah secara berfasa.” katanya.

KOTA KINABALU: Kerajaan menggunakan pendekatan baharu bagi meneruskan projek infrastruktur yang memerlukan peruntukan besar dengan melaksanakannya secara berfasa bagi mengurangkan kos.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, berkata beliau mencadangkan pendekatan itu bagi projek infrastruktur di Parlimen Papar yang diwakilinya.

Katanya, belanja yang besar diperlukan jika projek dilaksanakan secara sekali gus, menyebabkan sukar untuk kerajaan meluluskan pelaksanaannya, lebih-lebih lagi projek yang pernah diluluskan sebelum ini tetapi dibatalkan disebabkan kos yang tinggi.

Dengan merujuk kepada projek menaik taraf Jalan Lok Kawi-Pengalat-Papar, dekat sini yang diluluskan Kerajaan Persekutuan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan dibatalkan pada 2018 disebabkan kos yang tinggi, beliau berkata, projek itu akhirnya diluluskan semula secara berfasa.

“Jalan raya Lok Kawi-Pengalat-Papar, dulu dibatal pada 2018. Kosnya kira-kira RM700 juta pada masa itu dan mungkin lebih tinggi pada masa ini disebabkan kenaikan kos bahan binaan.

“Jadi, itulah masalah kita, namun saya cadangkan kepada Menteri Kerja Raya, Menteri Ekonomi dan Kementerian Kewangan supaya buatlah secara berfasa.

“Alhamdulillah, cadangan untuk melaksanakan fasa pertama diluluskan iaitu sepanjang 3.4 kilometer (km) bermula dari Bulatan Sabindo hingga ke jambatan Sungai Kinarut dengan kos RM67 juta,” katanya pada taklimatnya kepada guru dan warga Jabatan Pendidikan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Kinarut, Papar, semalam.

Taklimat perkembangan semasa pembangunan zon Kinarut dan isu pendidikan di Papar itu diadakan sempena lawatan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang meninjau masalah bangunan daif di SK Pekan Kinarut.

Projek asal menaik taraf Jalan Lok Kawi-Pengalat-Papar itu membabitkan hampir 20km, daripada jalan selorong dua hala kepada dua lorong dua hala.

Pelaksanaannya disasar untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di laluan sedia ada ketika ini berikutan ramai pengguna jalan raya dari arah Papar menjadikannya laluan utama ke tempat kerja di bandar raya Kota Kinabalu.

Armizan berkata, walaupun hanya 3.4km diluluskan untuk pembinaan fasa pertama projek naik taraf itu, ia sangat penting bagi mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas berikutan laluan yang sempit ketika ini.

“Projek ini akan dimulakan tahun ini bagi kerja tanah dan jajaran baharu, manakala pelaksanaan penuh, tahun depan. Sekiranya ada empat lorong, ia dapat menyelesaikan isu ‘bottle neck’ di laluan ini,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mencadangkan kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk melaksanakan semula projek Kompleks Sukan Papar yang dibatalkan sebelum ini bagi memenuhi keperluan aktiviti sukan di Papar, selain sebagai antara venue Sukan Malaysia (SUKMA) apabila Sabah menjadi tuan rumah.

Katanya, ia sejajar dengan pendekatan baharu Kementerian Belia dan Sukan yang bakal menggilirkan penganjuran SUKMA di Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung berbanding mengikut negeri sebelum ini.

“Ia bermakna setiap enam tahun sekali SUKMA akan dianjurkan di Sabah, ertinya perlu ada kompleks sukan baharu dan yang paling dekat ialah di Papar.

“Untuk langkah jangka pendek, kerajaan negeri meluluskan peruntukan RM1.6 juta bagi membina trek sintetik di Padang Pekan Papar,” katanya.

Beliau berkata, ketiadaan kompleks sukan di Papar menyukarkan penganjuran acara sukan di daerah itu, termasuk sukan antara sekolah, hingga terpaksa menggunakan kemudahan kompleks sukan di daerah lain seperti di Beaufort.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending