Connect with us

Antarabangsa

PBB agih bantuan di Afghanistan guna tenaga kerja lelaki

Di bawah tekanan pentadbiran Taliban Afghanistan, PBB terpaksa mengedarkan beberapa bantuan makanan menggunakan tenaga kerja lelaki.

Wartawan TMT

Published

on

PBB agih bantuan di Afghanistan guna tenaga kerja lelaki
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ketua bantuan PBB, Martin Griffiths mengakui pada pemberita minggu ini bahawa wanita tidak terbabit dalam beberapa aktiviti bantuan makanan, yang disifatkan Program Makanan Sedunia (WFP) sebagai “pelarasan operasi” untuk membolehkannya teruskan bekerja dan beliau berkata keadaan itu tidak mencukupi.
  • “Masih terdapat aktiviti sedang dijalankan mana lelaki sahaja, sebagai contoh, hantar makanan, tapi ia tidak boleh berfungsi dengan berkesan,” katanya. 
  • Ditanya mengenai kenyataan dibuat Griffiths pada Isnin, seorang jurucakap WFP berkata beberapa perubahan telah dibuat kepada operasi selepas larangan itu dikenakan.
  • “Di mana selamat untuk mereka berbuat demikian, kakitangan wanita terus hadir ketika kerja-kerja pengagihan dilakukan dan memantau bantuan. Di mana perlu, WFP telah membuat pelarasan operasi untuk meneruskan bantuan menyelamatkan nyawa,” kata jurucakap itu.

NEW YORK: Di bawah tekanan pentadbiran Taliban Afghanistan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terpaksa mengedarkan beberapa bantuan makanan menggunakan tenaga kerja lelaki.

Tindakan itu sekali gus mencetuskan amaran daripada negara penderma dan kumpulan kemanusiaan bahawa ia boleh dilihat sebagai PBB akur dengan larangan kehadiran pekerja bantuan wanita yang menerima kecaman masyarakat antarabangsa.

Ketua bantuan PBB, Martin Griffiths mengakui kepada pemberita minggu ini bahawa wanita tidak terbabit dalam beberapa aktiviti bantuan makanan, yang disifatkan oleh Program Makanan Sedunia (WFP) sebagai “pelarasan operasi” untuk membolehkannya meneruskan kerjanya, dan beliau berkata keadaan itu tidak mencukupi.

“Masih terdapat aktiviti yang sedang dijalankan yang mana lelaki sahaja, sebagai contoh, menghantar makanan, tetapi ia tidak boleh berfungsi dengan berkesan,” kata Griffiths pada Isnin selepas melawat Afghanistan minggu lalu.

Isu berkenaan menggambarkan cabaran dihadapi badan dunia terbabit sejak larangan itu dikenakan pada 24 Disember: bagaimana untuk mempertahankan hak wanita dan pada masa sama mencari jalan untuk terus bekerja di Afghanistan.

Kira-kira 28 juta orang atau dua pertiga daripada penduduk Afghanistan memerlukan bantuan, dengan enam juta di ambang kebuluran.

Taliban yang mengambil alih negara itu pada Ogos 2021 ketika tentera pimpinan Amerika Syarikat (AS) berundur dari Afghanistan selepas 20 tahun dilanda peperangan berkata ia menghormati hak wanita mengikut tafsiran undang-undang Islam.

Sejak itu Taliban mengecualikan kehadiran wanita di taman, sekolah menengah dan universiti, dan berkata wanita tidak boleh meninggalkan rumah tanpa ditemani saudara lelaki dan mesti menutup muka mereka.

Walaupun wanita masih dibenarkan bekerja untuk PBB, operasinya terjejas kerana pegawai PBB berkata 70 peratus daripada tindak balas kemanusiaan sebelum ini dilaksanakan oleh kumpulan bantuan tempatan dan antarabangsa dalam kalangan wanita.

Sebarang perubahan kepada pendekatan PBB terhadap pengagihan bantuan makanan berikutan larangan itu mencetuskan kebimbangan beberapa negara penderma dan kumpulan bantuan.

AS selaku penderma utama untuk bantuan di Afghanistan bimbang beberapa agensi PBB mungkin mempertimbangkan penyampaian bantuan oleh semua lelaki, timbalan Duta Besar AS ke PBB, Lisa Carty, berkata pada Rabu ketika taklimat oleh Griffiths kepada negara anggota PBB.

“Ini secara berkesan boleh memutuskan akses kepada bantuan kepada wanita yang memerlukan,” kata Carty.

“Ia boleh memberi isyarat persetujuan agensi antarabangsa terhadap keadaan Taliban yang tidak boleh diterima, sekali gus menormalkan penindasan dengan kesan terhadap keadaan kemanusiaan di tempat lain.”

Jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa berkata dalam nota operasi pada Rabu bahawa peranan wanita adalah “keperluan operasi,” sambil menambah: “Tanpa kakitangan wanita di semua peringkat dan merentasi semua sektor, kami tidak dapat menilai dengan tepat keperluan dan menyampaikan bantuan dan program pada masa yang diperlukan.”

Griffiths menegaskan wanita Afghanistan perlu bekerja dalam pengagihan bantuan makanan untuk memastikan bekalan sampai kepada golongan yang paling terdedah iaitu wanita dan kanak-kanak perempuan.

“Terdapat keyakinan mutlak bahawa semua program harus merangkumi wanita,” kata Griffiths pada Rabu.

PBB merayu AS$4.6 bilion (RM19.57 bilion) untuk membiayai operasi bantuan di Afghanistan pada 2023.

Griffiths berkata pemantauan program akan dipertingkatkan untuk memastikan ia sampai kepada semua orang.

“Penyampaian bantuan tanpa penyertaan wanita tidak boleh dinormalisasi,” kata Timbalan Duta Besar British PBB James Kariuki.

Ditanya mengenai kenyataan dibuat Griffiths pada Isnin, seorang jurucakap WFP berkata beberapa perubahan telah dibuat kepada operasi selepas larangan itu dikenakan.

“Di mana selamat untuk mereka berbuat demikian, kakitangan wanita terus hadir ketika kerja-kerja pengagihan dilakukan dan memantau bantuan. Di mana perlu, WFP telah membuat pelarasan operasi untuk meneruskan bantuan menyelamatkan nyawa,” kata jurucakap itu. – REUTERS

Sumber: Berita Harian

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Tentera Mesir dan Israel bertempur di sempadan Rafah

Tentera Mesir dan rejim Israel dilaporkan bertempur di sempadan Rafah pada Isnin dengan askar Mesir yang ditempatkan di bandar Rafah, Palestin, dilapor melepaskan tembakan ke arah tentera-tentera Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tentera Mesir dan rejim Israel dilaporkan bertempur di sempadan Rafah pada Isnin dengan askar Mesir yang ditempatkan di bandar Rafah, Palestin, dilapor melepaskan tembakan ke arah tentera-tentera Israel.
  • Berita yang belum disahkan memberitahu sekurang-kurangnya tujuh orang Israel cedera, dan seorang askar Mesir terbunuh, di tengah-tengah ketegangan meningkat di antara Mesir dan Israel.
  • Sumber keselamatan memberitahu The New Arab bahawa tentera Mesir, susulan insiden itu meningkatkan kawalan keselamatan di dalam dan sekitar lintasan sempadan di wilayah Sinai Utara Mesir, yang dirampas Israel awal bulan ini.

Tentera Mesir dan rejim Israel dilaporkan bertempur di sempadan Rafah pada Isnin dengan askar Mesir yang ditempatkan di bandar Rafah, Palestin, dilapor melepaskan tembakan ke arah tentera-tentera Israel.

Berita belum disahkan memberitahu sekurang-kurangnya tujuh tentera Israel cedera dan seorang askar Mesir terbunuh di tengah-tengah ketegangan meningkat di antara Mesir dan Israel.

Sumber keselamatan memberitahu The New Arab bahawa tentera Mesir, susulan insiden itu meningkatkan kawalan keselamatan di dalam dan sekitar lintasan sempadan di wilayah Sinai Utara Mesir, yang dirampas Israel awal bulan ini. 

Sumber peringkat tinggi itu, yang bercakap dengan TNA dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan kerana tidak diberi kuasa memberi taklimat kepada media, tidak menjelaskan lebih lanjut tetapi berkata “askar Israel membalas tembakan dan kemudian melepaskan tembakan amaran sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.”

Tiada butiran lanjut tersedia serta-merta pada masa penerbitan, tetapi laporan yang tidak disahkan mengatakan tentera Israel dilaporkan berundur dari sempadan Palestin di sempadan Rafah.

Sementara itu, tentera Mesir tidak mengesahkan atau menafikan kejadian itu secara rasmi.

Walaupun secara teknikalnya keamanan dengan Israel wujud sejak 1970-an, warga Mesir bertelagah dengan rejim zionis secara berturut-turut mengenai normalisasi.

Secara diplomatik dan komersial, Kaherah menganggap Israel sebagai sebuah negara mempunyai hubungan kukuh di beberapa kawasan tetapi ketegangan semakin memuncak selepas Israel melancarkan perangnya ke atas Gaza Oktober lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending