Connect with us

Antarabangsa

Palestin, rejim Israel setuju kurangkan keganasan

Palestin dan Israel memeterai perjanjian untuk melaksanakan langkah-langkah mengurangkan keganasan yang semakin meningkat selepas satu rundingan di Jordan.

Wartawan TMT

Published

on

Palestin, rejim Israel setuju kurangkan keganasan
Gambar serangan tentera rejim Israel di Nablus.
  • Palestin dan Israel memeterai perjanjian untuk melaksanakan langkah-langkah mengurangkan keganasan yang semakin meningkat.
  • Pegawai daripada kedua-dua pihak berkata mereka akan bekerjasama untuk membendung “keganasan akan datang” dan “kepentingan untuk melakukan de-eskalasi”.
  • Israel dilaporkan komited untuk berhenti membincangkan penubuhan mana-mana unit penempatan baharu selama empat bulan dan berhenti meluluskan sebarang penempatan baharu selama enam bulan.
  • Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich, yang bertanggungjawab ke atas penempatan Israel di Tebing Barat, berkata beliau tidak akan mematuhi sebarang perjanjian mengenai pembekuan pembinaan penempatan.

Palestin dan Israel memeterai perjanjian untuk melaksanakan langkah-langkah mengurangkan keganasan yang semakin meningkat selepas satu rundingan di Jordan.

Dalam kenyataan bersama di hujung perjumpaan pada Ahad, pegawai daripada kedua-dua pihak berkata mereka akan bekerjasama membendung “keganasan akan datang” dan “kepentingan untuk melakukan de-eskalasi”.

Israel komited berhenti “membincangkan penubuhan mana-mana unit penempatan baharu selama empat bulan dan berhenti meluluskan sebarang penempatan baharu selama enam bulan,” kata kenyataan itu.

Kenyataan bersama dikeluarkan itu turut dipersetujui pegawai-pegawai daripada Amerika Syarikat, Mesir dan Jordan selepas peningkatan keganasan menjelang bulan Ramadhan yang bermula pada akhir Mac.

Pegawai Palestin dan Israel menekankan “kesediaan dan komitmen untuk bekerjasama segera bagi menghentikan langkah satu pihak” selama tiga hingga enam bulan, menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, Jordan bersama Mesir dan AS menganggap persefahaman itu sebagai kemajuan bersama ke arah mewujudkan semula dan memperdalamkan hubungan di antara kedua-dua pihak.

Kedua-dua pihak bersetuju untuk melakukan satu lagi perjumpaan pada bulan hadapan di Sharm el-Sheikh di Mesir.

Hamas, yang berkuasa di Semenanjung Gaza, mengecam pegawai Palestin di Tebing Barat kerana terlibat sama. Seorang pegawai daripada kumpulan itu berkata perjumpaan itu adalah “tidak bernilai” dan tidak akan mengubah apa-apa.

“Keputusan untuk terlibat dalam pertemuan ini walaupun kesakitan yang ditanggung warga Palestin adalah berpunca daripada keinginan untuk menamatkan pertumpahan darah,” kata Presiden Palestin, Mahmoud Abbas melalui ciapan Twitter.

Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich, yang bertanggungjawab ke atas penempatan Israel di Tebing Barat, berkata beliau tidak akan mematuhi sebarang perjanjian mengenai pembekuan pembinaan penempatan.

Sumber: Al Jazeera

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending