Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Paderi Kristian terkenal peluk Islam

Paderi Kristian Timur terkenal, Father Hilarion Heagy yang sangat dihormati dalam kalangan pengikutnya kerana penyabar dan baik serta menghargai kesucian, kini memeluk Islam, lapor The Islamic Information.

Wartawan TMT

Published

on

Paderi Kristian terkenal peluk Islam
Foto: Father Hilarion Heagy.
  • Paderi Kristian Timur terkenal, Father Hilarion Heagy yang sangat dihormati dalam kalangan pengikutnya kerana penyabar dan baik serta menghargai kesucian, kini memeluk Islam.
  • Bekas Paderi Kristian itu, mendakwa penukarannya kepada Islam adalah “kembali kepada Islam” dan berasa “seperti pulang” selepas membuat pengumuman itu.
  • Dia yang kini dikenali sebagai Said Abdul Latif menulis dalam catatan blog, “Ia benar-benar terasa seperti “pulang” kepada kepercayaan pertama saya. Menurut al-Quran, sejak sebelum kita dilahirkan, kita menyembah Tuhan sahaja dan berserah kepadanya.”

CALIFORNIA – Paderi Kristian Timur terkenal, Father Hilarion Heagy yang sangat dihormati dalam kalangan pengikutnya kerana penyabar dan baik serta menghargai kesucian, kini memeluk Islam, lapor The Islamic Information.

Bekas Paderi Kristian itu, yang baru-baru ini mengumumkan rancangan untuk menubuhkan Biara Kristian Timur di California, mendakwa penukarannya kepada Islam sebenarnya adalah “kembali kepada Islam” dan berasa “seperti pulang” selepas membuat pengumuman itu.

Dia yang kini dikenali sebagai Said Abdul Latif menulis dalam catatan blog, “Ia benar-benar terasa seperti “pulang” kepada kepercayaan pertama saya. Menurut al-Quran, sejak sebelum kita dilahirkan, kita menyembah Tuhan sahaja dan berserah kepadanya.”

Katanya, yang menguatkan catatan itu dengan petikan ayat dari al-Quran (7:172).

“Inilah sebab mengapa orang Islam yang menukar agama sering merujuk kepada ‘pulang’ kepada Islam, kepercayaan asal kita, dan bukannya ‘penukaran’. Proses ‘pulang’ yang berterusan,” tulisnya.

Umat Islam mengalu-alukan Said Abdul Latif dengan tangan terbuka.

“Masyarakat Islam telah menunjukkan kepada saya kemesraan dan keramahan luar biasa, baik secara peribadi mahupun dalam talian. Keramahan sebegitu adalah sesuatu yang tidak pernah saya temui.”

“Masa depan saya tidak pasti. Selalu ada beberapa ketakutan yang terlibat apabila melompat ke dalam kegelapan. Namun, saya merasai ketenangan. Satu kegembiraan. 

“Satu kelegaan apabila dua puluh tahun tertarik kepada Islam akhirnya membawa saya pulang. Proses pertumbuhan iman seseorang kini bermula. pendidikan yang lebih mendalam. Pengabdian kepada Ad-Din. Pengabdian kepada Ummah. Pengabdian kepada Nabi,” katanya.

Sumber : The Islamic Information

Author

Antarabangsa

Kumpulan Sunni Lubnan bergabung dengan Hizbullah perangi Israel

Ketua kumpulan politik dan militan Sunni Lubnan yang menyertai Hizbullah, sebuah gerakan penentangan Syiah yang memerangi Israel, pada Selasa berkata konflik itu membantu mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua kumpulan biarpun mereka berbeza aliran.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamiya, Sheikh Mohammed Takkoush.
  • Ketua kumpulan politik dan militan Sunni Lubnan yang menyertai Hizbullah, sebuah gerakan penentangan Syiah yang memerangi Israel, pada Selasa berkata konflik itu membantu mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua kumpulan biarpun mereka berbeza aliran.
  • Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamiya, Sheikh Mohammed Takkoush memberitahu AP bahawa kumpulannya telah menyertai pertempuran di sepanjang sempadan Lubnan-Israel.
  • Ia sebagai tindak balas terhadap genosid rejim zionis yang berterusan ke atas Gaza dan serangannya terhadap pekan dan kampung di Lubnan yang telah membunuh orang awam, termasuk wartawan.
  • “Kami memutuskan untuk menyertai (pertempuran) sebagai tugasan kebangsaan, agama dan moral. Kami melakukannya untuk mempertahankan tanah dan kampung kami,” kata Takkoush kepada agensi berita itu di ibu pejabat kumpulannya di Beirut. 
  • “Kami juga berbuat demikian untuk menyokong saudara-saudara kami di Gaza” di mana Israel menjalankan “pembunuhan beramai-ramai secara terbuka,” katanya dipetik MEMO.

Ketua kumpulan politik dan militan Sunni Lubnan yang menyertai Hizbullah, sebuah gerakan penentangan Syiah yang memerangi Israel, pada Selasa berkata konflik itu membantu mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua kumpulan biarpun mereka berbeza aliran.

Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamiya, Sheikh Mohammed Takkoush memberitahu AP bahawa kumpulannya telah menyertai pertempuran di sepanjang sempadan Lubnan-Israel.

Ia sebagai tindak balas terhadap genosid rejim zionis yang berterusan ke atas Gaza dan serangannya terhadap pekan dan kampung di Lubnan yang telah membunuh orang awam, termasuk wartawan.

“Kami memutuskan untuk menyertai (pertempuran) sebagai tugasan kebangsaan, agama dan moral. Kami melakukannya untuk mempertahankan tanah dan kampung kami,” kata Takkoush kepada agensi berita itu di ibu pejabat kumpulannya di Beirut. 

“Kami juga berbuat demikian untuk menyokong saudara-saudara kami di Gaza” di mana Israel menjalankan “pembunuhan beramai-ramai secara terbuka,” katanya dipetik MEMO.

Menurut AP, sayap bersenjata Al-Jamaa Al-Islamiya, Fajr Force menjalankan operasi terhadap Israel dengan tumpuan utama di bandar selatan Sidon.

Takkoush percaya Israel bercita-cita untuk merampas lebih banyak wilayah, “bukan sahaja di Palestin tetapi termasuk Lubnan”.

Kumpulan itu bertindak secara bebas tetapi berkoordinasi rapat dengan Hizbullah dan cawangan Hamas Lubnan.

“Sebahagian daripada (serangan terhadap tentera Israel) dalam penyelarasan bersama Hamas yang berkoordinasi dengan Hizbullah,” kata Takkoush.

“Hubungan kami dengan Hizbullah baik dan berkembang dan ia semakin diperkukuhkan sedang kami tempuhi peperangan ini,” katanya, menjelaskan semua senjata yang mereka gunakan adalah dari senjata mereka sendiri. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending