Connect with us

Antarabangsa

Larangan alkohol di Australia dikuatkuasa semula ekoran peningkatan jenayah

Larangan alkohol akan dikuat kuasa semula membabitkan komuniti orang asli di Australia sebagai tindak balas terhadap peningkatan kadar jenayah.

Wartawan TMT

Published

on

Larangan alkohol di Australia dikuatkuasa semula ekoran peningkatan jenayah
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Perdana Menteri, Australia Anthony Albanese dan Ketua Menteri Wilayah Utara (NT) Natasha Fyles pada Isnin sahkan bahawa ‘dry zone’ akan dikuatkuasa semula di bandar dan komuniti Orang Asli berhampiran Alice Springs, lapor Xinhua.
  • Ia kembali dikuatkuasa kurang 12 bulan selepas larangan pengambilan alkohol ditamatkan pada Julai 2022, menjadikannya sah di beberapa kawasan buat kali pertama dalam tempoh 15 tahun.
  • Masyarakat setempat boleh memohon tarik diri dari larangan itu jika 60 peratus penduduk tidak sokong keputusan berkenaan dan mempunyai rancangan pengurusan alkohol.

 

CANBERRA: Larangan alkohol akan dikuat kuasa semula membabitkan komuniti orang asli di Australia sebagai tindak balas terhadap peningkatan kadar jenayah.

Perdana Menteri, Australia Anthony Albanese dan Ketua Menteri Wilayah Utara (NT) Natasha Fyles pada Isnin mengesahkan bahawa ‘dry zone’ akan dikuatkuasa semula di bandar dan komuniti orang asli berhampiran Alice Springs, lapor Xinhua.

Ia kembali dikuatkuasa kurang 12 bulan selepas larangan pengambilan alkohol ditamatkan pada Julai 2022, menjadikannya sah di beberapa kawasan buat kali pertama dalam tempoh 15 tahun.

Akibatnya, kadar keganasan didorong pengambilan alkohol telah melonjak di Alice Springs, memaksa Datuk Bandar Matt Paterson meminta sokongan Pasukan Pertahanan Australia (ADF).

Albanese melawat wilayah itu pada akhir Januari dan melancarkan semakan yang mengesyorkan larangan itu dikembalikan.

Di bawah undang-undang baharu yang akan diperkenalkan kepada sidang Parlimen NT pada Isnin, masyarakat setempat boleh memohon untuk menarik diri daripada larangan itu jika 60 peratus penduduk tidak menyokong keputusan berkenaan dan mereka mempunyai rancangan pengurusan alkohol. – BERNAMA

 

Sumber: BERNAMA

Author

Antarabangsa

Kumpulan Sunni Lubnan bergabung dengan Hizbullah perangi Israel

Ketua kumpulan politik dan militan Sunni Lubnan yang menyertai Hizbullah, sebuah gerakan penentangan Syiah yang memerangi Israel, pada Selasa berkata konflik itu membantu mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua kumpulan biarpun mereka berbeza aliran.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamiya, Sheikh Mohammed Takkoush.
  • Ketua kumpulan politik dan militan Sunni Lubnan yang menyertai Hizbullah, sebuah gerakan penentangan Syiah yang memerangi Israel, pada Selasa berkata konflik itu membantu mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua kumpulan biarpun mereka berbeza aliran.
  • Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamiya, Sheikh Mohammed Takkoush memberitahu AP bahawa kumpulannya telah menyertai pertempuran di sepanjang sempadan Lubnan-Israel.
  • Ia sebagai tindak balas terhadap genosid rejim zionis yang berterusan ke atas Gaza dan serangannya terhadap pekan dan kampung di Lubnan yang telah membunuh orang awam, termasuk wartawan.
  • “Kami memutuskan untuk menyertai (pertempuran) sebagai tugasan kebangsaan, agama dan moral. Kami melakukannya untuk mempertahankan tanah dan kampung kami,” kata Takkoush kepada agensi berita itu di ibu pejabat kumpulannya di Beirut. 
  • “Kami juga berbuat demikian untuk menyokong saudara-saudara kami di Gaza” di mana Israel menjalankan “pembunuhan beramai-ramai secara terbuka,” katanya dipetik MEMO.

Ketua kumpulan politik dan militan Sunni Lubnan yang menyertai Hizbullah, sebuah gerakan penentangan Syiah yang memerangi Israel, pada Selasa berkata konflik itu membantu mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua kumpulan biarpun mereka berbeza aliran.

Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamiya, Sheikh Mohammed Takkoush memberitahu AP bahawa kumpulannya telah menyertai pertempuran di sepanjang sempadan Lubnan-Israel.

Ia sebagai tindak balas terhadap genosid rejim zionis yang berterusan ke atas Gaza dan serangannya terhadap pekan dan kampung di Lubnan yang telah membunuh orang awam, termasuk wartawan.

“Kami memutuskan untuk menyertai (pertempuran) sebagai tugasan kebangsaan, agama dan moral. Kami melakukannya untuk mempertahankan tanah dan kampung kami,” kata Takkoush kepada agensi berita itu di ibu pejabat kumpulannya di Beirut. 

“Kami juga berbuat demikian untuk menyokong saudara-saudara kami di Gaza” di mana Israel menjalankan “pembunuhan beramai-ramai secara terbuka,” katanya dipetik MEMO.

Menurut AP, sayap bersenjata Al-Jamaa Al-Islamiya, Fajr Force menjalankan operasi terhadap Israel dengan tumpuan utama di bandar selatan Sidon.

Takkoush percaya Israel bercita-cita untuk merampas lebih banyak wilayah, “bukan sahaja di Palestin tetapi termasuk Lubnan”.

Kumpulan itu bertindak secara bebas tetapi berkoordinasi rapat dengan Hizbullah dan cawangan Hamas Lubnan.

“Sebahagian daripada (serangan terhadap tentera Israel) dalam penyelarasan bersama Hamas yang berkoordinasi dengan Hizbullah,” kata Takkoush.

“Hubungan kami dengan Hizbullah baik dan berkembang dan ia semakin diperkukuhkan sedang kami tempuhi peperangan ini,” katanya, menjelaskan semua senjata yang mereka gunakan adalah dari senjata mereka sendiri. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending