Connect with us

Terkini

Lapor segera kerosakan infrastruktur akibat banjir – KKDW

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) meminta agensi berkaitan melaporkan sebarang kerosakan infrastruktur akibat banjir bagi membolehkan isu terbabit ditangani segera.

Wartawan TMT

Published

on

Lapor segera kerosakan infrastruktur akibat banjir - KKDW
Foto: Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang
  • Semua agensi dan jabatan perlu saling membantu salurkan maklumat bagi mudahkan pihaknya ambil tindakan. – Timbalan Menteri KKDW, Datuk Rubiah Wang 
  • “Usaha kita adalah cuba bantu bukan sahaja sediakan kemudahan semasa banjir, tapi juga menjalankan kerja pembaikan infrastruktur terkesan disebabkan banjir.”
  • “Sebagai contoh, kementerian dengan segera serahkan surat arahan pelaksanaan pada Pejabat Daerah Semporna, Sabah dan memperuntukkan RM400,000 bagi bina semula jambatan dan jeti di Pulau Pababag dilaporkan roboh 30 Januari lalu,” katanya.

 

BUTTERWORTH: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) meminta agensi berkaitan melaporkan sebarang kerosakan infrastruktur akibat banjir bagi membolehkan isu terbabit ditangani segera.

Timbalan Menterinya, Datuk Rubiah Wang berkata, semua agensi dan jabatan perlu saling membantu menyalurkan maklumat bagi memudahkan pihaknya mengambil tindakan.

“Usaha kita adalah cuba membantu bukan sahaja menyediakan kemudahan semasa banjir, tetapi juga menjalankan kerja pembaikan infrastruktur yang terkesan disebabkan banjir.

“Bagaimanapun, jika laporan kerosakan yang diterima membabitkan agensi lain, kita akan cuba berunding antara kedua-belah pihak supaya penambahbaikan dapat dilakukan.

“Sebagai contoh, kementerian dengan segera telah menyerahkan surat arahan pelaksanaan kepada Pejabat Daerah Semporna, Sabah dan memperuntukkan RM400,000 bagi membina semula jambatan dan jeti di Pulau Pababag yang dilaporkan roboh pada 30 Januari lalu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis anugerah perkhidmatan cemerlang di Wisma Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda).

Dalam perkembangan lain, Rubiah turut memuji usaha Perda membangunkan projek agrotourism Tasek Gelugor yang bakal berfungsi sebagai pemangkin ekonomi luar bandar.

“Kawasan ini dilengkapi infrastruktur asas seperti jeti, ruang parkir dan depoh rehat.

“Pelbagai program riadah antaranya aktiviti menaiki bot, memancing selain gerai jualan yang diusahakan penduduk membantu menjana pendapatan masyarakat setempat.

“Selain itu, program ini turut dapat memelihara dan memulihara alam semulajadi, budaya dan adat resam masyarakat setempat,” katanya. – UTUSAN

 

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
  • Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
  • Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
  • Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 
  • Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.

Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.

Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.

Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 

Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear. 

Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending