Connect with us

Terkini

KJ nafi perolehan vaksin COVID-19 tanpa persetujuan AGC

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menafikan dakwaan perolehan vaksin COVID-19 dibuat tanpa persetujuan Jabatan Peguam Negara (AGC).

Wartawan TMT

Published

on

KJ nafi perolehan vaksin COVID-19 tanpa persetujuan AGC
Foto: Khairy Jamaluddin
  • Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menafikan dakwaan perolehan vaksin COVID-19 dibuat tanpa persetujuan Jabatan Peguam Negara (AGC).
  • Semua perolehan yang dibuat kerajaan ketika pentadbiran PN dibentangkan kepada Kabinet, ujarnya.
  • “Justeru, AGC akan mengetahui dan memberikan ulasan mereka. Perolehan ditandatangani oleh KKM.”

 

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menafikan dakwaan perolehan vaksin COVID-19 dibuat tanpa persetujuan Jabatan Peguam Negara (AGC).

Beliau berkata, semua perolehan yang dibuat kerajaan ketika pentadbiran Perikatan Nasional (PN) dibentangkan kepada Kabinet.

“Justeru, AGC akan mengetahui dan memberikan ulasan mereka. Perolehan ditandatangani oleh Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya menerusi jawapan ringkas kepada New Straits Times (NST) hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pembentangan Kertas Putih oleh KKM berhubung perolehan vaksin dan kos berkaitan, yang sebahagiannya dipercayai tidak mengikut peraturan.

Anwar berkata, perolehan terbabit juga ditandatangani tanpa persetujuan AGC.

Katanya, kertas putih terbabit akan dibentangkan di Parlimen pada persidangan akan datang oleh Menterinya, Dr Zaliha Mustafa.

Sementara itu, usaha mendapatkan seorang lagi bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, tidak berhasil.

 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Syarikat arak sumbang derma, Dong Jiao Zong mahu kerajaan berfikiran terbuka

Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Dong Jiao Zong) meminta kerajaan berfikiran terbuka dalam menerima sumbangan sebarang syarikat, termasuk syarikat minuman keras untuk membantu perkembangan pendidikan.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Selagi syarikat terlibat menjalankan perniagaan sah dan (derma) tanpa sebarang syarat sampingan, masyarakat sepatutnya menyambut baik sumbangan sosial syarikat, membantu perkembangan sekolah vernakular.
  • “Kerajaan juga seharusnya bersikap terbuka serta menggalakkan syarikat untuk berbakti kepada masyarakat,” kata Dong Jiao Zong menerusi kenyataan berbahasa Mandarin disiarkan di laman webnya pada Isnin.
  • Difahamkan, Dong Jiao Zong berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar yang sebelum ini mengkritik konsert amal dianjurkan di SJK (C) Tche Min di Sungai Pelek, Sepang kerana dicemari dengan penajaan syarikat gergasi minuman keras yang didakwa beliau secara terang-terangan sedang menormalisasi arak di sekolah. 
  • KPM juga mengambil perhatian serius isu berkenaan penganjuran program amal itu dan mengatakan siasatan lanjut sedang dijalankan pihaknya.
  • “Kami berpendapat Kementerian Pendidikan perlu memberikan penjelasan yang jelas mengenai perkara ini bagi mengelakkan halangan kepada pengumpulan dana sekolah rendah Cina,” kata Dong Jiao Zong.

KUALA LUMPUR — Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Dong Jiao Zong) meminta kerajaan berfikiran terbuka dalam menerima sumbangan sebarang syarikat, termasuk syarikat minuman keras untuk membantu perkembangan pendidikan.

Dong Jiao Zong berkata selagi syarikat terbabit menjalankan perniagaan sah dan menyalurkan sumbangan atau derma tanpa sebarang syarat sampingan, masyarakat sepatutnya menyambut baik sumbangan sosial syarikat itu dan membantu perkembangan sekolah vernakular.

“Sokongan masyarakat terhadap perkembangan pendidikan dan syarikat memainkan tanggungjawab sosial mereka akan menjadikan pengumpulan sumber lebih efektif. 

“Selagi syarikat terlibat menjalankan perniagaan sah dan (derma) tanpa sebarang syarat sampingan, masyarakat sepatutnya menyambut baik sumbangan sosial syarikat, membantu perkembangan sekolah vernakular.

“Kerajaan juga seharusnya bersikap terbuka serta menggalakkan syarikat untuk berbakti kepada masyarakat,” kata Dong Jiao Zong menerusi kenyataan berbahasa Mandarin disiarkan di laman webnya pada Isnin.

Difahamkan, Dong Jiao Zong berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar yang sebelum ini mengkritik konsert amal dianjurkan di SJK (C) Tche Min di Sungai Pelek, Sepang kerana dicemari dengan penajaan syarikat gergasi minuman keras yang didakwa beliau secara terang-terangan sedang menormalisasi arak di sekolah.

Foto: Tangkap layar hantaran Ketua Pemuda PAS Selangor di Facebooknya.

Isu itu juga mendapat perhatian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menjelaskan sumbangan melibatkan hasil aktiviti perjudian, rokok, dadah, minuman keras dan seumpamanya yang boleh menjejaskan perkembangan potensi murid dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani adalah dilarang.

KPM berkata larangan itu adalah berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3 Tahun 2018, justeru pentadbir di institusi pendidikan KPM diingatkan supaya mematuhi garis panduan sedia ada berkaitan penganjuran program dan penerimaan sumbangan.

KPM juga mengambil perhatian serius isu berkenaan penganjuran program amal itu dan mengatakan siasatan lanjut sedang dijalankan pihaknya.

Mengulas kenyataan KPM, Dong Jiao Zong mengingatkan pihak berkuasa untuk mengekalkan penilaian profesional dan rasional serta tidak terpengaruh dengan bahasa politik. 

“Kami berpendapat Kementerian Pendidikan perlu memberikan penjelasan yang jelas mengenai perkara ini bagi mengelakkan halangan kepada pengumpulan dana sekolah rendah Cina.

“Perlu diketahui, sekolah Cina telah lama menghadapi masalah seperti bangunan yang uzur, kekurangan infrastruktur dan dana yang tidak mencukupi. 

“Selama 30 tahun lalu, syarikat alkohol TIGER bersama-sama individu prihatin telah aktif mengumpul dana untuk sekolah Cina, dengan berjaya mengumpul ratusan juta ringgit untuk beratus-ratus sekolah Cina di seluruh negara. 

“Sumbangan ini yang menguntungkan ramai pelajar sepatutnya dipuji, namun kini telah diputarbelitkan dengan tujuan mencetuskan konflik perkauman, merosakkan keharmonian masyarakat,” kata kumpulan pendidikan Cina itu. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending