Connect with us

Terkini

“KJ bukan ‘party man’, masuk PH untuk cari populariti,” – Pengerusi AMANAH Negeri Sembilan

Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Sembilan, Datuk MK Ibrahim Abd Rahman percaya kehadiran Khairy Jamaluddin dalam Pakatan Harapan (PH) sekiranya diterima tidak banyak membantu terutama dalam menambah sokongan.

Wartawan TMT

Published

on

"KJ bukan 'party man', masuk PH untuk cari populariti,” - Pengerusi AMANAH Negeri Sembilan
Foto: Khairy Jamaluddin (kiri), Datuk MK Ibrahim Abd Rahman (kanan)
  • PH perlu ambil kira perasaan dan sentimen rakan dari parti gabungan itu sekiranya mahu terima Khairy sertai PH. – Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Sembilan, Datuk MK Ibrahim Abd Rahman 
  • “KJ bukanlah ‘party man’ (orang parti), tetapi beliau seorang populis dan sudah pasti kemasukannya sekadar cari populariti.”
  • “Secara peribadi, saya melihat kemasukan KJ sekiranya diterima pimpinan PH tidak akan menambah banyak sokongan sebaliknya meletakkan PH dalam bahaya.

 

JELEBU: Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Sembilan, Datuk MK Ibrahim Abd Rahman percaya kehadiran Khairy Jamaluddin dalam Pakatan Harapan (PH) sekiranya diterima tidak banyak membantu terutama dalam menambah sokongan.

Sebaliknya, beliau berkata sekiranya bekas Ketua Pemuda UMNO yang juga bekas Ahli parlimen Rembau itu diterima ia berisiko untuk meletakkan PH dalam keadaan bahaya.

Mengulas lanjut, katanya, PH perlu mengambil kira perasaan dan sentimen rakan dari parti gabungan itu sekiranya mahu menerima Khairy menyertai PH.

Selain itu, beliau percaya sentimen rakan dalam Kerajaan Perpaduan iaitu Barisan Nasional (BN) sendiri serta ahli akar umbi PH juga perlu diambil kira sama ada mereka mahu atau tidak Khairy menyertai PH.

“Secara peribadi, saya melihat kemasukan KJ (Khairy) sekiranya diterima pimpinan PH tidak akan menambah banyak sokongan sebaliknya meletakkan PH dalam bahaya.

“KJ bukanlah ‘party man’ (orang parti), tetapi beliau seorang populis dan sudah pasti kemasukannya sekadar untuk mencari populariti,” katanya ketika dihubungi.

Khairy sebelum ini mengaku sudah dihubungi Perikatan Nasional (PN) serta PH berhubung kemungkinan untuk beliau menyertai gabungan berkenaan selepas dipecat daripada UMNO pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, beliau enggan membuat keputusan terburu-buru, sebaliknya mahu mengambil masa selama beberapa minggu atau hingga dua tiga bulan sebelum menentukan sama ada memasuki parti sedia ada, menubuhkan parti baharu atau berehat daripada politik untuk seketika.

MK Ibrahim bagaimanapun mengakui jika Khairy menyertai Perikatan Nasional (PN) khususnya di Negeri Sembilan, PH dan BN mungkin berdepan saingan sengit untuk mengekalkan kerajaan ini.

Justeru, beliau berpendapat PH perlu bersedia mengatur tindakan dan strategi.

Dalam perkembangan berasingan, MK Ibrahim berkata AMANAH mengharapkan bilangan kerusi sebanyak mungkin untuk menempatkan wakilnya dalam pilihan raya negeri (PRN) nanti, namun ia terpulang kepada kebijaksanaan pimpinan Pusat, terutama dengan PH kini sudah bersama BN dalam Kerajaan Perpaduan.

“Soal calon bagi parti AMANAH juga belum diputuskan bukan sahaja di Negeri Sembilan, sebaliknya negeri lain juga.

“Jawatankuasa pemilihan parti akan memilih calon yang layak tidak lama lagi,” katanya.

 

Sumber: Berita Harian

Author

Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending