Connect with us

Terkini

Kerajaan perlu berbelanja dengan berhemah, efisyen serta kadar ketirisan sifar – Ahli Ekonomi

Jika mahukan defisit negara semakin mengecil, kerajaan perlu berbelanja dengan berhemah dan efisyen agar mampu menghasilkan pulangan tertinggi dengan kadar ketirisan sifar, kata seorang ahli ekonomi.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan perlu berbelanja dengan berhemah, efisyen serta kadar ketirisan sifar – Ahli Ekonomi
Foto: Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri), Datuk Zakariah Abdul Rashid (kanan).
  • Pelaksanaan kewangan kendiri ini, Malaysia dapat catatkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi. – Bekas Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Profesor Emeritus Datuk Zakariah Abdul Rashid
  • “Belanjawan kali ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berhadapan masalah kewangan bila kerajaan Persekutuan alami defisit berpanjangan, peningkatan defisit tahun demi tahun dan perlu cari kaedah penjanaan hasil serta wujudkan pembaharuan struktur.”
  • “Salah satu punca pada ketidakcekapan kita atau kemerosotan daya saing kerana terlalu banyak subsidi, bukan (sahaja) subsidi pendidikan tapi subsidi gas, minyak dan sebagainya,” katanya.

KUALA LUMPUR: Jika mahukan defisit negara semakin mengecil, kerajaan perlu berbelanja dengan berhemah dan efisyen agar mampu menghasilkan pulangan tertinggi dengan kadar ketirisan sifar, kata seorang ahli ekonomi.

Bekas Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Profesor Emeritus Datuk Zakariah Abdul Rashid berkata dengan pelaksanaan kewangan kendiri ini, Malaysia dapat mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi.

Beliau berkata belanjawan kali ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berhadapan dengan masalah kewangan apabila kerajaan Persekutuan mengalami defisit berpanjangan, peningkatan defisit tahun demi tahun dan perlu mencari kaedah penjanaan hasil serta dapat mewujudkan pembaharuan struktur.

“Jika ini dapat dilakukan oleh PM, ia sungguh baik untuk kita,” katanya ketika mengulas mengenai sesi perbentangan Belanjawan 2023 pada Jumaat ini, di Ruang Bicara kelolaan Bernama TV malam tadi.

Menurut beliau jika berdasarkan sejarah, ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan, waktu itu Malaysia menikmati lebihan fiskal dan tetapi kali ini beliau berhadapan dengan situasi yang berbeza.

“Salah satu daripada hasrat PM adalah untuk mengurangkan defisit ini. Kita hendak melihat sama ada beliau mampu mengulangi kejayaan itu bagi mengurangkan defisit ini sikit demi sedikit dan akhirnya kita dapat menikmati lebihan.

“Ia (pengurangan defisit) bakal mengambil masa beberapa tahun dan kalau itu dapat dilakukan inilah yang dipanggil sebagai pembaharuan struktur,” katanya.

Menyentuh soal subsidi, Zakariah berkata ia menjadi beban kepada ekonomi kerana Malaysia sebuah negara yang paling banyak memberi subsidi.

“Salah satu punca kepada ketidakcekapan kita atau kemerosotan daya saing kerana kita terlalu banyak subsidi, bukan (sahaja) subsidi pendidikan tetapi subsidi gas, minyak dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata subsidi banyak memberi kelebihan kepada rakyat tetapi malangnya ia menumpulkan daya saing ekonomi.

Jika langkah pengurangan subsidi dijalankan, Zakariah berpendapat cabarannya adalah ia merupakan satu tindakan yang tidak popular dan ramai orang akan ‘menjerit’ kepada kerajaan.

Sehubungan itu, beliau hendak melihat sama ada pengurangan subsidi boleh dilakukan atau sebaliknya.

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Segera lapor SPRM jika jadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
  • SPRM gesa pihak yang percaya mereka menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.
  • “Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kepada media hari ini.
  • Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.
  • Semalam, seorang pengarah urusan syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki bagaimanapun berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan kes seperti itu dari negeri-negeri lain dan menyifatkan apa yang berlaku di Perak baru-baru ini sebagai kes terpencil.

“Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” katanya kepada media hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) Azman Adnan.

Semalam, seorang pengarah urusan sebuah syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

Difahamkan, syarikat suspek berusia 44 tahun itu dipercayai terbabit melakukan pemecahan lot tanah di mukim berkenaan menjadi tanah bukan Melayu, seterusya dijual menjadi lot rumah dan banglo.

Siasatan SPRM juga mendapati sejumlah 317 lot dipecahkan kepada individu serta syarikat yang sebahagian besarnya adalah bukan Melayu.

Penahanan itu adalah rentetan kepada tangkapan seorang bekas Timbalan Pendaftar Hakmilik di Pejabat Tanah dan Galian Perak yang sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh, bulan lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending