Connect with us

Antarabangsa

Keluarkan kenyataan anti-Islam, guru yoga didakwa

Guru yoga, Ramdev Baba didakwa atas tuduhan menggalakkan permusuhan dan perbezaan agama yang keterlaluan dalam kenyataan provokatifnya semasa perjumpaan tukang tilik di daerah Barmer Rajasthan, lapor polis pada Ahad.

Wartawan TMT

Published

on

Keluarkan kenyataan anti-Islam, guru yoga didakwa
Foto: Guru yoga, Ramdev Baba
  • Guru yoga India, Ramdev Baba didakwa atas tuduhan menggalakkan permusuhan dan perbezaan agama yang keterlaluan dalam kenyataan provokatifnya.
  • Laporan maklumat pertama difailkan di balai polis Chohtan pada Ahad selepas seorang warga tempatan Pathai Khan, 42, membuat aduan tentang kenyataan guru yoga itu.
  • Ramdev turut membandingkan Hinduism dengan Islam dan Kristian dan mendakwa kedua-dua agama itu terlalu taksub dengan  penukaran agama, manakala agama Hindu mengajar penganutnya untuk melakukan kebaikan.
  • Khan memberitahu kenyataan Ramdev “menyakiti sentimen jutaan orang Islam” dan membuatnya “tanpa sengaja” supaya perasaan permusuhan dan kebencian diwujudkan terhadap Islam.

 

Guru yoga, Ramdev Baba didakwa atas tuduhan menggalakkan permusuhan dan perbezaan agama yang keterlaluan dalam kenyataan provokatifnya semasa perjumpaan tukang tilik di daerah Barmer Rajasthan, lapor polis pada Ahad.

The Indian Express melaporkan laporan maklumat pertama difailkan di balai polis Chohtan pada Ahad selepas seorang warga tempatan Pathai Khan, 42, membuat aduan tentang kenyataan guru yoga itu pada 2 Februari lalu.

Selain menuduh orang Islam menggunakan keganasan, Ramdev turut membandingkan Hinduism dengan Islam dan Kristian dan mendakwa kedua-dua agama itu terlalu taksub dengan  penukaran agama, manakala agama Hindu mengajar penganutnya untuk melakukan kebaikan.

Dalam aduannya, Khan memberitahu kenyataan Ramdev “menyakiti sentimen jutaan orang Islam” dan membuatnya “tanpa sengaja” supaya perasaan permusuhan dan kebencian diwujudkan terhadap Islam.

Ramdev didakwa di bawah Seksyen 153 (menggalakkan pemusuhan di antara dua kumpulan agama berbeza), 295A (perbuatan yang disengajakan dan berniat jahat, bertujuan untuk menimbulkan kemarahan mana-mana golongan agama dengan menghina agama atau kepercayaan agamanya), dan 298 (mengucap, perkataan, dsb., dengan niat sengaja untuk menyinggung perasaan penganut mana-mana agama).

 

Sumber: The Indian Express 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Tentera Mesir dan Israel bertempur di sempadan Rafah

Tentera Mesir dan rejim Israel dilaporkan bertempur di sempadan Rafah pada Isnin dengan askar Mesir yang ditempatkan di bandar Rafah, Palestin, dilapor melepaskan tembakan ke arah tentera-tentera Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tentera Mesir dan rejim Israel dilaporkan bertempur di sempadan Rafah pada Isnin dengan askar Mesir yang ditempatkan di bandar Rafah, Palestin, dilapor melepaskan tembakan ke arah tentera-tentera Israel.
  • Berita yang belum disahkan memberitahu sekurang-kurangnya tujuh orang Israel cedera, dan seorang askar Mesir terbunuh, di tengah-tengah ketegangan meningkat di antara Mesir dan Israel.
  • Sumber keselamatan memberitahu The New Arab bahawa tentera Mesir, susulan insiden itu meningkatkan kawalan keselamatan di dalam dan sekitar lintasan sempadan di wilayah Sinai Utara Mesir, yang dirampas Israel awal bulan ini.

Tentera Mesir dan rejim Israel dilaporkan bertempur di sempadan Rafah pada Isnin dengan askar Mesir yang ditempatkan di bandar Rafah, Palestin, dilapor melepaskan tembakan ke arah tentera-tentera Israel.

Berita belum disahkan memberitahu sekurang-kurangnya tujuh tentera Israel cedera dan seorang askar Mesir terbunuh di tengah-tengah ketegangan meningkat di antara Mesir dan Israel.

Sumber keselamatan memberitahu The New Arab bahawa tentera Mesir, susulan insiden itu meningkatkan kawalan keselamatan di dalam dan sekitar lintasan sempadan di wilayah Sinai Utara Mesir, yang dirampas Israel awal bulan ini. 

Sumber peringkat tinggi itu, yang bercakap dengan TNA dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan kerana tidak diberi kuasa memberi taklimat kepada media, tidak menjelaskan lebih lanjut tetapi berkata “askar Israel membalas tembakan dan kemudian melepaskan tembakan amaran sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.”

Tiada butiran lanjut tersedia serta-merta pada masa penerbitan, tetapi laporan yang tidak disahkan mengatakan tentera Israel dilaporkan berundur dari sempadan Palestin di sempadan Rafah.

Sementara itu, tentera Mesir tidak mengesahkan atau menafikan kejadian itu secara rasmi.

Walaupun secara teknikalnya keamanan dengan Israel wujud sejak 1970-an, warga Mesir bertelagah dengan rejim zionis secara berturut-turut mengenai normalisasi.

Secara diplomatik dan komersial, Kaherah menganggap Israel sebagai sebuah negara mempunyai hubungan kukuh di beberapa kawasan tetapi ketegangan semakin memuncak selepas Israel melancarkan perangnya ke atas Gaza Oktober lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending