Connect with us

Terkini

Kabinet bayangan PN tidak cukup sifat

Kabinet bayangan oleh Perikatan Nasional (PN) dilihat sebagai tidak cukup sifat dan separuh masak kerana tidak melibatkan wakil kaum bukan Melayu, ujar Penganalisis Politik dari Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub.

Wartawan TMT

Published

on

Kabinet bayangan PN tidak cukup sifat
Foto: Penganalisis Politik dari Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub.
  • Kabinet bayangan Perikatan Nasional (PN) dilihat sebagai tidak cukup sifat dan separuh masak kerana tidak melibatkan wakil kaum bukan Melayu – Dr. Mohammad Tawfik Yaakub, Penganalisis Politik dari Universiti Malaya (UM).
  • “Saya kategorikan Kabinet bayangan ini seperti Kabinet tidak cukup sifat dan separuh masak kerana tidak melibatkan komponen yang paling utama. Misalnya, di mana wakil kaum bukan Melayu, iaitu kaum Cina, India, dan juga wakil Sabah dan Sarawak hanya satu portfolio sahaja, meskipun 29 portfolio diwujudkan.
  • “Kedudukan wanita bagaimana pula, berbanding dengan Kerajaan Perpaduan yang melantik lima wanita sertai Kabinet, namun, Kabinet Bayangan hanya tiga wakil wanita. Ini disifatkan sebagai separuh masak dalam membentuk persediaan jika mereka perlu ganti PH bila-bila masa sahaja,” katanya.
  • Bagaimanapun, kabinet bayangan itu perlu diiktiraf Kerajaan dengan melibatkan mereka dalam perbincangan, mendapatkan maklumat, mesyuarat bersama atau melalui jawatankuasa pilihan tertentu di Parlimen.

KUALA LUMPUR : Kabinet bayangan oleh Perikatan Nasional (PN) dilihat sebagai tidak cukup sifat dan separuh masak kerana tidak melibatkan wakil kaum bukan Melayu, ujar Penganalisis Politik dari Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub.

Dalam masa sama, katanya, penglibatan wakil dari Sabah dan Sarawak disifatkan sangat kurang, selain hanya melantik tiga wanita menyertai barisan kabinet bayangan itu.

“Saya kategorikan Kabinet bayangan ini seperti Kabinet tidak cukup sifat dan separuh masak kerana tidak melibatkan komponen yang paling utama. Misalnya, di mana wakil kaum bukan Melayu, iaitu kaum Cina, India, dan juga wakil Sabah dan Sarawak hanya satu portfolio sahaja, meskipun 29 portfolio diwujudkan.

“Kedudukan wanita bagaimana pula, berbanding dengan Kerajaan Perpaduan yang melantik lima wanita sertai Kabinet, namun, Kabinet Bayangan hanya tiga wakil wanita. Ini disifatkan sebagai separuh masak dalam membentuk persediaan jika mereka perlu ganti PH bila-bila masa sahaja,” katanya kepada Astro AWANI pada Isnin.

Ujarnya, Malaysia perlu ada keterbukaan dalam politik dan tidak boleh lagi membawa budaya politik yang lama.

“Kalau ini (politik lama) masih ada lagi dalam kalangan pemimpin-pemimpin Kerajaan atau pembangkang, saya yakin kita akan bergerak ke belakang dalam arena politik negara,” ujarnya.

Bagaimanapun beliau melihat Kabinet bayangan itu perlu diiktiraf oleh Kerajaan dengan melibatkan mereka dalam perbincangan, mendapatkan maklumat, mesyuarat bersama, atau melalui jawatankuasa pilihan tertentu di Parlimen.

“Inilah platform untuk angkat idea bukan sahaja dari Kerajaan, tetapi juga memberi ruang penglibatan Ahli Parlimen PN untuk bersama-sama memastikan kestabilan politik, mekarkan ekonomi negara dan mengetepikan perbezaan politik.

“Dalam konteks membangunkan negara, Kerajaan dan pembangkang mesti duduk bersama dan kalau boleh beri elaun, sila berikan. Namun (lihat) bagaimana mereka nak berfungsi dengan baik daripada Kabinet bayangan PN. Jangan hanya bercakap tentang slogan, bagaimana nak ubah negara, tetapi kita masih di takuk lama iaitu tidak mahu menerima perubahan dan perbezaan,” tambahnya.

Dalam pada itu, Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu berjiwa besar dalam menerima pandangan pembangkang termasuk Kabinet bayangan Perikatan Nasional (PN).

Dalam masa sama, Mohammad Tawfik mengesyorkan pemberian elaun kepada ahli Kabinet bayangan bagi membantu Kerajaan membangunkan negara.

“Kita perlu libatkan ahli pembangkang, dan berikan elaun sebagai sumbangan dan kerja ahli Kabinet bayangan bantu kerajaan, ini akan wujudkan kematangan politik baharu. Ketepikan pertelingkahan politik dan kita jadikan ini sebagai wadah semua Ahli Parlimen untuk bantu kerajaan dan saya yakin mereka yang nak jadi kerajaan ada sikap nak bangunkan negara, namun jangan hijack di tengah jalan.

“Jangan hanya pandai kritik, tetapi tiada idea untuk membina kepada Kerajaan. Siapa pun kerajaan kena kongsi serta beri keyakinan dan pastikan perjalanan negara adalah untuk rakyat,” katanya.

Sumber: Astro Awani

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending