Connect with us

Terkini

Industri lebih utamakan keuntungan dengan kadar upah rendah – PKPB

Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) menolak pandangan pihak industri bahawa kenaikan gaji pekerja lebih tinggi daripada kadar produktiviti. 

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Mohammad Rizan Hassan.
  • Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) tolak pandangan pihak industri bahawa kenaikan gaji pekerja lebih tinggi daripada kadar produktiviti. 
  • “Definisi terbaik untuk menjadi seorang yang produktif, kaum pekerja memerlukan tiga elemen, iaitu fokus, tenaga dan masa,” – Setiausaha Agung PKPB, Mohammad Rizan Hassan.
  • Dalam konteks ini penting industri memainkan peranan utama iaitu pembudayaan pembelajaran sepanjang hayat melalui “reskilling dan upskilling” dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) di tempat kerja untuk golongan belia.
  • Kerajaan, institusi latihan kemahiran dan industri perlu menjadi rakan pembangunan yang baik dan “orang dewasa yang dipercayai”. 

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) menolak pandangan pihak industri bahawa kenaikan gaji pekerja lebih tinggi daripada kadar produktiviti. 

Setiausaha Agungnya, Mohammad Rizan Hassan berkata, sudut pandang sebegitu jelas menterjemahkan pihak industri di Malaysia lebih mengutamakan keuntungan dengan kadar upah rendah.

Beliau berkata, bagi industri, produktiviti adalah output yang dikeluarkan lebih banyak daripada input, iaitu berapa banyak hasil majikan dapat daripada apa dilaburkan.

Katanya, definisi itu lebih sesuai untuk produktiviti hasil kilang berbanding dipadankan dengan produktiviti manusia sebagai makhluk hidup.

“Definisi terbaik untuk menjadi seorang yang produktif, kaum pekerja memerlukan tiga elemen, iaitu fokus, tenaga dan masa. 

“Produktiviti adalah suatu fungsi kepada ketiga-tiga perkara ini. Definisi ini akan membantu kita memahami dengan jelas mengapa kita adakalanya menjadi tidak produktif pada sesetengah waktu,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mohammad Rizan berkata dalam konteks ini penting industri memainkan peranan utama iaitu pembudayaan pembelajaran sepanjang hayat melalui “reskilling dan upskilling” dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) di tempat kerja untuk golongan belia.

Beliau juga mendakwa meskipun akhir-akhir ini ada gesaan serius agar latihan TVET di terajui industri, namun ianya tidak akan memberi impak besar kepada kerajaan, institusi latihan kemahiran dan industri yang masih memegang stereotaip negatif mengenai persepsi dan keupayaan belia kita.

“Semua pihak mengakui bahawa golongan belia mempunyai bakat dan potensi besar termasuk melonjakkan ekonomi negara melalui tenaga kerja berkemahiran. 

“Cuma, bagaimanakah industri dapat memanfaatkan tenaga, semangat, dan komitmen belia? Bagaimanakah suara belia didengar, bakat dan potensi mereka diberi penghargaan atau pengiktirafan dan adakah masalah mereka diselesaikan dengan segera?” soalnya.

Mohammad Rizan menjelaskan kunci kepada persoalan tersebut adalah pentingnya kerjasama belia-dewasa (Youth-Adult Partnership) diterjemahkan di tempat kerja.

Membangunkan modal insan berkemahiran di Malaysia bukan sekadar menentukan siapa peneraju latihan TVET atau isu gaji bermaruah untuk generasi muda semata-mata, katanya.

Sebaliknya, beliau berkata perkara itu menuntut kerajaan, institusi latihan kemahiran dan industri menjadi rakan pembangunan yang baik dan “orang dewasa yang dipercayai”. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Segera lapor SPRM jika jadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
  • SPRM gesa pihak yang percaya mereka menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.
  • “Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kepada media hari ini.
  • Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.
  • Semalam, seorang pengarah urusan syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki bagaimanapun berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan kes seperti itu dari negeri-negeri lain dan menyifatkan apa yang berlaku di Perak baru-baru ini sebagai kes terpencil.

“Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” katanya kepada media hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) Azman Adnan.

Semalam, seorang pengarah urusan sebuah syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

Difahamkan, syarikat suspek berusia 44 tahun itu dipercayai terbabit melakukan pemecahan lot tanah di mukim berkenaan menjadi tanah bukan Melayu, seterusya dijual menjadi lot rumah dan banglo.

Siasatan SPRM juga mendapati sejumlah 317 lot dipecahkan kepada individu serta syarikat yang sebahagian besarnya adalah bukan Melayu.

Penahanan itu adalah rentetan kepada tangkapan seorang bekas Timbalan Pendaftar Hakmilik di Pejabat Tanah dan Galian Perak yang sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh, bulan lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending