Terkini
Harga sayuran naik lebih 100 peratus di kawasan terjejas hujan – Persekutuan Penanam Sayuran Malaysia
Harga sayuran yang melonjak naik susulan hujan lebat berterusan dan banjir melanda beberapa negeri sejak dua bulan lalu dijangka pulih secara berperingkat hujung bulan ini.
- Hujan lebat berterusan jejaskan ladang sayuran di Johor, Pahang dan Perak sekali gus menyebabkan harga bahan mentah itu melonjak lebih 100 peratus di kawasan terjejas. – Pengerusi Persekutuan Penanam Sayur Sayuran Malaysia, Lim Ser Kwee
- “Antara sayuran yang catatkan kenaikan harga lebih 100 peratus termasuk tomato, timun, kacang panjang dan bendi.
- “Bagaimanapun, terdapat juga kawasan di mana bekalan sayuran berkenaan tidak terjejas, harganya tidak melonjak naik seperti sesetengah kawasan masih mengalami hujan lebat berterusan.”
- “Dijangkakan harga sayuran kembali normal hujung bulan ini selepas musim hujan lebat yang menjejaskan pengeluaran sayuran tamat nanti,” katanya.
Johor Bahru: Harga sayuran yang melonjak naik susulan hujan lebat berterusan dan banjir melanda beberapa negeri sejak dua bulan lalu dijangka pulih secara berperingkat hujung bulan ini.
Pengerusi Persekutuan Penanam Sayur Sayuran Malaysia, Lim Ser Kwee, berkata, hujan lebat berterusan menjejaskan ladang sayuran di Johor, Pahang dan Perak sekali gus menyebabkan harga bahan mentah itu melonjak lebih 100 peratus di kawasan terjejas.
Katanya, hujan lebat berterusan sejak akhir Disember hingga minggu lalu itu menyebabkan pengeluaran hasil sayuran turut terjejas teruk dengan beberapa jenis sayuran kekurangan bekalan.
“Antara sayuran yang mencatatkan kenaikan harga lebih 100 peratus termasuklah tomato, timun, kacang panjang dan bendi.
“Harga tomato dan bendi yang sebelum ini hanya RM4 sekilogram (kg) kini melonjak kepada lebih RM10 per kg.
“Begitu juga timun dan kacang panjang yang sebelum ini hanya RM4.50 kg namun ada kawasan bekalan terjejas menyebabkan harganya melonjak lebih RM10.
“Bagaimanapun, terdapat juga kawasan di mana bekalan sayuran berkenaan tidak terjejas, harganya tidak melonjak naik seperti sesetengah kawasan yang masih mengalami hujan lebat berterusan.
“Dijangkakan harga sayuran akan kembali normal hujung bulan ini selepas musim hujan lebat yang menjejaskan pengeluaran sayuran tamat nanti,” katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, peniaga sayuran pasar basah di Tampoi, Wan Baharuddin Ahmad mengakui bekalan sayuran yang diterima daripada pembekal berkurangan berbanding biasa, sejak bulan lalu.
“Antara sayur berdaun yang paling terjejas adalah bayam, sawi dan kangkung selain tomato, bendi dan kacang panjang.
“Biasanya saya menerima antara 20 hingga 40 kilogram sayuran terutama bayam, sawi, kangkung, tomato, bendi dan kacang panjang setiap hari daripada pembekal, namun sejak lebih sebulan lalu hanya menerima kira-kira 25 kilogram sahaja.
“Pembekal memaklumkan bekalan sayuran terjejas kerana hasil sayuram tidak banyak kerana hujan lebat serta banjir dan masih dalam fasa penanaman baharu,” katanya.
Bagi pengguna, Nor Azura Md Amin, 35, kenaikan harga sayuran yang melonjak membebankan pembeli.
Katanya, dia kini tidak lagi membeli sayuran dalam jumlah yang banyak bagi berjimat berbanding sebelum ini.
“Sebelum ini memang biasa saya beli untuk seminggu, namun sebab harga sayur mahal, saya minta beli dalam jumlah kecil sahaja,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini2 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini2 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini1 day ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina