Connect with us

Terkini

Harga barang basah naik beri kesan kepada penjaja bergerak di Gua Musang

Harga sayur-sayuran yang tidak menentu, turut memberi kesan kepada penjaja barangan basah bergerak menggunakan van di sekitar daerah ini.

Wartawan TMT

Published

on

Harga barang basah naik beri kesan kepada penjaja bergerak di Gua Musang
Gambar sekadar hiasan.
  • Tinjauan mendapati rata-rata penjaja mereka ada kalanya terpaksa keluarkan modal besar untuk beli sayur, namun hanya peroleh untung yang kecil.
  • Kenaikan harga sayuran tidak menentu membuatkan timbul rasa serba salah untuk jual kepada pelanggan. – Penjaja Rohaizad Rashid, 55
  • “Sedangkan pelanggan terdiri dari masyarakat luar bandar ini beli dengan harga RM1 hingga RM2 untuk sayuran. Macam mana kami nak jual kepada mereka, jadi kami terpaksa buat keputusan untuk tidak jual sayur terlampau mahal,”
  • “Kami sebagai penjaja sangat terkesan dengan keadaan ini. Pendapatan hasil menjaja hanya sekadar cukup makan tidak lagi boleh menyimpan seperti dahulu,” katanya

GUA MUSANG: Harga sayur-sayuran yang tidak menentu, turut memberi kesan kepada penjaja barangan basah bergerak menggunakan van di sekitar daerah ini.

Tinjauan mendapati rata-rata penjaja mereka ada kalanya terpaksa mengeluarkan modal besar untuk membeli sayuran, namun hanya memperoleh untung yang kecil.

Penjaja Rohaizad Rashid, 55, mendakwa kenaikan harga sayuran yang tidak menentu membuatkan timbul rasa serba salah untuk menjual kepada pelanggan.

Katanya, rata-rata pelanggan mereka hanya penduduk kampung yang mempunyai pendapatan yang tidak menentu, jadi kuasa beli sangat terhad dan bergantung kepada pendapatan mereka.

“Contohnya minggu lalu, harga tomato mencecah sehingga RM11 sekilogram (kg), yang mana sebiji tomato sudah harga RM1 sebiji.

“Sedangkan pelanggan yang terdiri daripada masyarakat luar bandar ini membeli dengan harga RM1 hingga RM2 untuk sayuran. Macam mana kami nak jual kepada mereka, jadi kami terpaksa membuat keputusan untuk tidak menjual sayuran yang terlampau mahal.

“Pada minggu lalu kebanyakan harga sayuran agak tinggi contohnya, terung RM40 bagi bungkusan lima kilogram, namun hari ini ada penurunan sebanyak RM2,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Rohaizad berkata, sejak pertengahan tahun lalu, ramai penjaja yang terkesan dengan harga sayuran dan barangan basah yang tidak menentu dan keadaan semakin tidak terkawal sejak awal tahun ini.

“Kami sebagai penjaja sangat terkesan dengan keadaan ini. Pendapatan hasil menjaja hanya sekadar cukup makan tidak lagi boleh menyimpan seperti dahulu,” katanya yang sudah lebih 20 tahun menjaja barangan basah dan sayuran di sekitar bandar Gua Musang.

Manakala bagi Rosmiza Rusdi, 33, menyifatkan penjaja kini tersepit dengan kenaikan harga barangan yang tidak terkawal.

“Jualan memang ada, tapi sangat kurang tidak seperti dulu, keuntungan yang dapat hanya beberapa sahaja sedang kos minyak, ais dan plastik tetap perlu dikeluarkan kerana kami menjaja.

“Andai harga sesuatu barang itu mahal, pelanggan akan membeli dalam kuantiti sedikit dan itu membuat keuntungan juga semakin berkurang,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending