Connect with us

Antarabangsa

Gempa Turkiye: Mangsa rayu bekalan bahan api, tempah berteduh

Suhu di bandar Gaziantep dan Antakya, Turkiye yang terjejas teruk akibat gempa bumi kini berada pada paras sekitar -5 hingga 10 darjah Celsius sehingga menyebabkan mangsa kesejukan selain masih belum mendapat tempat tinggal yang sesuai.

Wartawan TMT

Published

on

Gempa Turkiye: Mangsa rayu bekalan bahan api, tempah berteduh
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Timbalan Presiden Muslim Care Malaysia (MCM), Mohd. Johari Ismail berkata, Sebahagian mangsa yang selamat terpaksa bermalam di dalam kereta, khemah dan duduk terbiar merata-rata sekitar laluan kedai menyebabkan mereka terdedah kepada suhu yang amat sejuk.
  • “Apa yang mereka rayu untuk bantuan adalah bekalan bahan api untuk mereka terus hidup, kerana ramai yang jatuh sakit akibat kesejukan melampau,”
  • “Kebanyakan bahan api terpaksa dibeli dari kawasan jauh dari daerah bencana dan sangat terhad, selimut yang dijual juga harga tiga kali ganda,” katanya.

PETALING JAYA – Suhu di bandar Gaziantep dan Antakya, Turkiye yang terjejas teruk akibat gempa bumi kini berada pada paras sekitar -5 hingga 10 darjah Celsius sehingga menyebabkan mangsa kesejukan selain masih belum mendapat tempat tinggal yang sesuai.

Timbalan Presiden Muslim Care Malaysia (MCM), Mohd. Johari Ismail berkata, bahan api adalah yang amat diperlukan oleh mangsa gempa di selatan Turkiye bagi kegunaan memasak ataupun memanaskan suhu badan dan persekitaran mereka.

Sebahagian mangsa yang selamat terpaksa bermalam di dalam kereta, khemah dan duduk terbiar merata-rata sekitar laluan kedai menyebabkan mereka terdedah kepada suhu yang amat sejuk.

“Apa yang mereka rayu untuk bantuan adalah bekalan bahan api untuk mereka terus hidup, kerana ramai yang jatuh sakit akibat kesejukan melampau,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Jelasnya, kemudahan bahan api di sana sukar untuk didapati, selain harga barangan keperluan seperti selimut terlalu mahal melibatkan tiga kali ganda harga dari sebelumnya.

“Kebanyakan bahan api terpaksa dibeli dari kawasan jauh dari daerah bencana dan sangat terhad, selimut yang dijual juga harga tiga kali ganda,” ujarnya.

Bercerita lanjut, Mohd. Johari memaklumkan sebahagian penduduk terpaksa mencatu makanan bagi kelangsungan hidup kerana mereka masih belum dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing selain ada yang telah kehilangan sepenuhnya tempat tinggal termasuk harta benda akibat gempa yang me­landa.

“Penduduk terlibat terpaksa mencatu makanan kerana mereka bergantung bantuan orang ramai dan badan bukan kerajaan (NGO) yang membantu di sam­ping bantuan dari pihak berkuasa kerajaan,” kongsinya.

Dalam pada itu, ketika disoal mengenai situasi terkini di Turkiye, Mohd. Johari memberitahu, kira-kira pukul 4.30 pagi kelmarin (waktu tempatan), pihaknya merasai satu gegaran susulan ketika sedang tidur menyebabkan perasaan takut dan khuatir mula menguasai diri.

Selain itu, katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan oleh pasukan penyelamat dari pelbagai negara termasuk Malaysia, Korea dan Jepun.

“Hanya SAR yang berdaftar sahaja dibenar berada di pusat bencana,” jelasnya.

Sumber: Kosmo

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Gaza: Tentera zionis Israel diserang tebuan, anjing dan parasit

Dua belas askar Israel cedera selepas diserang sekumpulan tebuan di selatan wilayah Gaza, kata Pasukan Pendudukan Israel (IOF).

A.R. Khan

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Dua belas askar Israel cedera selepas diserang sekumpulan tebuan di selatan wilayah Gaza, kata Pasukan Pendudukan Israel (IOF).
  • Tentera rejim berkata insiden itu berlaku pada Jumaat apabila sebuah kereta kebal secara tidak sengaja mengganggu sarang tebuan menyebabkan serangga itu bertindak balas, lapor The Times of Israel.
  • Disember lalu, akhbar Israel Maariv melaporkan penyakit kulit disebabkan parasit Leishmania, mengundang penyakit Rose of Jericho (Leishmaniasis) menyebabkan “sakit kulit berulser” kepada puluhan askar Israel yang berpangkalan di sempadan Gaza.
  • Serangan parasit itu disusuli insiden Februari lalu apabila KAN News melaporkan IOF menjadi sasaran kumpulan anjing liar di wilayah Gaza.

Dua belas askar Israel cedera selepas diserang sekumpulan tebuan di selatan wilayah Gaza, kata Pasukan Pendudukan Israel (IOF).

Tentera rejim berkata insiden itu berlaku pada Jumaat apabila sebuah kereta kebal secara tidak sengaja mengganggu sarang tebuan menyebabkan serangga itu bertindak balas, lapor The Times of Israel.

Askar yang cedera diberikan rawatan di Pusat Perubatan Sheba di Tel Hashomer, dengan seorang daripadanya memerlukan rawatan rapi, kata laporan itu.

Disember lalu, akhbar Israel Maariv melaporkan penyakit kulit disebabkan parasit Leishmania, mengundang penyakit Rose of Jericho (Leishmaniasis) menyebabkan “sakit kulit berulser” kepada puluhan askar Israel yang berpangkalan di sempadan Gaza.

Serangan parasit itu disusuli insiden Februari lalu apabila KAN News melaporkan IOF menjadi sasaran kumpulan anjing liar di wilayah Gaza.

Walaupun tiada askar IOF cedera dilaporkan, mereka di lapangan mendakwa anjing-anjing tersebut terlalu agresif dan sentiasa merengus seolah-olah mahu merenggut tentera rejim. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending