Connect with us

Antarabangsa

Gempa bumi Turkiye: Polis tahan 78 individu ‘provokasi’ media sosial

Seramai 78 individu ditahan polis Turkiye kerana didakwa mencetuskan ketakutan dan panik menerusi perkongsian ‘hantaran provokatif’ mengenai gempa bumi minggu lalu di media sosial.

Wartawan TMT

Published

on

Gempa bumi Turkiye: Polis tahan 78 individu 'provokasi' media sosial
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Direktorat keselamatan Turkiye mengenal pasti 613 orang dipercayai berkongsi hantaran provokatif, dengan prosiding undang-undang dimulakan terhadap 293 daripadanya.
  • Daripada jumlah itu, seramai 78 sudah ditahan.
  • sebanyak 46 laman web ditutup kerana penipuan dalam usaha mencuri derma disumbangkan kepada mangsa gempa, selain menutup 15 akaun media sosial kononnya institusi rasmi.

ANKARA: Seramai 78 individu ditahan polis Turkiye kerana didakwa mencetuskan ketakutan dan panik menerusi perkongsian ‘hantaran provokatif’ mengenai gempa bumi minggu lalu di media sosial.

Seramai 20 suspek kini ditahan menjelang prosiding mahkamah terhadap mereka.

Angka kematian di Turkiye dan Syria akibat gempa bumi kini melebihi 41,000, dengan jutaan orang masih memerlukan bantuan kemanusiaan.

Direktorat keselamatan Turkiye sudah mengenal pasti 613 orang yang dipercayai berkongsi hantaran provokatif, dengan prosiding undang-undang dimulakan terhadap 293 daripadanya.

Daripada jumlah itu, seramai 78 sudah ditahan.

Katanya, sebanyak 46 laman web turut ditutup kerana penipuan dalam usaha mencuri derma disumbangkan kepada mangsa gempa, selain menutup 15 akaun media sosial yang kononnya institusi rasmi.

Pada Isnin lalu, Pengarah Komunikasi Turkiye, Fahrettin Altun dalam ciapan di Twitter, berkata negara itu menghadapi ‘pencemaran maklumat serius’.

Katanya, sebanyak 6,200 maklumat dan berita palsu dilaporkan kepada kerajaan dalam tempoh seminggu selepas bencana.

Sumber: Berita Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending