Connect with us

Antarabangsa

Gempa bumi: Syria rayu bantuan dunia

Kerajaan Syria memohon masyarakat antarabangsa tampil membantu negara itu yang dilanda gempa bumi kuat sehingga lebih 850 nyawa terkorban dan ribuan lagi cedera, semalam.

Wartawan TMT

Published

on

gempa-bumi-syria-rayu-bantuan-dunia
Foto: Gambar gempa bumi Turkiye, Syria
  • Kerajaan Syria memohon masyarakat antarabangsa membantu negara itu yang dilanda gempa bumi kuat semalam.
  • Kerajaan Syria akan menyediakan kemudahan yang diperlukan bagi membolehkan mereka memberi bantuan kemanusian kepada rakyat Syria – Faisal Mekdad, Menteri Luar Syria.
  • Iran, Russia, UAE dan Bahrain menyatakan kesediaan untuk menghantar bantuan ke Syria.
  • “Pasukan kami berada di lapangan untuk menilai keperluan dan memberikan bantuan,” kata Setiausaha Agung PBB, Antonio Gutteres. 

DAMSYIK: Kerajaan Syria memohon masyarakat antarabangsa tampil membantu negara itu yang dilanda gempa bumi kuat sehingga lebih 850 nyawa terkorban dan ribuan lagi cedera, semalam.

“Syria merayu negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa serta kumpulan kemanusiaan lain untuk menyokong usaha menghadapi bencana gempa bumi yang dahsyat ini,” kata Kementerian Luarnya dalam satu kenyataan.

Menteri Luarnya, Faisal Mekdad berkata Kerajaan Syria akan menyediakan segala kemudahan yang diperlukan pertubuhan antarabangsa.

“Ia bagi membolehkan mereka memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Syria,” katanya selepas mesyuarat dengan perwakilan PBB dan kumpulan bantuan.

Sekutu utama Kerajaan Syria, iaitu Iran dan Russia, sudah menyatakan kesediaan untuk menghantar bantuan. Begitu juga beberapa negara Teluk yang sudah pulih hubungan dengan Damsyik, termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain.

Sementara itu di New York pula, Perhimpunan Agung PBB bertafakur selama seminit, semalam, bagi menghormati mangsa gempa bumi di Syria dan Turkiye.

“Pasukan kami berada di lapangan untuk menilai keperluan dan memberikan bantuan.

“Kami mengharapkan masyarakat antarabangsa untuk membantu ribuan keluarga terkesan dengan bencana itu. Malah, ramai yang memang sedia berada dalam keadaan sangat memerlukan bantuan kemanusiaan di kawasan yang sukar diakses,” kata Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, dalam satu kenyataan.

Di Moscow pula, Russia memaklumkan pihaknya sudah menempatkan seramai 300 anggota tentera di Syria bagi membantu pelbagai usaha berkaitan.

Menurut Kementerian Pertahanannya, mereka antara lain membantu membersihkan runtuhan, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa, serta menyediakan bantuan perubatan. – AFP

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

Jeti pelabuhan sementara $320 juta tentera AS di Gaza ‘pecah’ dibadai ombak kuat

Koridor bantuan maritim Amerika Syarikat (AS) di Gaza gagal berfungsi akibat ombak kuat memecah pelabuhan sementara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Koridor bantuan maritim Amerika Syarikat (AS) di Gaza gagal berfungsi akibat ombak kuat memecah pelabuhan sementara itu.
  • Al Jazeera melaporkan pembinaan dermaga sementara itu sebelum ini menelan belanja $320 juta dolar dan 1,000 tentera AS diperlukan untuk membinanya.
  • Jeti yang sepatutnya bertahan sehingga September itu cuma bertahan selama lebih daripada seminggu.

Koridor bantuan maritim Amerika Syarikat (AS) di Gaza gagal berfungsi akibat ombak kuat memecah pelabuhan sementara itu.

Al Jazeera melaporkan pembinaan dermaga sementara itu sebelum ini menelan belanja $320 juta dolar dan 1,000 tentera AS diperlukan untuk membinanya.

Jeti yang sepatutnya bertahan sehingga September itu cuma bertahan selama lebih daripada seminggu.

Pada ketika ia digunakan, ia dilaporkan menerima kira-kira 1,000 tan metrik makanan. 

Pentagon berkata akan menggantikan jeti itu tetapi tidak menjelaskan bilakah ia akan berlaku. 

Terdahulu, Pengarah Komunikasi Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) menyifatkan pembinaan pelabuhan sementara tentera AS itu merupakan langkah penyelesaian rumit di saat terdapat solusi yang lebih mudah iaitu penghantaran bantuan menerusi laluan darat. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending