Connect with us

Terkini

Gaji permulaan Pegawai Perubatan Gred UD41 jauh lebih tinggi berbanding skim perkhidmatan awam lain – Timbalan Menteri Kesihatan

Timbalan Menteri Kesihatan, Tuan Lukanisman Awang Sauni menyifatkan isu penghijrahan pegawai perubatan dan pakar perubatan adalah satu isu universal yang perlu dilihat secara meluas dan turut berlaku dalam bidang pekerjaan yang lain, bukan sahaja dalam bidang perubatan.

Ziera Adurah

Published

on

Gaji permulaan Pegawai Perubatan Gred UD41 jauh lebih tinggi berbanding skim perkhidmatan awam lain - Timbalan Menteri Kesihatan
Foto: Timbalan Menteri Kesihatan, Tuan Lukanisman Awang Sauni.
  • Gaji permulaan yang diterima Pegawai Perubatan Gred UD41 adalah jauh lebih tinggi berbanding skim perkhidmatan awam lain.
  • Timbalan Menteri Kesihatan berkata, pegawai perubatan di Kementerian Kesihatan menerima gaji permulaan berjumlah RM5,197 dengan kadar kenaikan gaji (KGT) sebanyak RM225 setahun.
  • Elaun tugas on-call bagi tugas luar waktu bekerja biasa, dengan kadar RM200 hingga RM250 semalaman bagi panggilan aktif dan RM85 hingga RM160 bagi panggilan pasif.
  • Pegawai perubatan yang bertugas di klinik rawatan pesakit luar selepas waktu pejabat di jabatan kecemasan hospital ataupun di klinik kesihatan kerajaan yang menawarkan perkhidmatan extended hours layak menerima bayaran RM80 sejam. 
  • Turut diberikan peluang kenaikan pangkat lebih cepat melalui promosi time-based.

KUALA LUMPUR –Timbalan Menteri Kesihatan, Tuan Lukanisman Awang Sauni menyifatkan isu penghijrahan pegawai perubatan dan pakar perubatan adalah satu isu universal yang perlu dilihat secara meluas dan turut berlaku dalam bidang pekerjaan yang lain, bukan sahaja dalam bidang perubatan.

Ini kerana menurut beliau gaji permulaan yang diterima Pegawai Perubatan Gred UD41 adalah jauh lebih tinggi berbanding skim perkhidmatan awam lain di peringkat Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 dan ke atas dalam perkhidmatan awam. 

Timbalan Menteri Kesihatan, Tuan Lukanisman Awang Sauni berkata, pegawai perubatan di Kementerian Kesihatan menerima emolumen atau gaji permulaan berjumlah RM5,197 dengan kadar kenaikan gaji (KGT) sebanyak RM225 setahun.

“Pegawai perubatan dan pergigian diperuntukkan elaun tugas atas panggilan (ETAP) atau on-call bagi tugas luar waktu bekerja biasa, dengan kadar RM200 hingga RM250 semalaman bagi panggilan aktif dan RM85 hingga RM160 bagi panggilan pasif,” ujar beliau dalam Persidangan Dewan Rakyat 2023 semalam.

Tambahnya, mereka juga layak untuk membuat tuntutan bayaran panggilan pasif sepanjang tempoh bersedia di rumah walaupun tidak dipanggil untuk bertugas.

Selain daripada bayaran on-call, pegawai perubatan yang bertugas di klinik rawatan pesakit luar selepas waktu pejabat di jabatan kecemasan hospital ataupun di klinik kesihatan kerajaan yang menawarkan perkhidmatan extended hours layak untuk menerima bayaran atas kadar RM80 sejam. 

Mengulas lanjut, beliau berkata, “pegawai perubatan dan pakar perubatan diberikan peluang kenaikan pangkat lebih cepat melalui promosi time-based bagi memastikan peningkatan laluan kerjaya yang lebih baik. 

Beliau mengatakan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) juga menawarkan pengajian kepakaran Sarjana Perubatan atau Sarjana Pergigian dengan kemudahan cuti belajar bergaji penuh termasuk Hadiah Latihan Persekutuan kepada pegawai perubatan tetap.

Manakala bagi pegawai kontrak, pengajian kepakaran ditawarkan melalui latihan kepakaran parallel pathway

“Kementerian Kesihatan melalui agensi pusat akan terus berusaha menambah baik insentif dan kemudahan sedia ada dari semasa ke semasa,

“Penambahbaikan yang dilaksanakan kementerian bagaimanapun tidak akan menghalang pegawai daripada berhijrah ke tempat lain,” ujar beliau.

Sehingga 31 Disember lalu, seramai 4,333 pegawai perubatan kontrak telah dilantik kepada jawatan tetap dan seramai 20,330 pegawai masih dalam khidmat secara kontrak.

Sebelum ini Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, gaji rendah, suasana kerja yang tidak kondusif serta masalah kontrak menjadi punca ramai doktor di sektor kerajaan meletak jawatan.

Jelas beliau isu tersebut sudah lama berlaku, tetapi masih tidak mempunyai jalan penyelesaian hingga ke hari ini.- The Merdeka Times

Sumber: Persidangan Dewan Rakyat 21 Februari 2023

Author

Terkini

Segera lapor SPRM jika jadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
  • SPRM gesa pihak yang percaya mereka menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.
  • “Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kepada media hari ini.
  • Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.
  • Semalam, seorang pengarah urusan syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki bagaimanapun berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan kes seperti itu dari negeri-negeri lain dan menyifatkan apa yang berlaku di Perak baru-baru ini sebagai kes terpencil.

“Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” katanya kepada media hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) Azman Adnan.

Semalam, seorang pengarah urusan sebuah syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

Difahamkan, syarikat suspek berusia 44 tahun itu dipercayai terbabit melakukan pemecahan lot tanah di mukim berkenaan menjadi tanah bukan Melayu, seterusya dijual menjadi lot rumah dan banglo.

Siasatan SPRM juga mendapati sejumlah 317 lot dipecahkan kepada individu serta syarikat yang sebahagian besarnya adalah bukan Melayu.

Penahanan itu adalah rentetan kepada tangkapan seorang bekas Timbalan Pendaftar Hakmilik di Pejabat Tanah dan Galian Perak yang sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh, bulan lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending