Terkini
FAMA diarah pasarkan bekalan sayur ke kawasan kurang bekalan – Mat Sabu
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) diarah memasarkan sayur ke kawasan yang mengalami kekurangan bekalan ketika ini.
- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) diarah memasarkan sayur ke kawasan yang mengalami kekurangan bekalan ketika ini. – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu
- “Kita arahkan FAMA melihat kawasan yang berlaku kekurangan supaya kementerian dapat menggerakkan segera jentera sedia ada untuk kita pasarkan bekalan sayur.
- “MAFS juga membuat kajian data supaya tempat yang berlebihan akan dapat menampung atau membekalkan sayur ke kawasan yang kurang, sekali gus masalah berkenaan dapat diatasi dengan segera,” katanya.
KUALA LUMPUR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) diarah memasarkan sayur ke kawasan yang mengalami kekurangan bekalan ketika ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata pihaknya sudah mengarahkan FAMA untuk mengenal pasti kawasan yang terjejas.
“Kita arahkan FAMA melihat kawasan yang berlaku kekurangan supaya kementerian dapat menggerakkan segera jentera sedia ada untuk kita pasarkan bekalan sayur.
“Sekarang, masalah telur dan ayam agak reda tetapi datang pula masalah sayur.
“MAFS juga membuat kajian data supaya tempat yang berlebihan akan dapat menampung atau dapat membekalkan sayur ke kawasan yang kurang, sekali gus masalah berkenaan dapat diatasi dengan segera,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Loji Pemprosesan Sarang Burung di Taman Perindustrian Pusat Bandar Puchong, di sini, hari ini.
Mohamad Sabu berkata demikian ketika mengulas isu peningkatan harga sayur disebabkan kekurangan bekalan di seluruh negara terutama di Melaka.
Sementara itu, ditanya mengenai bekalan bahan mentah sempena Ramadan, Mohamad menegaskan bahan mentah lain masih mencukupi di pasaran dan harga masih terkawal.
“Cuma sayur kadang-kadang harga naik terlalu tinggi, kadang-kadang turun, tetapi secara umum masih dapat dikawal, termasuk bekalan telur bagi keperluan musim Ramadan juga stabil.
“Kita juga sedang melihat masalah bekalan daging menjelang raya kerana ramai orang buat kenduri di masjid pada Ramadan.
“Jadi, keperluan bekalan daging perlu dipertingkatkan pada Ramadan sampai ke Hari Raya Aidilfitri,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
Israel bom depot senjata berdekatan pangkalan udara Russia di Syria
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
- Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
- Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
Pertahanan udara Russia dan Syria dilaporkan memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit.
Terdapat dakwaan bahawa pertahanan udara memintas peluru berpandu di luar pantai Jableh, sebuah bandar di barat laut Syria, dengan anggaran 30 peluru berpandu dilancarkan.
Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Laporan tempatan lain mencadangkan sebuah pesawat Iran di lapangan terbang mungkin turut menjadi sasaran.
Israel yang sering menjalankan operasi terhadap sasaran berkaitan dengan Iran di Syria belum memberikan sebarang komen mengenai insiden letupan itu. — The Merdeka Times