Connect with us

Terkini

Ekonomi gig perlu dipandang serius

Ekonomi gig khususnya ‘e-hailing’ tidak boleh lagi dilihat sebagai kerja sementara, sebaliknya, wajar dibentuk menjadi satu pekerjaan yang menjamin karier profesional berjangka panjang.

Wartawan TMT

Published

on

Ekonomi gig khususnya ‘e-hailing’ tidak boleh lagi dilihat sebagai kerja sementara, sebaliknya, wajar dibentuk menjadi satu pekerjaan yang menjamin karier profesional berjangka panjang.
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ekonomi gig khususnya ‘e-hailing’ tidak boleh lagi dilihat sebagai kerja sementara, sebaliknya, wajar dibentuk menjadi satu pekerjaan yang menjamin karier profesional berjangka panjang.
  • Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Madeline Berma berkata apabila ia dipandang serius oleh masyarakat, maka dasar yang lebih serius dapat dibuat berkenaan bidang pekerjaan itu.
  • “Keseriusan kerajaan dalam hal ini wajar diterjemahkan dalam bentuk pemberian insentif yang sesuai serta perlindungan sosial kepada para pekerja industri gig.”
  • “Mereka juga menyumbang kepada pembangunan negara, secara langsung atau tidak langsung tapi orang hanya melihat mereka hanya sebagai sesuatu yang berjangka pendek.

KUALA LUMPUR: Ekonomi gig khususnya ‘e-hailing’ tidak boleh lagi dilihat sebagai kerja sementara, sebaliknya, wajar dibentuk menjadi satu pekerjaan yang menjamin karier profesional berjangka panjang.

Kata Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Madeline Berma, apabila ia dipandang serius oleh masyarakat, maka dasar yang lebih serius dapat dibuat berkenaan bidang pekerjaan itu.

Sebagai permulaan, kata beliau, keseriusan kerajaan dalam hal ini wajar diterjemahkan dalam bentuk pemberian insentif yang sesuai serta perlindungan sosial kepada para pekerja industri gig.

“Mereka juga menyumbang kepada pembangunan negara, secara langsung atau tidak langsung tapi orang hanya melihat mereka hanya sebagai sesuatu yang berjangka pendek.

“Bila ia dilihat sebagai pekerjaan jangka pendek atau tempelan saja seolah-olahnya, maka dasar yang ada itu tidak begitu memberi penekanan,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Isnin.

Tegas beliau, dengan adanya insentif dan perlindungan yang baik umpamanya, maka ramai yang akan ceburkan diri dan melihat ia sebagai satu kerjaya yang mereka boleh rancang dengan baik.

Sumber: Astro Awani

 

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending