Antarabangsa
Dua lelaki Islam diculik, dibakar hidup-hidup kumpulan pelampau Hindu
Dua lelaki Islam didakwa diculik, digantung dan dibakar kumpulan pelampau Hindutva di daerah Bhiwani Haryana pada Khamis.

- Lelaki itu dikenal pasti sebagai Junaid dan Nasir, penduduk kampung Gopalgarh di Bharatpur, Rajasthan.
- Insiden berlaku 100 kilometer dari kampung mereka, di mana kumpulan pelampau Hindutva terbabit menuduh lelaki Islam yang meninggal dunia itu menyeludup lembu.
Dua lelaki Islam didakwa diculik, digantung dan dibakar kumpulan pelampau Hindutva di daerah Bhiwani Haryana pada Khamis.
Lelaki itu dikenal pasti sebagai Junaid dan Nasir, penduduk kampung Gopalgarh di Bharatpur, Rajasthan.
Insiden berlaku 100 kilometer dari kampung mereka, di mana kumpulan pelampau Hindu terbabit menuduh lelaki Islam yang meninggal dunia itu menyeludup lembu.
Menurut ahli keluarga yang memberitahu Maktoob Media, kedua-dua lelaki itu telah hilang selama dua hari.
Ahli keluarga mendakwa mereka dibunuh anggota kumpulan Hindutva Bajrang Dal dan dalang di belakang pembunuhan ngeri itu adalah pemimpin Bajrang Dal, Monu Manesar.
Seorang ahli keluarga berkata Monu Manesar dan kumpulannya, Bajrang Dal menculik Junaid dan Nasir dari hutan Piruka sebelum membawa mereka ke kampung Barwas di Bhiwani, di mana mereka dibakar hidup-hidup.
Sumber : Maktoob Media
