Komuniti
Dua kanak-kanak melecur sinki meletup angkara jiran guna asid
Dua kanak-kanak melecur selepas terkena cecair dipercayai asid serbuk soda yang berpunca dari letupan saluran paip sinki rumah di sebuah pangsapuri di Seri Kembangan di sini pada Selasa.

- Kejadian itu berlaku berpunca dari letupan saluran paip sinki rumah di sebuah pangsapuri di Seri Kembangan di sini pada Selasa.
- “Ia mengakibatkan anak lelaki dan perempuan masing-masing berusia sembilan dan tujuh tahun cedera sebelum dikejarkan ke Hospital Serdang untuk rawatan awal. ”. – Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan.
- Kedua-dua mangsa melecur tahap tiga di dahi, kepala, bahu, badan, lengan dan paha manakala adiknya pula melecur di paha kanan.
- “Siasatan awal mendapati pemilik rumah terbabit menggunakan serbuk soda bernilai RM50 untuk membersihkan saluran paip sinki rumahnya yang tersumbat,” katanya.
SERDANG – Dua kanak-kanak melecur selepas terkena cecair dipercayai asid serbuk soda yang berpunca dari letupan saluran paip sinki rumah di sebuah pangsapuri di Seri Kembangan di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kejadian itu disedari ibu kanak-kanak terbabit ketika berada di kediaman mereka di tingkat satu selepas terdengar letupan di bahagian dapur.
Menurutnya, kejadian itu mengakibatkan anak lelaki dan perempuan masing-masing berusia sembilan dan tujuh tahun cedera sebelum dikejarkan ke Hospital Serdang untuk rawatan awal.
“Kanak-kanak lelaki itu mengalami melecur tahap tiga di dahi, kepala, bahu, badan, lengan dan paha manakala adiknya pula melecur di paha kanan.
“Kedua-dua mangsa itu dilaporkan stabil namun, kanak-kanak lelaki itu masih dalam rawatan di wad kecemasan ICU Kebakaran Hospital Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas pemilik rumah tingkat dua pangsapuri terbabit menggunakan serbuk soda yang dibeli secara dalam talian bernilai RM50 untuk membersihkan saluran paip sinki rumahnya yang tersumbat.
Katanya, siasatan masih dijalankan termasuk merekod keterangan ibu mangsa.
Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957.
Sumber: Sinar Harian
Komuniti
Rakyat rayu PM luluskan KWSP bersasar
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sedikit rasa empati dalam membantu mereka yang tertekan dengan meluluskan segera pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar sebelum sesi persekolahan 2023/2024 bermula Mac ini.

- Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) merayu PM, Datuk Seri Anwar Ibrahim bantu lulus pengeluaran KWSP secara bersasar sebelum sesi persekolahan bermula.
- Rakyat sangat terdesak dan tertekan sehingga sanggup bergambar di hadapan cawangan KWSP di negeri masing-masing demi untuk menzahirkan kesusahan dan kesungguhan. – Presidennya, Azmi Mohd. Tahir
- “Lihatlah Datuk Seri Anwar Ibrahim, sanggupkah sesebuah Kerajaan Perpaduan yang memerintah melihat keadaan ini di negara Malaysia yang tercinta. Mereka sanggup lakukan apa sahaja demi kelangsungan hidup keluarga mereka, demi mendapatkan wang simpanan persaraan mereka sendiri.
- “Tolong Datuk Seri Anwar Ibrahim ada rasa sedikit empati terhadap rakyat yang merayu seperti pengemis. Mereka ini ada maruah, tetapi keadaan sangat tertekan, maruah diketepikan. Wajarkah sebagai seorang ketua pemimpin negara melihat semua ini?” katanya dalam satu kenyataan semalam.
PETALING JAYA: Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sedikit rasa empati dalam membantu mereka yang tertekan dengan meluluskan segera pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar sebelum sesi persekolahan 2023/2024 bermula Mac ini.
Presidennya, Azmi Mohd. Tahir berkata, rakyat sangat terdesak dan tertekan sehingga sanggup bergambar di hadapan cawangan KWSP di negeri masing-masing demi untuk menzahirkan kesusahan dan kesungguhan.
Katanya, ia juga bagi membuktikan bahawa pencarum bukan membuat tuntutan luar jangka itu secara suka-suka, tetapi ia semua disebabkan oleh kehidupan mereka benar-benar terkesan.
“Lihatlah Datuk Seri Anwar Ibrahim, sanggupkah sesebuah Kerajaan Perpaduan yang memerintah melihat keadaan ini di negara Malaysia yang tercinta. Mereka sanggup lakukan apa sahaja demi kelangsungan hidup keluarga mereka, demi mendapatkan wang simpanan persaraan mereka sendiri.
“Mereka sudah tidak pedulikan lagi apa masyarakat lain kata, yang penting tuntutan pengeluaran kecemasan KWSP bersasar diluluskan dengan kadar segera sebelum sesi persekolahan 2023/2024 dibuka tidak lama lagi.
“Tolong Datuk Seri Anwar Ibrahim ada rasa sedikit empati terhadap rakyat yang merayu seperti pengemis. Mereka ini ada maruah, tetapi keadaan sangat tertekan, maruah diketepikan. Wajarkah sebagai seorang ketua pemimpin negara melihat semua ini?” katanya dalam satu kenyataan semalam.
PGIRM sebelum ini membawa suara lebih 300,000 pencarum bagi menuntut pengeluaran caruman KWSP secara bersasar bagi meneruskan kelangsungan hidup dalam fasa peralihan ke endemik ketika ini.
Sebanyak 15 faktor utama dikenal pasti membelenggu mereka yang menuntut pengeluaran khas itu, yang merangkumi desakan hidup, pendapatan tidak seimbang dan tunggakan hutang pascapandemik Covid-19.
Bagaimanapun, media pada Jumaat lepas melaporkan, kerajaan memutuskan tidak membenarkan wang simpanan KWSP dikeluarkan lagi bagi menjamin masa depan pesaraan pencarum.
Perdana Menteri dilapor berkata, bagi mengurangkan beban rakyat, kerajaan sedang mencari mekanisme lain tanpa memberi impak terhadap pencarum ketika bersara nanti.
Sumber: Utusan Malaysia
-
Antarabangsa2 days ago
10 hakim berdepan hukuman mati di Arab Saudi
-
Terkini2 days ago
Larangan ke gereja adalah manifestasi disiplin Islam
-
Antarabangsa2 days ago
Kumpulan hak asasi manusia tuduh Beijing bunuh,dera etnik Uyghur Muslim di kem tahanan Xinjiang
-
Antarabangsa2 days ago
Peguam nafi Zakir Naik diusir dari Oman