Connect with us

Terkini

DU Titans juara plate ragbi bawah 15 tahun Piala Datuk Dr Sulaiman Haji Daud

Pasukan ragbi SMK Damansara Utara “DU Titans” muncul juara kategori plate ragbi di Kejohanan Ragbi 10 Sepasukan Bawah 15 Tahun Piala Datuk Dr Sulaiman Haji Daud Peringkat Kebangsaan Tahun 2022/2023 di Padang SSTMI, Bandar Penawar, Johor semalam.

Wartawan TMT

Published

on

DU Titans juara plate ragbi bawah 15 tahun Piala Datuk Dr Sulaiman Haji Daud
Foto: Pasukan ragbi SMK Damansara Utara "DU Titans".

KUALA LUMPUR — Pasukan ragbi SMK Damansara Utara “DU Titans” muncul juara kategori plate ragbi di Kejohanan Ragbi 10 Sepasukan Bawah 15 Tahun Piala Datuk Dr Sulaiman Haji Daud Peringkat Kebangsaan Tahun 2022/2023 di Padang SSTMI, Bandar Penawar, Johor semalam.

DU Titans menggungguli kategori terbabit selepas menewaskan pasukan ragbi Victoria Institutions (VI) dengan keputusan 31-0.

Sebelum itu, DU Titans menduduki tempat kedua peringkat kumpulan E dengan menewaskan Sekolah Sultan Alam Shah (26-5); SM Sains Selangor (24-0) dan tewas kepada Maktab Sultan Abu Bakar (0-19).

DU Titans tewas di pusingan kedua cup/plate menentang SMK Sultan Sulaiman dengan keputusan 10-15.

Bagaimanapun, DU Titans menang di peringkat suku akhir plate ketika bertemu SBPI Jempol (43-0) dan menang bergaya 51-0 di peringkat separuh akhir plate ketika menentang Pengkalan Chepa.

Manakala pasukan ragbi SMK Tun Hussein Onn ‘THOR’ memenangi piala kejohanan ragbi berprestij bawah 15 tahun itu selepas menumpaskan SMK Teluk Mas. 

Kejohanan ragbi MSSM bawah 15 tahun itu berlangsung selama dua hari di Padang Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) dan Padang SK LKTP Sungai Mas, Johor. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending