Connect with us

Antarabangsa

China, Iran gesa Afghanistan henti diskriminasi wanita

China dan Iran menggesa negara jirannya, Afghanistan menamatkan sekatan ke atas wanita – dengan terus membela hak golongan itu dalam semua aspek termasuk pendidikan.

Wartawan TMT

Published

on

China, Iran gesa Afghanistan henti diskriminasi wanita
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Gesaan itu dibuat dalam kenyataan bersama ketika Presiden Iran, Ebrahim Raisi melakukan lawatan tertutup ke Beijing, di mana kedua-dua negara memperkukuhkan hubungan.
  • “Kedua-dua negara menggesa pemerintah Afghanistan membentuk kerajaan inklusif di mana semua etnik dan kumpulan politik bebas menggunakan hak masing-masing.
  • “Afghanistan juga digesa membatalkan semua diskriminasi terhadap wanita, etnik minoriti dan agama-agama lain,” kata kenyataan itu.

BEIJING, 26 Rejab 1444H, Jumaat – China dan Iran menggesa negara jirannya, Afghanistan menamatkan sekatan ke atas wanita – dengan terus membela hak golongan itu dalam semua aspek termasuk pendidikan.

Gesaan itu dibuat dalam kenyataan bersama ketika Presiden Iran, Ebrahim Raisi melakukan lawatan tertutup ke Beijing, di mana kedua-dua negara memperkukuhkan hubungan.

Sejak Afghanistan mengambil alih pentadbiran Ogos 2021, Taliban melarang wanita dan kanak-kanak melanjutkan pengajian di peringkat sekolah dan universiti.

“Kedua-dua negara menggesa pemerintah Afghanistan membentuk kerajaan inklusif di mana semua etnik dan kumpulan politik bebas menggunakan hak masing-masing.

“Afghanistan juga digesa membatalkan semua diskriminasi terhadap wanita, etnik minoriti dan agama-agama lain,” kata kenyataan itu.

Ketika lawatan itu, China-Iran turut menekankan hubungan politik dan ekonomi yang kukuh, usaha untuk keamanan dan keadilan di Timur Tengah, dan penyahnuklearan. – Agensi

Sumber: ISMA Web

 

Author

Antarabangsa

Halang Iran pertahankan diri, AS perlekeh undang-undang antarabangsa

Tindakan Amerika Syarikat (AS) yang dilihat cuba menghalang Iran melaksanakan haknya untuk mempertahankan diri menunjukkan undang-undang antarabangsa tidak diendahkan dan diperlekehkan AS.

Avatar

Published

on

Foto: Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA), Lukman Sheriff Alias.
  • Tindakan Amerika Syarikat (AS) yang dilihat cuba menghalang Iran melaksanakan haknya untuk mempertahankan diri menunjukkan undang-undang antarabangsa tidak diendahkan dan diperlekehkan AS.
  • Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA), Lukman Sheriff Alias berkata ia juga menggambarkan hak asasi manusia hanyalah permainan geopolitik AS dan barat.
  • Beliau turut mempersoalkan tindakan AS dan sekutunya yang sama sekali tidak mengutuk serangan Israel ke bangunan konsulat Iran di Damsyik pada 1 April lalu.
  • “Apabila Israel bom kedutaan Iran, kenapa AS dan sekutunya tidak kutuk keganasan Israel dan nyatakan Iran ada hak untuk pertahankan diri (self defence)? Kenapa AS pula nak halang Iran dari melaksanakan haknya?,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.

Kuala Lumpur – Tindakan Amerika Syarikat (AS) yang dilihat cuba menghalang Iran melaksanakan haknya untuk mempertahankan diri menunjukkan undang-undang antarabangsa tidak diendahkan dan diperlekehkan AS.

Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA), Lukman Sheriff Alias berkata ia juga menggambarkan hak asasi manusia hanyalah permainan geopolitik AS dan barat.

“Nampak sangat undang-undang antarabangsa tidak diendahkan dan diperlekehkan oleh AS.

“Nampak sangat hak asasi manusia adalah alat permainan geopolitik AS dan barat.

“Nampak sangat rakyat Pal*stn tiada nilai.

“Kalau Iran diserang kelak, percayalah rakyat Iran pun tiada nilai. Kalau genosid pun berlaku, AS dan barat akan tutup mata,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.

Beliau turut mempersoalkan tindakan AS dan sekutunya yang sama sekali tidak mengutuk serangan Israel ke bangunan konsulat Iran di Damsyik pada 1 April lalu.

“Apabila Israel bom kedutaan Iran, kenapa AS dan sekutunya tidak kutuk keganasan Israel  dan nyatakan Iran ada hak untuk pertahankan diri (self defence)? Kenapa AS pula nak halang Iran dari melaksanakan haknya?,” katanya.

Presiden AS, Joe Biden pada Sabtu mengutuk serangan Iran ke atas kemudahan ketenteraan di Israel selain menjanjikan tindak balas diplomatik G7 yang diselaraskan.

Katanya, tentera AS membantu Israel menembak jatuh hampir semua dron dan peluru berpandu dilancarkan Iran. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending