Connect with us

Terkini

Bekas isteri bukan Islam tidak layak tuntut nafkah secara automatik

Mahkamah Tinggi di sini memutuskan bekas isteri bukan Islam tidak layak menerima nafkah secara automatik daripada bekas suami ekoran perubahan masa dan keadaan.

Wartawan TMT

Published

on

Bekas isteri bukan Islam tidak layak tuntut nafkah secara automatik
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Mahkamah Tinggi memutuskan bekas isteri bukan Islam tidak layak menerima nafkah secara automatik daripada bekas suami ekoran perubahan masa dan keadaan.
  • Hakim Evrol Mariette Peters berpendapat, kebanyakan wanita dahulu adalah suri rumah dan bergantung kewangan daripada suami yang merupakan pencari nafkah keluarga.
  • “Wanita kini tidak lagi menguruskan hal rumah tangga berbanding dahulu. Justeru tiada hak automatik bagi seorang wanita untuk menuntut nafkah daripada suami,” katanya.

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini memutuskan bekas isteri bukan Islam tidak layak menerima nafkah secara automatik daripada bekas suami ekoran perubahan masa dan keadaan.

Hakim Evrol Mariette Peters berpendapat, kebanyakan wanita dahulu adalah suri rumah dan bergantung kewangan daripada suami yang merupakan pencari nafkah keluarga.

Bagaimanapun, generasi sedemikian telah berlalu sejak Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan & Perceraian) 1976 berkuat kuasa dan peranan tersebut berkembang dari semasa ke semasa.

“Wanita kini tidak lagi hanya menguruskan hal rumah tangga berbanding dahulu. Justeru tiada hak automatik bagi seorang wanita untuk menuntut nafkah daripada suami,” kata beliau.

Hakim Evrol Mariette memutuskan demikian selepas menolak tuntutan nafkah seorang wanita terhadap bekas suami yang merupakan warganegara China (nama kedua-duanya dirahsiakan).

Alasan penghakiman beliau setebal 22 muka surat itu dikeluarkan pada 30 Januari lalu dan diperolehi oleh pihak media hari ini.

Latar belakang kes seperti yang dinyatakan dalam penghakiman itu menyebut, mereka berkahwin pada Ogos 2007 dan mempunyai dua anak berusia 15 dan 12 tahun.

Bekas suaminya seorang penganalisis kewangan dan bekerja sambilan sebagai ejen hartanah selain menjalankan perniagaan kecil berkaitan alat ganti kereta manakala bekas isteri merupakan juru ukur bahan. 

 

Sumber: Kosmo

Author

Terkini

ADUN DAP bidas gesaan PERKASA supaya boikot PETRONAS

Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan bumiputera, Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali (kiri) & Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP, Jason Ng Thien Yeong (kanan).
  • Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot berikutan melantik syarikat bukan bumiputera,  Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.
  • Jason Ng Thien Yeong berkata ugutan bahawa PETRONAS perlu memberi 50 peratus daripada projek pemasangan sistem tenaga solar kepada syarikat Melayu dan bumiputera atau berdepan boikot selama seminggu itu adalah berasaskan sentimen kaum, bukan berasaskan kemampuan sesebuah syarikat.
  • “Jika cadangan keterlaluan dan regresif PERKASA itu diterima, maka syarikat dan pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap pasaran Malaysia.
  • “Ugutan Perkasa untuk memboikot Petronas selama seminggu adalah cubaan untuk mencari populariti dan mengaut ‘political mileage’ mengikut trend “boikot” yang semakin serius di negara kita. 
  • “Mujurlah cadangan ini telah ditolak oleh Petronas dan kebanyakan rakyat Malaysia yang lain,” katanya  menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Sebuah portal media sebelum ini, melaporkan Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali kesal dengan keputusan PETRONAS yang didakwa tidak mengutamakan kontraktor bumiputera dalam pemberian kontrak pemasangan panel solar di 300 stesen minyaknya.
  • Katanya, demi mengenang nasib kontraktor bumiputera beliau berharap pengguna minyak PETRONAS berkorban selama seminggu untuk ‘menjauhi’ stesen minyak berkenaan dan berharap PETRONAS dapat mengubah kontrak dinyatakan sebelum ini.

KUALA LUMPUR — Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan bumiputera, Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.

Jason Ng Thien Yeong berkata ugutan bahawa PETRONAS perlu memberi 50 peratus daripada projek pemasangan sistem tenaga solar kepada syarikat Melayu dan bumiputera atau berdepan boikot selama seminggu itu adalah berasaskan sentimen kaum, bukan berasaskan kemampuan sesebuah syarikat.

“Jika cadangan keterlaluan dan regresif PERKASA itu diterima, maka syarikat dan pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap pasaran Malaysia.

“Ugutan Perkasa untuk memboikot Petronas selama seminggu adalah cubaan untuk mencari populariti dan mengaut ‘political mileage’ mengikut trend “boikot” yang semakin serius di negara kita. 

“Mujurlah cadangan ini telah ditolak oleh Petronas dan kebanyakan rakyat Malaysia yang lain,” katanya  menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Ng Thien Yeong berkata beliau menghargai tindakan PETRONAS yang mengeluarkan kenyataan tegas dengan menyatakan pemberian kontrak itu berdasarkan merit dan tidak akur dengan ugutan PERKASA.

Beliau mendakwa majoriti rakyat Malaysia turut menolak cadangan itu yang sekali gus membuktikan amalan perkauman ekstrim masih ditolak di negara ini.

“Saya menggesa kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menghasut hubungan kaum bagi mengelakkan masyarakat majmuk Malaysia yang asalnya harmoni dan aman dimusnahkan oleh golongan ekstrem ini,” katanya.

Sebelum ini, sebuah portal media melaporkan Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali kesal dengan keputusan PETRONAS yang didakwa tidak mengutamakan kontraktor bumiputera dalam pemberian kontrak pemasangan panel solar di 300 stesen minyaknya.

Menurut Syed Hassan, orang Melayu dikatakan majoriti pengisi minyak PETRONAS sehubungan itu beliau menggesa kumpulan itu supaya mengkaji semula kontrak berkenaan.

Katanya, demi mengenang nasib kontraktor bumiputera beliau berharap pengguna minyak PETRONAS berkorban selama seminggu untuk ‘menjauhi’ stesen minyak berkenaan dan berharap PETRONAS dapat mengubah kontrak dinyatakan sebelum ini.

Mengulas lanjut, Ng Thien Yeong berkata Solarvest yang diberi kontrak pemasangan sistem solar PETRONAS itu adalah syarikat awam tersenarai mempunyai kepakaran dalam pembangunan tenaga baharu. 

“Kepakaran mereka bukan sahaja membolehkan mereka mendapat kontrak daripada Petronas, tetapi juga mempunyai projek-projek penjanaan tenaga solar yang lain termasuk dengan Tenaga Nasional Berhad,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending