Connect with us

Terkini

23 sijil nikah Siam palsu dikesan di Perlis

Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) merekodkan seba­nyak 23 kes sijil pernikahan palsu yang dikeluarkan oleh sindiket nikah Siam sejak lima tahun lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

23 sijil nikah Siam palsu dikesan di Perlis
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Semua sijil pernikahan itu ditolak JAIPs selepas dapati ia adalah palsu. – Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Azmir Azizan
  • “Kerajaan negeri sarankan agar pasangan ingin berkahwin supaya ikut saluran dan undang-undang ditetapkan kerana memberi kesan kepada perkahwinan itu pada masa depan.”
  • “Perkahwinan tidak sah di luar negara adalah isu serius kerana menyebabkan pasa­ngan tidak dapat daftarkan perkahwinan mereka selain berisiko dipisahkan (Farak) oleh Mahkamah Syariah.
  • “Selain itu, apabila perkahwinan tidak didaftarkan, akan ada masalah nasab (keturunan) anak, kemasukan ke sekolah dan pembahagian faraid,” katanya.

KANGAR – Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) merekodkan seba­nyak 23 kes sijil pernikahan palsu yang dikeluarkan oleh sindiket nikah Siam sejak lima tahun lalu.

Jumlah itu tidak termasuk pasangan yang berkahwin di Thailand tetapi tidak membuat pendaftaran perkahwinan mereka semula di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Azmir Azizan berkata, semua sijil pernikahan itu ditolak JAIPs selepas mendapati ia adalah palsu.

Jelasnya, pasangan yang menjadi mangsa sindiket datang dari seluruh negara.

“Sindiket ini dikatakan bawa jurunikah dari Thailand de­ngan pernikahan dibuat di negeri sempadan termasuk negeri ini, Kedah dan Kelantan,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan Kosmo! me­ngenai nikah separuh jalan di Siam membabitkan penipuan sindiket ke atas pasangan yang tidak mempunyai ilmu mengenai selok belok berkahwin di Thailand.

Kata Azmir, kerajaan negeri menyarankan agar pasangan yang ingin berkahwin supaya mengikut saluran dan undang-undang ditetapkan kerana ia akan memberi kesan kepada perkahwinan itu pada masa depan.

“Setiap pasangan yang ingin teruskan perkahwinan boleh datang ke JAIPs untuk dapatkan khid­mat nasihat perkahwinan yang bakal dilangsungkan.

“Jabatan agama Islam itu akan membantu mereka dengan sebaik mungkin,” ujarnya.

Sementara itu, menurutnya, masyarakat khususnya bakal pengantin perlu lebih peka de­ngan sebarang tindakan dan merujuk kepada jabatan agama sekiranya terdapat keraguan dalam proses pernikahan mereka.

“Perkahwinan tidak sah di luar negara adalah isu serius kerana menyebabkan pasa­ngan tidak dapat mendaftarkan perkahwinan mereka selain berisiko dipisahkan (Farak) oleh Mahkamah Syariah.

“Selain itu, apabila perkahwinan tidak didaftarkan, akan ada masalah nasab (keturunan) anak, kemasukan ke sekolah dan pembahagian faraid,” jelasnya.

Sumber: Kosmo

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *