Antarabangsa
Wanita menyanyi, berdangdut di majlis pengajian agama
Media sosial dihebohkan dengan video seorang wanita menyanyikan lagu dangdut di hadapan sekumpulan pemuda dalam pengajian agama di Indonesia baru-baru ini, lapor portal berita INDOZONE semalam (12 Januari).
- Berdasarkan klip video TikTok milik @gunawankaoi, wanita memakai pakaian berwarna hitam itu juga berjoget di sebelah seorang ustaz dengan nyanyikan lagu Rungkad.
- Bagaimanapun, ia tidak nyatakan dengan tepat di mana dan waktu acara tersebut diadakan. Maklumat yang diperoleh dari video itu cuma menyebut bahawa rakaman itu dibuat semasa majlis pengajian agama sedang berlangsung.
- Pada kebiasaannya, majlis keagamaan disertai bacaan ayat suci Al-Quran dan berselawat pada Nabi Muhammad SAW tapi situasi dalam video tersebut diadakan dalam suasana yang berbeza. – Portal berita Tribun Medan
JAKARTA – Media sosial dihebohkan dengan video seorang wanita menyanyikan lagu dangdut di hadapan sekumpulan pemuda dalam pengajian agama di Indonesia baru-baru ini, lapor portal berita INDOZONE semalam (12 Januari).
Berdasarkan klip video TikTok milik @gunawankaoi, wanita yang kelihatan memakai pakaian berwarna hitam itu juga berjoget di sebelah seorang ustaz dengan menyanyikan lagu Rungkad.
Bagaimanapun, ia tidak menyatakan dengan tepat di mana dan waktu acara tersebut diadakan. Maklumat yang diperoleh daripada video itu cuma menyebut bahawa rakaman itu dibuat semasa majlis pengajian agama sedang berlangsung.
Perbuatan nyanyian itu menyebabkan ramai netizen yang berasa hairan kerana majlis keagamaan tersebut disertai pula dengan persembahan nyanyian.
Pada kebiasaannya, majlis keagamaan disertai dengan bacaan ayat suci Al-Quran dan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW tetapi situasi dalam video tersebut diadakan dalam suasana yang berbeza, lapor portal berita Tribun Medan. – Agensi
Sumber: Kosmo
Antarabangsa
Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
- Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
- Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
- Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.
Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.
Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini2 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini2 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini1 day ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina