Connect with us

Terkini

Trailer filem ‘Pulau’ tidak sesuai ditayangkan, SOP akan diteliti semula – Fahmi

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berpandangan trailer filem bergenre seram ‘Pulau’ tidak sesuai untuk ditayangkan.

Wartawan TMT

Published

on

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berpandangan trailer filem bergenre seram 'Pulau' tidak sesuai untuk ditayangkan.
Foto: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil
  • “Kita kena teliti semula beberapa SOP kerana jelas berlaku satu pelanggaran dan difahamkan dari segi kelulusan LPF telah diberi pada bulan September tahun lalu, sebelum saya jadi menteri, sebelum kerajaan yang ada sekarang ini,”- Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil
  • “Trailer itu tidak ada potongan seperti dalam filem sebenar, tetapi saya tidak boleh bercakap lebih daripada itu dan saya mohon rakan media untuk berhubung dengan pihak LPF.”
  • Pihaknya juga telah meminta FINAS untuk rombak semula SOP, teliti dan kaji semula kerana kelulusan filem itu  tanpa ada penelitian yang lebih khusus, katanya.

PETALING JAYA: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berpandangan trailer filem bergenre seram ‘Pulau’ tidak sesuai untuk ditayangkan.

Fahmi berkata, bagaimanapun beliau tidak boleh bercakap bagi pihak Lembaga Penapis Filem (LPF) yang berada di bawah naungan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Saya tak boleh bercakap bagi pihak LPF dan saya juga difahamkan pihak FINAS (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia) telah mengeluarkan kenyataan hari ini, tetapi dia bukan pada aspek penapisan.

“Apa-apa prosedur yang dipantau oleh FINAS itu adalah berlandaskan kepada SOP (prosedur operasi standard) perhubungan antara LPF dengan FINAS.

“Pandangan saya mungkin kita kena teliti semula beberapa SOP kerana jelas di sini telah berlaku satu pelanggaran dan saya difahamkan dari segi kelulusan LPF itu telah diberi pada bulan September tahun lalu, sebelum saya jadi menteri, sebelum kerajaan yang ada sekarang ini,” katanya ketika menghadiri tayangan eksklusif filem Duan Nago Bogho di sini, malam ini.

Beliau berkata demikian mengulas sama ada LPF atau FINAS akan mempertimbangkan semula tayangan filem itu di pawagam.

Fahmi berkata, merujuk ‘trailer’ filem itu yang tular, beliau berpandangan ia tidak sesuai.

Malah, beliau sendiri sudah berhubung dengan pihak Golden Screen Cinemas (GSC) dan difahamkan penerbit berkenaan memutuskan untuk menarik balik ‘trailer’ terbabit dalam tempoh terdekat serta melakukan penyuntingan baharu.

Menurut Fahmi, beliau turut difahamkan berdasarkan laporan diterimanya, berkemungkinan terdapat babak yang dipotong terlepas masuk ke ‘trailer’ filem itu.

“Trailer itu tidak ada potongan seperti dalam filem sebenar, tetapi saya tidak boleh bercakap lebih daripada itu dan saya mohon rakan media untuk berhubung dengan pihak LPF.

“Bagi saya, saya telah minta pihak FINAS untuk di masa hadapan, perkara ini perlu kami teliti, kaji semula dan rombak SOP. Kami tak nak jadi seperti ini, kelulusan itu diberi tanpa penelitian yang lebih khusus, saya rasa perlu ada penelitian,” katanya.

Semalam, media melaporkan FINAS tidak bertanggungjawab memberikan kelulusan tayangan filem bergenre seram, Pulau yang mencetuskan kontroversi kerana didakwa mengandungi adegan panas dan lucah.

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Prof Dr Md Nasir Ibrahim, dilaporkan berkata garis panduan kandungan penerbitan terletak di bawah bidang kuasa LPF.

Media turut melaporkan Pulau yang bakal ditayangkan 9 Mac depan menerima kecaman pelbagai pihak yang menggesa LPF mengkaji semula kelulusan karya terbitan WebTVAsia dengan kerjasama My Way Pictures dan Filmforce Studio itu.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending