Terkini
Tindakan bakar Al-Quran gimik kalut dan biadap
Tindakan ahli politik Sweden-Denmark, Rasmus Paludan yang membakar naskhah al-Quran semata-mata kerana perselisihan pendapat..

- Tindakan ahli politik Sweden-Denmark, Rasmus Paludan yang membakar naskhah al-Quran kerana perselisihan pendapat mengenai kandungannya disifatkan biadab dan tidak bertamadun.
- Naib Ketua dan Pengarah Biro Antarabangsa Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional, Anfaal Saari berkata, kebebasan bersuara tidak boleh disalahgunakan untuk mengganggu keamanan dan sebagai umpan agama menimbulkan kebencian antara pihak yang cintakan keamanan.
- “Kita mengutuk sekeras-kerasnya kerajaan Sweden yang membenarkan pembakaran al-Quran oleh ahli politik sayap kanan semasa protes di luar Kedutaan Turki di Stockholm, Sweden.
- “Jika sesiapa mempunyai sebarang masalah dengan al-Quran, jalan ke hadapan adalah dengan melibatkan diri dalam dialog dan perbincangan dengan cendekiawan Islam mengenai kandungannya dan bukannya membakar al-Quran,” katanya di Facebook rasmi Parti Amanah Negara (Amanah) pada Selasa.
SHAH ALAM – Tindakan ahli politik Sweden-Denmark, Rasmus Paludan yang membakar naskhah al-Quran semata-mata kerana perselisihan pendapat mengenai kandungannya disifatkan biadab dan tidak bertamadun.
Naib Ketua dan Pengarah Biro Antarabangsa Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional, Anfaal Saari berkata, kebebasan bersuara tidak boleh disalahgunakan untuk mengganggu keamanan selain tidak boleh digunakan sebagai umpan agama bagi menimbulkan kebencian antara pihak yang cintakan keamanan.
“Kita mengutuk sekeras-kerasnya kerajaan Sweden yang membenarkan pembakaran al-Quran oleh ahli politik sayap kanan semasa protes di luar Kedutaan Turki di Stockholm, Sweden.
“Perbalahan diplomatik antara Sweden dan Turki tidak melibatkan al-Quran sama sekali. Oleh itu, tindakan membakar al-Quran adalah gimik karut dan tidak matang untuk mencetuskan kemarahan umat Islam serta mengganggu keamanan.
“Jika sesiapa mempunyai sebarang masalah dengan al-Quran, jalan ke hadapan adalah dengan melibatkan diri dalam dialog dan perbincangan dengan cendekiawan Islam mengenai kandungannya dan bukannya membakar al-Quran,” katanya di Facebook rasmi Parti Amanah Negara (Amanah) pada Selasa.
Pada Sabtu, Rasmus Paludan menyertai bantahan di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm, bertindak membakar al-Quran dengan pemetik api.
Dia bersama kira-kira 100 orang yang berhimpun itu berbuat demikian selepas Turkiye dilaporkan membantah keanggotaan penyertaan Sweden dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Dalam pada itu, Anfaal berkata, negara Islam di seluruh dunia mengecam tindakan membakar al-Quran selain melabelkan ia sebagai tindakan tidak masuk akal dan memalukan pihak berkuasa Sweden kerana membenarkan perkara tersebut berlaku.
Justeru, beliau berkata, AWAN Nasional menuntut permohonan maaf oleh pelaku dan tindakan segera oleh kerajaan Sweden terhadap sentimen Islamofobia yang semakin meningkat di Sweden.
Sumber: Sinar Harian
Terkini
Umat Islam boleh hadir perayaan bukan Islam tetapi haram terlibat upacara agama – Fatwa Johor
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan kerajaan negeri memfatwakan garis panduan buat umat Islam menghadiri upacara perayaan masyarakat bukan Islam bermula minggu depan.

- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar perkenan fatwa kerajaan negeri garis panduan umat Islam hadiri perayaan bukan Islam bermula minggu depan.
- Masyarakat Islam dibenarkan memenuhi undangan majlis perayaan bukan Islam, namun tidak terlibat dengan sebarang upacara atau ritual amalan agama tersebut.
- “Dalam konteks berkenaan, penganjur majlis perayaan bukan Islam haruslah peka dan memastikan sensitiviti umat Islam dihormati selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan agama rasmi Johor.”
- “Bagaimanapun, masyarakat Islam telah diharam dan dilarang daripada menyertai upacara ritual perayaan bukan Islam termasuklah di rumah ibadat agama berkenaan atau di tempat-tempat lain”. – Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid.
JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan kerajaan negeri memfatwakan garis panduan buat umat Islam menghadiri upacara perayaan masyarakat bukan Islam bermula minggu depan.
Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, berdasarkan fatwa itu nanti masyarakat Islam dibenarkan memenuhi undangan majlis keraian sesuatu perayaan bukan Islam, namun tidak terlibat dengan sebarang upacara atau ritual yang berkait dengan amalan agama tersebut.
“Menurut sebilangan ulama, hukum meraikan undangan ke majlis perayaan bukan Islam adalah harus dan dibenarkan, contohnya majlis terbuka atau majlis makan malam dan seumpamanya.
“Dalam konteks berkenaan, penganjur majlis perayaan bukan Islam haruslah peka dan memastikan sensitiviti umat Islam dihormati selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan agama rasmi Johor.
“Bagaimanapun, masyarakat Islam telah diharam dan dilarang daripada menyertai upacara ritual perayaan bukan Islam termasuklah di rumah ibadat agama berkenaan atau di tempat-tempat lain,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Islam Iskandar pada Khamis.
Turut hadir Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Baharin Jalal.
Beliau berkata, umat Islam yang melanggar garis panduan tersebut boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997.
Menurutnya, empat garis panduan tersebut adalah perkara, perbuatan atau perkataan yang bertentangan dengan akidah Islam; bertentangan dengan syarak; bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya serta menyentuh sensitiviti masyarakat Islam.
Sumber: Sinar Harian
-
Terkini2 days ago
Pemandu mabuk: Peguam tidak setuju, nyawa dibalas nyawa
-
Terkini2 days ago
Edar sejuta al-Quran, PM dikritik mahu tunjuk lebih ‘Islam’ dari PAS
-
Terkini3 days ago
Pemandu mabuk, netizen tuntut nyawa dibayar nyawa
-
Terkini2 days ago
Kali ini Ustaz Abdullah Khairi pula dakwa ‘digam’ Forum Perdana Ehwal Islam